Friday 5 October 2012

Pisang Galla @ Pisang Nipah/Abu


Assalamualaikum & salam sejahtera kawan-kawan….
Sebelum ini kami ada upload resepi dari Terengganu iaitu Acar Putik Pisang Muda.  Kalau kamu semua nak tahu, resepi itu datang dari air tangan ibunda kepada Cik Ah iaitu Puan Maziah..

Kita bukan nak bercerita pasal resepi itu sekarang ini.. Tapi…… Kita nak kongsi sedikit info berkenaan dengan pisang yang digunakan dalam resepi berkenaan… Kalau di belah Kelantan dan Terengganu, pisang tersebut dikenali sebagai pisang galla… Tapi di negeri-negeri lain ia lebih dikenali sebagai pisang nipah @ pisang abu.  Pisang ini mempunyai pelbagai jenis. Ada yang mempunyai banyak biji dan ada yang tidak…Dan saiznya ada yang bersaiz kecik dan ada yang sedikit besar.  Kalau disebelah Timur, pisang yang banyak digunakan untuk membuat hidangan sampingan ialah pisang yang jenis saiznya besar dan banyak biji. Di negeri-negeri lain tidak pasti sama ada digunakan dalam masakan ataupun tidak. Tapi…..Yang pasti, ia banyak digunakan apabila telah masak. Iaitu dibuat hidangan pisang goreng.  Pisang nipah di negeri-negeri lain biasanya banyak dijual yang bersaiz kecil sahaja,manakala bagi pisang galla ni, ia bersaiz besar sedikit daripada pisang nipah..

Selain daripada putik mudanya, di sebelah timur juga ada menggunakan jantungnya dalam masakan harian.  Sebagai contoh, kerabu jantung pisang dan juga masak lemak cili api.  Untuk resepi kerabu jantung pisang dan masak lemak cilia pi akan diuploadkan di lain masa.

Lagi sedikit info ya kawan-kawan……. (^-^)
Pisang nipah merupakan pisang yang ditanam menggunakan anak pisang.   Nama sainstifik bagi pisang nipah ialah Musa acuminata balbisiana culvitars (BBBc).

Tidak seperti di negeri Terengganu dan Kelantan, negeri-negeri lain banyak menggunakan pisang nipah untuk dijadikan hiding pisang goreng.  Ada juga dikalangan penduduk Malaysia menggunakan pisang ini untuk membuah kuih muih sperti pengat pisang dan juga kerepek pisang. 

Kaedah tanaman yang digunakan untuk pokok pisang ini ialah dengan menggunakan kaedah monokrap komersial.. Walau bagaimanapun, ia juga boleh ditanam di kawasan sekeliling rumah asalkan kawasan tersebut mempunyai system saliran yang baik dan bahan organic yang tinggi..  Kalau kawan-kawan nak tahu, pokok pisang ni boleh mencecah ketinggian sehingga 7-8 meter dan ia juga mempunyai pokok yang besar. 

Sama seperti di negeri di timur, jantung pisang ini banyak digunakan di dalam masakan kerana rasanya yang berlemak dan saiznya yang besar serta tidak kelat apabila dimakan. 
(info :Wikipedia)


inilah rupanya pisang galla @ pisang nipahnya..


*nanti jangan lupa tau mencuba resepi ibunda.......(^-^)

No comments:

Post a Comment