Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan..
Pada kali ini kami nak kongsi satu lagi resepi iaitu kuih. Kuih ni selalunya banyak dijual apabila tiba bulan puasa. Ada yang dibuat secara tradisional dan ada juga dibuat secara komersial.
Nak tahu kuih ape?????
teruskanlah tengok entri ini~~~~~
inilah rupa kuih yang berjaya kami hasilkan
Bahan-bahan
150 gm Tepung
gandum
200 ml Santan
pekat
175 ml Jus
pandan
2 biji Telur
100 gm Gula
40 gm Marjerin
cair
5 gm Garam
1 ml Pewarna
20 gm Bijan
goreng
Cara penyediaan :
- Panaskan
ketuhar pada suhu 180°C dengan api atas dan bawah.
- Masukkan
tepung yang telah diayak, garam dan gula ke dalam mangkuk yang besar. Sebatikan. Buatkan lubang di tengah-tengah mangkuk
dan pecahkan telur. Gaulkan rata.
- Masukkan ½
santan dan juga jus pandan ke dalam mangkuk adunan. Kacau sehingga rata. Kemudian masukkan baki santan dan jus
pandan ke dalam mangkuk. Ratakan
sehingga rata.
- Masukkan
marjerin cair dan gaul sebati.
- Rehatkan
selama 10-15 minit.
- Sapukan
acuan pembakar bentuk bunga dengan minyak.
Panaskan acuan seketika sebelum menuangkan adunan kuih bakar.
- Tuang
adunan sehingga paras tengah acuan.
- Bakar
selama 1 jam.
- Sejukkan
dan potong. Sedia untuk
dihidangkan.
~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
Rugi kalau tak cuba
......(^_^)........
No comments:
Post a Comment