Showing posts with label Uzmira. Show all posts
Showing posts with label Uzmira. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Disebabkan ular, timun pahit. Betul ke?

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Anda pernah tak dengar kata orang-orang dulu kalau timun yang kita makan tu pahit mungkin disebabkan ular lalu atas batas atau pun ular menjalar di pokok timun. Aduhhhh.... Geli pula saya dengar kalau bab-bab ular ni. Kalau lah betul dikerana ular, hebat betul ular kan.

Akan tetapi setelah saya mencari dari sumber internet barulah saya tahu kenapa timun boleh menjadi pahit. Kalau mengikut saintis dan pakar-pakar pertanian, kepahitan timun adalah disebabkan sebatian organik yang dipanggil cucurbitacin. Timun yang mempunyai kepekatan cucurbitacin yang tinggi menyebabkan timun menjadi semakin pahit.

Jadi anda sudah tahukan apakah sebabnya timun menjadi pahit. Untuk mengelakkan timun menjadi pahit, saya ada 1 tips bagaimana  untuk menghilangkan rasa pahit pada timun.


Caranya adalah, anda potong hujung timun. Kemudian gosok-gosokkan bahagian yang telah dipotong dengan hujung timun yang telah dipotong, gosok diantara satu sama lain sehingg getahnya terkeluar. InsyaALLAH timun yang anda makan tidak lagi pahit. Tetapi jika masih pahit eloklah dicicah bersama-sama sambal belacan. Dan pahit itu adalah ubat untuk diri anda. Selamat mencuba :)


~UZMIRA NADIA ZAMBRI~

sumber daripada google

Acar Rampai

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Entri saya pada kali ini ingin saya kongsikan kepada anda mengenai 1 menu kegemaran saya yang dihasilkan oleh Mak saya. Apakah menu tersebut? Menu ni ramai sudah ketahuinya. Pada minggu lepas semasa saya dalam amali memasak, saya berpeluang untuk memasak menu ini tetapi resepinya agak lain sedikit dengan masakan mak saya apabila saya lihat gambar dalam menu yang diberikan memang lain. Saya pun berkata-kata lah di dalam hati ni " apa fasal acar rampai ni warnanya tak merah macam mak buat". Jadi semasa dalam kekalutan kawan-kawan saya sibuk mengambil bahan-bahan untuk memasak, saya pula curi-curi peluang untuk menalifon mak di kampung untuk menanyakan resepi acar rampai versi mak. Tapi sayang.. Saya agak ragu-ragu ye untuk memasak acar rampai versi mak tanpa mak disisi saya. Takut kawan-kawan pelik pula lihat acar rampai saya nanti. Tapi tidak mengapa resepi yang sahih sudah berada di tangan saya. Hehehe...
                       


                      
                                           lobak merah                                          kacang buncis
                                                   
                                                             
                                                                              timun

Di atas adalah bahan-bahan utama dalam resepi acar rampai. Selalunya kalau mak nak buat resepi ni pembantunya adalah sayalah. Jadi tugas saya kenalah potong ketiga-tiga sayur ni. Cara memotongnya kenalah dipotong memanjang. Tapi jangan terlalu pendek dan jangan pula terlalu panjang. Nanti tercekik pula orang memakannya.Kalau terlalu pendek kata mak nanti tak cantik. Ok lah saya teruskan saja ke bahan-bahan yang lain dan cara memasak ye. Diharapkan anda mencubanya. Jadi sila ambil pen dan kertas untuk salin resepi ini.

Bahan-bahan utama 

  • 1 biji lobak merah - dipotong memanjang
  • 1 biji timun - dipotong memanjang
  • 200 gm kacang buncis -dipotong memanjang
  • 4 biji bawang merah - dibelah dua
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji cili hijau - dipotong memanjang

Bahan-bahan untuk menumis

  • 1 biji bawang merah - dihiris halus
  • 1 ulas bawang putih -dihiris halus
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar
  • 1/2 sudu besar serbuk kari daging - dibancuhkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes
  • 1 sudu sos cili
  • 1/2 sudu besar biji sawi
  • 1 sudu cuka
  • garam dan gula secukup rasa
Hiasan 
  • sedikit bijan - disangai terlebih dahulu
Cara-cara
  1. Setelah bahan-bahan utama dipotong, rendamkan sementara bahan-bahan tersebut dengan air kapur selama 15 minit. Kemudian toskan
  2. Panaskan kuali dan tumiskan biji sawi, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar dan pes kari sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan sos cili, cuka, gula dan garam, Suaikan rasa. Masak hingga mendidih.
  4. Masukkan bahan-bahan utama tadi ke dalam kuali dan gaulkan rata.
  5. Setelah siap angkat dan taburkan sedikit bijan. 


Ate...ape mengkome tunggu lagi...meh le cuba!!!(maaf ye sebab guna bahasa orang kuala)

~UZMIRA NADIA ZAMBRI~

sumber gambar daripada google


Kuih Kaswi



STUDY WEEK yang indah.. orang lain balik kampong, saya bekerja keras untuk menyiapkan tesis saya dan suasana di tanjung malim amat lah sunyi dan sepi seperti tiada penghuni.. cheeewah! Bersastera la pula.. teringatnya saya dekat kampong halaman yang jauh dimata dekat dihati.. kalau mak saya ada di tanjung malim, tentu dia akan sediakan kuih kaswi untuk saya. Saya kempunan nak makan..  oh ya.. lupa nak bagitahu, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih kaswi yang amat sedap ni..

Bahan-bahan
Bahan A :
  • 2 cawan/350g gula merah
  • 1 cawan /240g gula pasir
  • 1 cawan /450ml air
  • 2 helai daun pandan

Bahan B :
  • 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
  • 1 cawan/ 120g  tepung ubi
  • 2 cawan / 900 ml air
  • 1 sudu makan pewarna coklat

Bahan C :
  • kelapa parut yang telah digaul dengan garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam periuk kecil dan didih kan atas api yang sederhana sehingga semua larut. Selepas itu,tapis dan sejukkan
  2. Campurkan BAHAN B dalam satu bekas, kacau rata dengan wisk atau masukkan ke dalam blender dan blender sampai semua bahan sebati
  3. Satukan Bahan A dan Bahan B yang telah diproses tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam Loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Kukus  40- 45 minit sampai kuihnya masak.
*balut tutup kukus dengan kitchen towel. Jika selepas 4minit tardapat air pada permukaan kuij, letakkan paper towel yang baru dan biar air terserap. Angkat perlahan hingga kering. Pastikan kuih betul-betul sejuk kemudian baru dipotong.
  1. Dihidangkan bersama kelapa yang telah digaul bersama garam

inilah rupanya kuih kaswi by pakcik google

Rindu nya kat kampong halaman.. kat sini susah lah nak dapatkan kuih ni.. kawan-kawan jangan upa cuba buat tau.. boleh dimakan waktu sarapan mahupun minum petang

Selamat mencuba!


~ UZMIRA NADIA~

Kuih Keria



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tau tak kuih yang macam donut tapi bukan donut? Kuih apa ye? Ye betul. Kuih keria.. sedapkan kuih keria ni.. nak tau taka pa resepi kuih keria ni? Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Jom la tengok dan buat sama-sama.

Bahan-bahan
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-cara
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.
by pakcik Google

Ada ke beza kuih keria dan donut? Mestilah ada kawan-kawan walaupun bentuk mereka hamper sama.. Di antara donut dengan kuih ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, manakala adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis). So dah tahu macam mana nak buat kuih keria kan? Apa lagi… cuba lah kuih tradisi melayu ini.. boleh menambat hati orang tua  tau  J

 SELAMAT MENCUBA


~UZMIRA NADIA~

Laksa Penang



Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi kegemaran saya dengan pembaca blog kami iaitu Laksa Penang. Kenapa saya suka makan laksa penang?kerana rasanya sungguh menambat kalbu saya.. Sedap betul! Betul-betul hau liau J 

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia danSingapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal.Moh kita kaji resepi laksa penang ye kawan-kawan..

Bahan-bahan

  • 2 peket laksa (yang segera pun boleh)

Bahan A
  • - 1kg ikan kembung / ikan sardin segar
  • - cili giling 2 senduk (boleh adjust ikut kesesuaian)
  • - 3 biji bunga kantan (di potong2)
  • - 5-7 tangkai daun kesum
  • - 4 keping asam gelugor
  • - 5 biji cili api di ketuk2
  • - 6 gelas air masak (ubah ikut kesesuaian)
  • - garam secukup rasa (+- 4 sudu besar)
  • - 2 kiubperencah ikan bilis Maggie

BAHAN B
  • 8 biji telur rebus. – dipotong empat
  • 1/2 biji salad – dihiris halus
  • 1 batang timun (buang bahagian pahit)
  • 2 biji cili besar - dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar (lg manis kalau yg warna kuning)-dimayang nipis
  • 5 biji limau nipis / kasturi - dipotong kecil
  • 1/4 biji nenas dipotong kecil

Cara-cara
  1. Rebus laksa, bila dah masak toskan.
  2. UNTUK KUAH LAKSA, rebus ikan kembung/sardin yang segar dan tambahkan garam. Asingkan isi ikan dan tulang
  3. Isi ikan ditumbuk-tumbuk, kalau pakai blender isinya akan jadi terlalu hancur. Manakala tulang ikan di blend hingga hancur. Pastikan tulang ikan yg telah diblend, di tapis supaya dapat asingkan tulang yg tidak dapat di blend
  4. Campurkan semua bahan A di dalam periuk, isi ikan tumbuk dan tulang ikan blend. untuk permulaan, jangan letak terlalu banyak air. Dikhuatiri akan menghasilkan kuah yang cair. Apabila semua dah hampir sebati nanti.. baru lah tambahkan air mengikut citarasa anda
  5.  Masakkan semua bahan di atas hingga sebati. Rasa, dan ubahlah apa yg kurang/lebih mengikut citarasa anda.
  6.  Semasa menghidang laksa, letakkan Bahan B sebagai hiasan dan bahan sampingan untuk laksa penang

Senang dan mudah bukan?sila lah mencuba resepi yang amat mudah dan dijamin kesedapannya di rumah anda. Please try this at home!




~UZMIRA  NADIA~

Thursday, 20 December 2012

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK



Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Siapa-Siapa kat sini tak makan durian? Ada-ada?? Haaaa.. kalau nak tahu, durian memang terkenal kat perak ni. Kat Tanjung Malim pon banyak orang jual durian sekarang ni.. Hari ni bukan nak bercakap pasal durian, tapi Tempoyak.. kalau dah banyak sangat durian, sampai tak habis nak makan, boleh la dibuat tempoyak.

Tempoyak sedap dimakan bersama sambal dan ulam-ulaman. selain itu, tempoyak boleh dijadikan rencah dalam masakan.. Haihh.. membebel panjang-panjang tak cakap nak cerita pasal resepi apa.. Hari ini kita nak belajar resepi IKAN MASAK TEMPOYAK. kebiasaannya mak saya masak "ikan masak tempoyak" guna apa-apa ikan yang ada dalam peti ais. Tapi hari ini saya pilih ikan patin sebab saya suka makan ikan patin. So resepi hari ini adalah IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK. 




* Gambar Hiasan Ihsan PakCik Google



**Orang cakap masakan ni masakan orang pahang sebab ikan patin asalnya kat pahang, tapi tempoyak asalnya perak. takpe-takpe, jangan gaduh-gaduh.. Jom kita tengok resepinya.




Bahan-Bahannya adalah :

                v 1 ekor ikan patin ( dipotong dan dibahagi kepada beberapa bahagian )
s      v  air asam jawa
        v  3 biji bawang merah
  v  7 biji cili padi (tambah lagi jika suka pedas)
  v  1 mangkuk tempoyak ( mengikut kadar rasa dan citarasa sendiri )
  v  sedikit / 1cm kunyit hidup (1 sudu teh kunyit serbuk, tapi saya suka guna kunyit hidup)
  v   Asam Keping - 2-3 keping
  v  sedikit garam dan gula sebagai perasa
  v  sedikit daun kesum
  v  1 liter air


Cara-cara


  • Basuh ikan patin sehingga bersih dan rendam 5 minit dalam air asam jawa (nak buang   hanyir ikan je)
  • Ketepikan/toskan Ikan.
  • Kisar cili padi, bawang merah, tempoyak dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk. Tambah sedikit air. Didihkan.
  •  Apabila telah mendidih, masukkan ikan.
  • Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan. Tambahkan tempoyak, garam dan gula ikut citarasa masing-masing.
  •   Ikan sedia dihidang bersama nasi putih.



Ada orang masukkan timun aceh yang di buang isinya dan di potong-potong, keladi dan serai. Saya tak menggunakan semua bahan ini kerana saya tidak gemar rasanya dimasak tempoyak. Tapi kalau nak tambah dalam masakan anda, boleh. Kita boleh pelbagaikan masakan kita.



OK..SELAMAT MENCUBA...



~UZMIRA NADIA~

KUIH TEMPATAN NEGERI PERAK

Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

Tahukah anda apakah itu bater? Bater ialah campuran tepung dan cecair yang diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim. Contoh cecair yang boleh digunakan adalah seperti air, santan, susu, sirap gula atau telur. Dengan campuran bahan cecair dan tepung maka terhasilnya dua jenis bater iaitu bater cair dan bater pekat. 

Selalunya penggunaan bater ini banyak digunakan dalam kuih tempatan. Apakah itu kuih tempatan? Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan dengan mengunakan bahan tempatan. Contohnya gula melaka, ubi kayu, kelapa, sagu, pisang, keladi dan sebagainya. Oklah pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai satu jenis kuih tempatan yang terkenal di negeri Perak. Kuih ini juga merupakan sejenis kuih bater cair. Apakah kuih tersebut?
Namanya KUIH LIMAS...

Inilah rupanya Kuih Limas..

Kalau ada kenduri di rumah saya, mak mesti masak kuih ni. Kuih ini selalu disamakan dengan kuih tako. Perbezaannya antara kedua-dua kuih ini adalah dari segi penggunaan bahan utama iaitu tepung. Sebelum nak masak kuih ini kenalah buat bekasnya dahulu. Mula-mula layarkan daun pisang atas api hingga daun tersebut bertukar warna dan nampak layu sikit.

 

1. Selepas dilayurkan atas api potong daun pisang ikut saiz macam dalam gambar ni.


 2. Lipatkan daun pisang ke bahagian dalam.


3. Kemudian lipat pula di bahagian kiri dan kanan daun pisang tersebut.



 4. Potong daun pisang yang terkeluar.


5. Setelah Potong bahagian lebihan daun pisang, staple atau sematkan dengan lidi. Tapi seeloknya gunakan staple lagi kemas, takut bila guna lidi terkoyak pula bekas tu.


6. Setelah siap bekas kuih limas ni bolehlah isikan bater kuih limas ni.

Kalau di kampung saya panggil bekas ni namanya 'temalung'. Temalung ni kalau nak lebih cantik dan sama saiz boleh guna acuan kotak kecil atau bongkah kayu yang kecil. Sekarang saya nak kongsi pula bahan-bahan kuih limas berserta cara memasaknya.

Bahan-bahan:

Untuk lapisan atas:
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu tepung gandum
  • garam secukup rasa
Untuk lapisan bawah:
  • 2 cawan santan cair
  • 5 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung pulut
  • 3 helai pandan dan jadikan jus
Cara Membuat:
  1. Bancuh lapisan atas dan bawah ke dalam mangkuk yang berbeza.
  2. Panaskan kukus, masukkan gula ke dalam temalong, tutup periuk kukus. Biarkan 3 minit.
  3. Buka penutup, masukkan lapisan bawah dan biarkan masak 10 minit, biarkan beku sedikit.
  4. Kemudian masukkan lapisan atas dan biarkan 5 minit.
  5. Angkat dan biarkan sejuk, kemudian hidangkan.


Dah siap kuih ni...



2 orang anak sedara saya ni suka sangat kuih limas ni. Katanya "makan panas-panas sedaplah Cik Yaya"..emm yelah...

OK..SELAMAT MENCUBA...


~UZMIRA NADIA~

Monday, 17 December 2012

Kuah Durian

Assalammualaikum dan Salam Perak Aman Jaya...

"oh kome deroyan dah bebunge
moh kite pinang anok dare
anok dare, anok dare bote
teman jumpe di padang benggala"


Ayat di atas itu bukan pantun ye. Ayat yang saya tuliskan di atas itu merupakan lirik lagu Durian Berbunga dari nyanyian Mr. Os. Kenapa saya tiba-tiba tulis lirik lagu tersebut. Haaa... Maknanya saya nak bercerita tentang durian lah. 

Sebut sahaja tentang durian mesti dalam fikiran anda terbayang kuih yang tengah terhangat sekarangkan. Durian Crepe...Kuih tu memang sedap...Tapi entri kali ini saya bukan nak kongsi resepi Durian Crepe tau, tapi resepi Kuah Durian.. Teringat masa saya kecil-kecil dahulu dalam lingkungan umur 8 tahun, masa tu saya baharu lagi pindah ke kampung dan rumah saya dekat pula dengan dusun durian opah. Kalau musim durian luruh mesti saya dan adik-adik saya berebut-rebut nak ambil buah durian yang baru luruh tu. Siap pakai helmet lagi..:)
Untuk keselamatan abah pesan. Jadi nak pendekkan cerita dalam banyak-banyak durian yang saya dan adik saya kutip tu ada la yang masih muda. Mak cakap "jangan dibuang nanti mak buat kuah durian boleh cicah dengan roti, abah kamu suka makan kuah durian". Saya pun fikir, sedap ke kuah durian tu. Maklum la duduk pekan tak pernah tahu pun. Bila dah siap masak memang sedap sangat-sangat. Hari-hari minta Kuah Durian.

Sampai dah besar ni pun Kuah Durian memang kegemaran keluarga saya. Bukan saja boleh makan dengan roti, dengan pulut pun boleh. Resepi Kuah Durian memang mudah dan senang nak buat. Bahan-bahan pun tidak banyak. Kuah durian ni bukan boleh pakai durian muda sahaja, durian yang sudah  masak ranum pun boleh juga. Ok lah saya nak kongsikan resepi kuah durian ni pada anda.


Bahan-bahan
  • 7 ulas durian
  • 3 cawan santan
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sehelai daun pandan
Cara-caranya
Campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau rata supaya sebati dan mesra. Masak kuah durian dengan api yang perlahan dan kacau sekali-sekala. Jika kuah durian anda nampak pekat tambah sedikit air.Kemudian suaikan rasa, jika kurang manis tambah lagi gula. Bila kuah sudah masak dan mendidih boleh tutp api dan hidangkannya bersama-sama roti/ roti jala atau pulut.

  

*SELAMAT MENCUBA*


Oleh : Uzmira Nadia Zambri

Rendang Tok Makku Sayang

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Hari ini saya hendak kongsikan kepada anda mengenai satu resepi. Anda pernah tahu kan resepi Rendang Tok memang terkenal di negeri Perak. Ingat Perak ingat rendang tok. Selalunya resepi Rendang Tok ni dihidangkan semasa hari raya, majlis kenduri-kendara, dan dihidangkan semasa makan tengah hari.

Masa zaman sekolah dulu saya ada tanya kepada kawan-kawan saya, senang tak masak rendang tok ni. Kebanyakkannya ramai kawan-kawan cakap agak susah jugak untuk masak rendang tok ni. Betul ke?
Memandangkan saya ni seorang penggemar makanan berasaskan daging lembu, jadi saya pun belajarlah masak rendang tok daripada mak saya. Mak saya ni pun ajarlah resepi tu pada anak dara kesayangan ni.. hehe... Terima Kasih Mak...

Bila dah belajar dan dah tahu caranya baru saya tahu.. Tidaklah susah mana pun... Nak tau resepinya.. Jangan risau saya boleh kongsikan kepada anda semua..Jadi saya namakan resepi ni ialah Rendang Tok Makku Sayang :)

Bahan-bahan

  • 600 gm daging
  • 3 biji kelapa 
  • 100 gm isi  kelapa- dihiris 
  • 1 camca besar gula merah
  • sehelai daun kunyit
Bahan-bahan yang digiling halus
  • 38 gm ketumbar biji
  • 1 camca makan jintan manis
  • 1 camca teh jintan putih
  • 1 camca makan lada hitam
  • 20 biji cili kering
  • 3 biji buah keras
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 inci kulit kayu manis
  • 3 batang serai 
  • 2 hiris lengkuas
  • 1 inci halia
  • 20 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 keping asam gelugur
Cara-caranya
  1. Daging dipotong dan dibersihkan. Kelapa yang dihiris dan dijadikan kerisik.
  2. Semua bahan-bahan yang telah digiling dan gaulkan pada daging, masaklah dengan santan. Bila hampir masak, masukkan garam. Asam gelugur, kelapa goring masaklah sampai pekat dan kering.

Senangkan...Jadi apa lagi tunggu.. Jomlah mencubanya..


disediakan : Uzmira Nadia


Saturday, 15 December 2012

Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Hari ini saya ingin berkongsi satu masakan kepada anda. Apakah menunya? Bagi yang menggemari hidangan kerabu di sini saya ada satu resepi kerabu ala Thai iaitu Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu.  Hidangan ini merupakan hidangan pembuka selera atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Appertizer. Dalam resepi ini, bahan utamanya sudah pastilah mangga muda dan perut lembut.

                      
Gandingan dua bahan utama dalam menu hidangan Kerabu Mangga dan Perut Lembu.



Inilah Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu yang telah dihasilkan oleh saya. Cara membuatnya memang mudah, senang dan cepat. Selalunya kalau anda makan makanan ala Thai sudah semestinya ada rasa pedas betul tak. Begitu juga dalam hidangan ini, bukan sahaja ada rasa pedas malah ada juga rasa masam, masin dan manis. Dan istimewanya dalam kerabu ini diletakkan isi perut lembu membuatkan rasa kerabu lebih lazat dan sedap. Selain itu , penggunaan santan juga ada dimasukkan di dalam kerabu supaya ada memberi sedikit rasa lemak-lemak.

Baiklah...mesti anda tidak sabar-sabar menunggu resepinyakan... kalau anda sudah bersedia pen dan kertas bolehlah salin resepi Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu Ala Thai..

Bahan-bahan
  • 300 gm         mangga muda - diparut halus
  • 200 gm         perut lembu - dihiris nipis
  • 35 gm           bawang merah- di mayang halus
  • 70 gm           tomato- dihiris halus
  • 40 gm           cili padi- dihiris halus
  • 20 gm           serai - dihiris halus
  • 3 gm             daun limau purut - dihiris halus
  • 5 gm             daun ketumbar - dihiris halus
  • 20 gm           cili merah - dihiris halus
  • 15 gm           sos sotong
  • 50 gm           udang kering - ditumbuk halus
  • 50 gm           santan 
  • 5 gm             garam
  • 10 gm           gula
  • 8 gm             jus limau
Cara-caranya
  1. Rebus perut lembu hingga lembut dan hiris nipis-nipis. 
  2. Satukan perut dengan mangga muda, bawang merah, tomato, cili padi, serai daun limau purut dan daun ketumbar ke dalam mangkuk.
  3. masukkan santan, sos sotong, udang kering, garam dan gula. Suaikan rasa.
  4. Gaulkan semua bahan hingga rata. 
SELAMAT MENCUBA....

disediakan oleh : Uzmira Nadia Zambri

Monday, 26 November 2012

Resepi Kerabu Kacang Botol & Taugeh

Hai bertemu kembali...

Kalau sebelum ini kumpulan kami telah berkongsi hidangan masakan melayu yang pertama, seterusnya kami ingin berkongsi lagi resepi yang kedua iaitu Kerabu Kacang Botol & Taugeh. Bagi peminat kerabu anda mesti mencuba resepi ini. Kalau tidak rugi nanti :)
Jom kita cuba resepi ini pula.

Kerabu Kacang Botol & Taugeh


 Bahan-bahan
  • 10 gm Kacang botol
  • 45 gm Kelapa parut
  • 50 gm Taugeh
  • 10 gm Bawang besar
  • 5 gm Limau purut
  • 5 gm Garam
  • 3 gm Cili merah
  • 5 gm Bawang merah
  • 60 gm Udang kering
  • 5 gm Kunyit hidup       
Cara-cara
1.      Bersihkan kacang botol, taugeh, bawang besar, bawang merah dan  cili merah.
2.      Hiriskan kacang botol dan bawang besar nipis-nipis.
3.      Kemudian, celurkan taugeh sehingga layu.
4.      Setelah itu, kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing.
5.      Kisarkan bawang merah, kunyit, cili merah dan udang kering.
6.    Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau sehingga bahan terseut menjadi agak kering.  Kemudian api ditutup.
7.      Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan dicelur, gula dan jus asam limau. Kacaukan sehingga rata. Sedia untuk dihidangkan.                      

*SELAMAT MENCUBA

Monday, 19 November 2012

GEODUCK CLAM

Assalammualaikum & Salam Perak Aman Jaya


Pernahkah anda melihat spesis haiwan ini? Mesti tidak pernahkan....Ok lah...Ini adalah Goeduck Clam atau dalam bahasa melayunya adalah Siput Belalai...Agak anehkan bentuk dan rupanya. Sebenarnya saya pun pertama kali melihat siput spesis ini.. Saya tahu pun semasa saya menonton Master Chef Malaysia Musim 2. Selalunya kalau di Malaysia haiwan kerang-kerangan nampak kecil je kan. Tetapi jika di negara Kanada dan Amerika, siput belalai adalah spesis kerangan yang agak terkenal disana. Mari kita kenali Siput belalai dengan lebih mendalam lagi.


Nama melayu : Siput Belalai
Nama Inggeris : Geoduck Clam
Nama Saintifik : Panopea generosa
Keluarga : Hiatellidae
Habitat : Air masin dan lumpur.
Saiz : 15 cm - 20 cm
Berat : 7.5 kg
Boleh ditemui di : Sekitar Pantai Pasifik Amerika dan Kanada

Sekarang anda sudah mengenali serba sedikit mengenai Siput Belalai kan. Jadi, jikalau ada pergi ke hotel-hotel mewah atau berpeluang melancong ke Amerika dan Kanada tidaklah anda berasa terkejut dengan spesis ini. Dan sedikit lagi info tentang Siput Belalai ini adalah haiwan ini boleh hidup 169 tahun. Wowww...Lama juga kan jangka hayat haiwan spesis ini.


  
Beginilah aktiviti mencari dan menangkap Siput Belalai @ Geoduck Clam. Habitat Siput Belalai memang terdapat di air masin dan di dalam lumpur. Anda boleh lihat sendiri bagaimana susahnya mencari dan menangkapnya hinggakan penangkap Siput Belalai membenamkan dirinya di dalam lumpur.

Begitulah serba sedikit info mengenai Siput Belalai @ Geoduck Clam. Diharapkan anda gembira dengan info ini. Sekian Terima Kasih :)



Nukilan : Uzmira Nadia Zambri :)

Monday, 12 November 2012

Gulai masam Perut Lembu

Assalammualaikum..Salam Perak Aman Jaya..

Apa khabar semua? macam mana dengan cuti yang lepas seronok bersama-sama keluarga. Kalau sudah balik ke kampung halaman sudah semestinya meriah dan seronok mana tidaknya di kampung halamanlah kita dapat berjumpa sanak saudara. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang resepi. Resepi ini saya ambil dari bonda saya. Resepinya adalah Gulai Masam Perut Lembu. Resepi ini agak mudah dan senang dimasak dan bahan-bahannya pun tidaklah banyak. 


Bahan-bahan

  • 100 g perut lembu   ( dihiris nipis-nipis)
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji rempah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 400 ml air
  • 3 keping asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, dan biji rempah ditumbuk halus terlebih dahulu.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama perut lembu, serai yang telah dititik, serbuk kunyit, asam keping dan air. Dan rebus bahan-bahan tersebut.
  3. Setelah gulai hampir masak dan perut lembu menjadi lembut perlahankan api dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!!!




Nukilan : Uzmira Nadia



Saturday, 10 November 2012

Petua Di Dapur

Assalammualaikum....Salam Perak Aman Jaya..

Saya yakin dan pasti kalau puan-puan dan kawan-kawan hendak memulakan sesuatu masakan mesti mahukan petua-petua supaya makanan yang anda hasilkan menjadi sedap dan lazat. Dan selain daripada itu anda semua mesti mahukan bahan-bahan yang hendak dimasak tidak berlaku sebarang masalah. Betul tidak...Ok lah pada kali ini saya mahu kongsikan beberapa petua kepada anda. Antaranya ialah...

1. Elak daging berbau


    Jika anda membeli atau dapat daging segar yang mentah, kadang-kadang daging tersebut ada bau hanyirataupun bau yang kurang menyenangkan. Dan sudah semestinya ada yang enggan mahu makan daging yang berbau. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum anda memasak daging, anda perlu membasu daging dengan menggunakan air basuhan beras. Kemudian basuh sehingga daging putih sedikit. InsyaALLAH bau hanyir dan lendir akan hilang.


2. Daging empuk.

Kalau mahu daging yang dimasak menjadi tidak liat dan empuk, emak saya ada berkongsi sedikit petua. Caranya senang sahaja dengan merebus daging yang telah dipotong bersama-sama potongan betik muda. Rebuskan kedua-duanya, InsyaALLAH daging akan lembut, tidak liat dan empuk ketika anda makan.


3. Elak percikan minyak

Anda pernah terkena percikkan minyak ketika menggoreng? Saya yakin sudah pasti perkara tersebut pernah terjadi pada anda. Disini saya ingin kongsikan petuanya. Atasi masalah tersebut dengan menggunakan daun pisang. Bagaimana? Anda perlu carik-carikkan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak. Setelah daun pisang tadi kering dan hampir hangus, keluarnya. Kemudian teruskan dengan tugas menggoreng anda. 



Selamat mencuba ye kawan-kawan...Banyak lagi petua-petua yang ingin saya kongsikan kepada anda..Jadi teruskan membaca dan mengikuti blog ini..





Disediakan oleh : Uzmira Nadia :)

Thursday, 8 November 2012

Resepi Gulai Pucuk Kemahang Bonda.

Assalammualaikum....Salam Perak Aman Jaya...

Pada minggu yang lepas-lepas saya ada menceritakan serba sedikit mengenai Gulai Pucuk Kemahang. Saya harap anda semua sudah kenal apa itu pucuk kemahang. Kebetulan pada hari Raya Aidil Adha yang lepas, bonda saya yang tercinta ada menyediakan juadah yang boleh dikatakan antara makanan kegemaran saya dan menu tersebut menjadi menu yang wajib disediakan oleh bonda saya pada hari raya aidil fitri dan aidil adha. Saya pula tidak lepas kan peluang untuk melihat dan mempelajari cara memasak Gulai Pucuk Kemahang. Seperti yang dijanjikan, di bawah saya ada paparkan pada anda resepi Gulai Pucuk Kemahang Bonda..Selamat Mencuba!!!


Gulai Pucuk Kemahang Bonda

Bahan-bahan
 * 500 g pucuk kemahang
 * 10 biji cili api
 * 1 inci belacan
 * 100 g ikan bilis
 * 1 biji bawang besar
 * 10 keping asam keping
 * 2 batang serai
 * 1 sudu teh serbuk kunyit
 * 1 biji kelapa
 * 1 liter air
 * garam secukup rasa

Cara-cara
 1. Kisar cili api, belacan, ikan bilis, bawang besar dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, pucuk kemahang, serai yang dititik dan asam keping ke dalam periuk dan rebus bersama-sama 500 ml air. rebus pucuk kemahang sehingga empuk dan lembut.
 2. Perahan santan dijadikan 2 bahagian iaitu santan pekat dan santan cair.
 3. Setelah pucuk kemahang lembut dan empuk, masukkan santan cair dan masak sampai mendidih. Selepas 10 minit dan mendidih, masukkan santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. 

p/s : jika gulai kemahang anda rasa gatal anak tekak ketika merasa gulai tersebut, sila tambah asam keping dalam 2 keping..InsyaALLAH gulai pucuk kemahang anda tidak akan berasa gatal-gatal anak tekak....Selamat Mencuba :)

disediakan oleh : Uzmira Nadia

Friday, 5 October 2012

MOH MAKAN-MAKAN DI KUALE

Assalamualaikum & salam 1 malaysia ye kawan-kawan....

saya pasti lagi yakin ramai kawan-kawan kita yang ambil kesempatan untuk balik kampung pada hujung-hujung minggu ini kan....emmm...kalau dah ada di kampung sudah semestinya kita nak makan masakan air tangan dari mak@bonda@mama@mummy@umi dan sewaktu dengan ye lah kan..tapi yang sedihnya kan minggu ini saya tidak berkesempatan untuk balik kampung. tapi.....tidak semestinya saya lupakan bonda saya yang tercinta..tiba-tiba saya teringat satu masakan istimewa dari bonda saya iaitu "GULAI KEMAHANG". kalau di perak terutamanya di Kuala Kangsar memang gulai kemahang ini sangat famous. kalau nak rasa mari le ke Kuala Kangsar.

sebenarnya gulai kemahang ini lebih dikenali sebagai gulai keladi. kalau nak masaknya kena la basuh betul-betul dan masaknya pun kena betul caranya. kalau tidak diikut caranya yang betul alamatnya "menggaru anok tekok le kome" kata orang kuale...dah nama pun keladi jadi ada la sifat kegatalan pada tumbuhan tersebut bukan dari orang yang makannya...hehehehe... tapi setakat ini bila mak saya masak tak ada la rasa gatal-gatal anak tekak...cewahhh...promot lebih pula ye...


kemahang ni merupakan sejenis tumbuhan keladi yang biasanya akan ditemui di tepi-tepi sungai, di tepi sawah dan di kawasan paya yang terbiar. tumbuhan ini juga merupakan tumbuhan yang tumbuh secara semula jadi iaitu tumbuh liar di kawasan yang lembab. tapi kalau nak masak gulai kemahang ni anda janganlah ambil daun yang dah terbuka penuh tu cuma ambil yang pucuknya sahaja.
ni la pucuk kemahang @ pucuk keladi

bila sudah masak begini la rupanya

jadi kalau kawan-kawan rasa nak mencuba makan mari la singgah ke kuala kangsar. tapi kalau nak mencuba buat sendiri di rumah nanti saya cuba dapatkan resepi gulai kemahang ni dari bonda saya ye..saya bagi resepi  yang standard tau supaya nanti gulai kemahang anda itu sama dengan orang perak buat...hehheehe... jadi TUNGGU ye..teruskan setia bersama kami di blog ni...
MASJID UBUDIAH KUALA KANGSAR.
wassalam:)