Thursday 18 October 2012

Sanitasi & Keselamatan Makanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan….

Hari ni kawan-kawan masak apa dekat rumah ya?
Hidangan Barat ke Timur ya???
Tak kisahlah apa-apa menu pun, janji sedap dan boleh dimakan….(^_^)….

Carrotsusu nak tanya kawan-kawan sikit boleh tak??

Masa kawan-kawan masak dekat rumah, pernah tak kawan-kawan mengalami masalah kesihatan macam , sakit perut, cirit-birit dan lain-lain lagi.. Pernah tak kawan-kawan?
Kenapa ya keracunan berlaku sekitar kita???

Keracunan berlaku sebab kita tidak mengamalkan kebersihan….
Seperti yang diketahui, aspek kebersihan adalah amat perlu dititik beratkan dalam penyediaan makanan.

Jadi hari ni carrotsusu nak kongsi serba sedikit tentang keselamatan dan sanitasi makanan……..

Sanitasi ialah suatu pegawalan kebersihan dan keselamatan dengan mengamalkan prinsip kebersihan semasa penyediaan dan penyimpanan makanan supaya pencemaran makanan tidak berlaku.

Antara prinsip yang perlu ada dalam sanitasi makanan ialah :
Ø      Menyedia makanan
Ø      Memasak makanan
Ø      Menyimpan bahan makanan
Ø      Kebersihan diri
Ø      Menyaji makanan
Ø      Menyimpan makanan yang telah dimasak


Antara sebab makanan mudah dicemari adalah :
  1. Makanan yang mentah dan makanan yang dimasak mudah rosak disebabkan oleh tiga perkara iaitu :
·         Tindakan organism perosak makanan
·         Tindak balas enzim
·         Keadaan didalam persekitaran
  1. Bakteria dan kulat boleh tumbuh dan menghasilkan toksin dalam makanan jika tidak dikendalikan dengan sempurna. Di mana toksin merupakan racun yang dihasilkan oleh mikroorganisma.  Antara mikroorganisma yang boleh menghasilkan toksin dan menyebabkan makanan tercemar adalah :
·         Staphylococcus aureus
·         Clostridium botulinum
·         Clostridium perfringens
·         Kulat
  1. Kenalpasti makanan yang telah tercemar apabila ia berubah dari rupa, rasa, bau dan tekstur.
  2. Keracunan makanan boleh terjadi dalam bentuk cirit-birit, muntah,  dan  kemungkinan kematian.
  3. Kesan keracunan dapat dirasai selepas 1 hingga 30 jam.

Faktor pencemaran makanan
Ø      Kotoran dan kuman yang melekat pada sayuran yang tidak dibasuh bersih terutama sayuran yang dimakan mentah sebagai ulam seperti timun, daun pegaga, lettuce dan lain-lain.
Ø      Pengendali makanan yang tidak menjaga kebersihan diri seperti:
    1. Tidak mencuci tangan hingga bersih selepas menggunakan tandas.
    2. Tidak merawat luka atau bisul yang dihidapi.
    3. Menggunakan tangan untuk memegang makanan berbanding menggunakan penyepit makanan khas.
    4. Mengabaikan peraturan menggunakan peralatan dapur dengan cara teratur seperti menggunakan kain pengelap pinggan mangkuk untuk mengelap meja untuk menguli doh roti.
    5. Mengabaikan penjagaan dan pembersihan peti sejuk yang sepatutnya dilakukan setiap minggu.
    6. Menyediakan makanan terlalu awal berbanding waktu hidangan, peti sejuk tidak berfungsi dengan sempurna dan tidak mengaplikasi aspek kebersihan dalam penyediaan makanan.

Pencemaran Silang
Pencemaran silang ialah makanan yang telah dimasak dicemari oleh bakteria daripada makanan mentah.  Di mana makanan mentah bersentuhan dengan makanan dimasak.

Contohnya seperti sayur-sayuran dengan daging atau ayam diletakkan berdekatan atau menggunakan papan pemotong dan pisau yang sama tanpa membasuh ketika menyediakannya. 

Langkah-langkah Pencegahan
Pencemaran makanan dapat dielakkan jika melakukan langkah-langkah pencegahan dari awal penyediaan.  Antaranya ialah :
a.       Simpan makanan yang telah dimasak dan makanan mentah di dalam peti sejuk secara berasingan.
b.      Amalan first in,  first out (FIFO).
c.       Pastikan papan pemotong, pisau dan peralatan dibersihkan dan disterilkan.
d.      Menggunakan penyepit berasingan untuk mengendalikan makanan yang telah dimasak dengan makanan mentah.
e.       Sentiasa mencuci tangan.

Pencegahan terhadap bakteria
Bakteria dapat dicegah dengan perkara-perkara berikut :
  1. Elakkan bakteria merebak
Jangan biarkan makanan bersentuhan dengan bahan atau alatn yang mengandungi bakteria serta jangan biarkan makanan terdedah.
  1. Hentikan bakteria daripada  membiak
Elakkan keadaan yang menggalakkan bakteria membiak suhu yang sesuai untuk mengelakkan bakteria membiak adalah dibawah 5 °C  atau 60 °C keatas.

  1. Bunuh bakteria
Bakteria akan musnah apabila dikenakan suhu 77 °C  dan keatas ataupun menggunakan bahan kimia tertentu untuk membersihkan alatan.

Amalan Pencegahan Pencemaran Makanan
Pencemaran makanan seperti keracunan makanan dapat dicegah dengan mengamalkan amalan-alaman beikut :

a.       Proses Penyediaan       
Ø      Kebersihan tangan ketika memegang makanan dan alatan.
Ø      Membersihkan makanan segar dengan sempurna dan menggunakan alatan yang betul dan sesuai.
Ø      Memakai sarung tangan pakai buang, sudu atau garfu, penyepit atau chop stick ketika menyedia makanan.
Ø      Masak makanan sehingga ke tahap suhu yg telah ditetapkan untuk membunuh bakteria dan mikroorganisma lain. 

b.      Proses Pembungkusan
Ø      Makanan perlu dimakan atau dibungkus sebaik telah siap dimasak untuk mengekalkan nutrien dan menghindari mikroorganisma dari membiak
Ø      Semasa proses membungkus:
a.       Gunakan penyepit makanan, sudu, senduk  garfu atau sarung tangan plastik pakai buang untuk mengambil makanan.
b.      Gunakan bahan pembungkus makanan yang sesuai  seperti beg politena, kertas  timah, bekas polisterina, kertas minyak, plastik cling wrap, beg plastik berzip atau mangkuk plastik berpenutup.
c.       Elakkan dari menggunakan kertas berdakwat untuk membungkus makanan.
d.      Sejukkan makanan sebelum dibungkus

c.       Proses Penyimpanan
Ø      Penyimpanan makanan memerlukan tempat dan suhu yang sesuai.
Ø      Peti sejuk  merupakan tempat penyimpanan yang paling sesuai.
Ø      Suhu yang sesuai untuk menyimpan makanan yang telah dimasak atau segar adalah antara 0ºc – 10ºc dimana bakteria lambat membiak.

Baiklah kawan-kawan….
Carrotsusu harap, apa yang kami kongsi ini dapat membantu kawan-kawan mencegah pencemaran makanan di sekitar kawan-kawan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan.

………….……(^_^)………………



No comments:

Post a Comment