Bahan A (Nasi)
400 gm
Beras
1
ml Pewarna
Bahan
B (Sambal Tumis)
40 gm
Bawang merah – dikisar
15 gm
Bawang putih- dikisar
5 gm
Halia- dikisar
20 gm
Cili kering – dikisar
50 gm
Serai- dikisar
150 ml
Santan pekat
100 ml
Air
3 gm
Garam
10 gm Gula
1 keping
Asam keping
Bahan
C (Serunding Kelapa)
250 gm Kelapa parut (putih sahaja)
500gm Ikan kembung (rebus)
5gm Garam halus
50gm Serai
10gm Lada hitam
5gm Halia
40gm Bawang merah
10gm Gula
2gm MSG (ajinomoto)
5ml Jus limau
Bahan
D (Daging Bakar)
250gm Daging
10gm Bawang putih
5gm Garam
10gm
Gula
50gm Serai
5gm Serbuk kunyit
5gm Jintan manis
5gm Lada sulah
5gm Halia
Bahan
E (Ulam-ulaman)
30 gm
Daun kesum
45 gm
Bunga kantan
60 gm
Timun (saiz sederhana)
40 gm
Kacang panjang
40 gm
Taugeh
1 helai Daun kunyit (daun muda, saiz
sederhana)
Cara
penyediaan:
Nasi
1.
Basuhkan beras sehingga air tidak keruh.
2.
Masukkan air pada kuantiti yang sepatutnya dan
titiskan pewarna tadi.
3.
Kacau sehingga pewarna dengan beras sebati
supaya tiada kesan tompokan warna pada
nasi.
4.
Kemudian, tanak nasi sehingga masak. Setelah
masak kacau nasi tersebut supaya tidak garing di bahagian bawahnya.
Sambal
Tumis
1.
Masukkan santan pekat dan air ke dalam periuk.
Kacau santan di atas dapur dengan menggunakan api perlahan sehingga
menggelegak.
2.
Kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah
dikisar dan asam keping, kacau sentiasa supaya santan tidak berketul.
3.
Masukkan garam dan gula. Kemudian biarkan selama
beberapa minit supaya tumis tersebut menjadi warna keperang-perangan dan
mengeluarkan sedikit minyak daripada santan tadi.
4.
Tumis ini tidakboleh dibiarkan terlalu lama
kerana ianya akan menjadi semakin pekat.
Serunding Kelapa
- Kelapa parut disangai
(goreng tanpa minyak) sehingga keperang-perangan. Goreng dengan api yang perlahan.
- Sementara menunggu
kelapa keperangan, rebuskan ikan dan buangkan tulangnya dan tumbuk
sehingga lumat.
- Tumbukkan kelapa
yang telah siap digoreng. Jangan
tumbuk sehingga hancur.
- Tumbukkan bawang
sehingga lumat dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Serai yang telah
dibersihkan, dihiris nipis dan ditumbuk sedikit sebelum dimasukkan ke
dalam mangkuk bersama-sama bawang.
- Tumbukkan lada
hitam sehingga lumat dan campurkan ke dalam mangkuk.
- Gaulkan kesemua
bahan-bahan sehingga sebati.
Perasakan dengan garam dan juga gula.
- Perahkan masukkan
jus limau ke dalam serunding dan gaul sebati.
- Sedia untuk
dihidangkan.
Daging
Bakar
- Bersihkan daging
dan masukkan ke dalam mangkuk.
Potongkan daging ke beberapa bahagian.
- Kisarkan bawang,
halia dan serai sehingga hancur.
Masukkan ke dalam mangkuk yang mengandungi daging.
- Masukkan garam,
gula, serbuk kunyit, jintan manis dan lada sulah ke dalam mangkuk dan gaul
bersama-sama bahan-bahan lain. Perapkan selama 40mnit.
- Bakar dalam ketuhar
dengan suhu 150°C selama 15-20 minit.
- Angkat dan
sejukkan. Potong daging nipis-nipis
dan hidangkan bersama-sama nasi.
Ulam-ulaman
1.
Bersihkan semua ulam tersebut dan toskan.
2.
Gulungkan daun kesum dengan menggunakan daun
kunyit dan hiris nipis-nipis. Begitu juga dengan kacang panjang dan bunga
kantan.
3.
Gaulkan hirisan daun kesum dan bunga kantan tadi
bersama.
4.
Timun boleh dihiris memanjang (kecil) atau
dicincang. Pastikan timun diasingkan daripada ulam lain kerana ianya akan
mengeluarkan air.
Hidangan ini juga boleh dihidangkan
bersama-sama dengan telur masin, solok lada dan juga bawang putih jeruk.
~~~Selamat
mencuba kawan-kawan~~~
........(^_^)........
No comments:
Post a Comment