Saturday 6 October 2012

Ketupat Sotong Versi Kelantan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

   Pernahkah anda dengar ketupat sotong?? Ada juga yang panggil sotong sumbat pulut.. Makanan ini merupakan salah satu makanan yang berasal dari negeri Kelantan. Rasanya agak lemak dan manis. Tapi bagi yang tidak sukakan makanan manis pasti ketupat sotong ini tidak akan menjadi makanan kegemaran mereka. Ketupat sotong senang didapati pada bulan puasa dan agar sukar ditemui pada bulan-bulan biasa.

   Walau bagaimanapun,  anda jangan risau kerana pada entri kali ini kami akan berkongsi dengan resepi ketupat sotong yang enak ini.. Tidak perlu tunggu bulan puasa pun anda boleh menikmati ketupat sotong ini.

  Jom kita tengok resepinya...
Macam ni la rupa ketupat sotong
Bahan-bahan:
1/2 kg sotong - dibasuh bersih2 ye
1 cwn beras pulut - ditanak
2 cwn santan
2 keping gula melaka/ gula merah
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Tanak beras pulut seperti biasa dan sejukkan.
  2. Apabila pulut sudah sejuk, sumbatkan pulut ke dalam sotong.
  3. Satukan kepala dan badan sotong dengan menggunakan lidi.
  4. Panaskan santan, kemudian masukkan gula melaka atau gula merah dan daun pandan. 
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan sotong sumbat tadi dan masak sehingga kuah santan menjadi pekat.
  7. Masak sehingga sotong agak kembang.
  8. Tutup api.
Dah siap.. Mudah kan? Emm satu lagi pesanan untuk pembaca sekalian, ketupat sotong ni akan lebih sedap jika kita menggunakan sotong yang ada telur.. Rasenya lagi meveles..hehehe.. Tapi yang tak ada telur pun ok.. Jangan segan-segan untuk mencuba resepi ni ye..

 Sampai bertemu lagi.. Gud luck!!


No comments:

Post a Comment