Friday 5 October 2012

Pulut Semangat a.k.a Pulut Kuning


Hai kawan-kawan~~
Mesti kamu semua pernah dengarkan nama hidangan di ataskan?????
Kalau dekat tempat kamu semua, ia dipanggil apa ye?
Kalau di Terengganu, iapanggil pulut semangat.  Carrotsusu pun tak dapat kenal pasti kenapa ia dipanggil sebagai pulut semangat…… Tapi…. Firasat Carrotsusu menyatakan ia adalah disebabkan oleh warnanya yang kekuningan dan masa hidangan ini di sajikan.. Tapi itu just firasat je la..Nanti Carrotsusu cuba dapatkan kisah yang sebenar-benarnya daripada bonda Maziah.

Gambar Hiasan
inilah pulut semangatnya.. Kalau makan mesti bertambah-tambah semangat nanti.....(^-^)....

Apa yang Carrotsusu tahu, pulut semangat dengan pulut kuning adalah benda yang sama..Biasanya hidangan ni kami hidangan kalau ada majlis-majlis perkahwinan, perayaan, kenduri tahlil dan banyak lagi lah.. Dan kebiasaanya, hidangan ini dimakan atau dihidang bersama-sama kari ayam, kari daging, rending atau telur dadar.

Kali ini Carrotsusu nak kongsi lagi resepi air tangan bonda Maziah a.k.a ibu kepada Cik Ah kita ni ah....

Bahan-Bahan
1kg                  Beras pulut-direndam satu malam bersama pewarna kuning
650gm              Santan pekat-dilarutkan dengan garam
3 ½ tbsp           Gula
1 ½ tbsp           Garam

Cara Penyediaan :
  1. Masukkan air ke dalam periuk pengukus dan biarkan ia mendidih.
  2. Kemudian, beras pulut yang telah siap direndam dimasukkan ke dalam pengukus.
  3. Kukuskan selama 30-40 minit sehingga betul-betul masak.
  4. Setelah masak, masukkan ke dalam besen yang sedikit besar untuk tujuan mengaul.
  5. Masukkan gula semasa ia masih lagi panas.  Gaulkan sehingga betul-betul rata.
  6. Kemudian, masukkan santan yang telah disebatikan dengan garam ke dalam besen.  Gaulkan sehingga semuanya sekata.
  7. Masukkan ke dalam mangkuk atau bekas untuk dibentukkan.
  8. Lenyek-lenyekkan sehingga struktur ia menjadi cantik dan licin.
  9. Sedia untuk dihidang.  Hidangkan bersama dengan hidangan kari, telur dadar.
**Lauk sampingan silalah cuba dengan hidangan kawan-kawan ye.. sesuai di makan dengan benda yang berkuah dan bersantan....


~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
...(^-^)...



No comments:

Post a Comment