Showing posts with label Minggu 1. Show all posts
Showing posts with label Minggu 1. Show all posts

Friday, 5 October 2012

Samosa Daging


Bahan A
10keping          Kulit popia-dipotong segi empat
700ml               Minyak untuk menggoreng


Bahan B
250gm              Daging Kisar
250gm              Kentang-didadu kecil
100gm              Bawang besar-didadu kecil
10gm                Bawang putih-dicincang
20gm                Serbuk kari daging-dijadikan pes
5gm                  Daun kari
25gm                Cili giling
10gm                Gula
5gm                  Garam
10ml                 Minyak-menumis
10gm                Daun bawang-diracik

Bahan C
10gm                Sos cili
5gm                  Sos tomato
5gm                  Cili Giling
15gm                Gula
5gm                  Garam
10ml                 Cuka
5gm                  Bawang putih-dicincang
5gm                  Cili merah
5gm                  Cili Hijau
250ml               Air

Cara Penyediaan Samosa
  1. Kuali dipanaskan sehingga minyak betul-betul panas.  Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih, cili boh dan tumiskan sehingga garing.
  2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuhkan dengan sedikit air dan tumiskan serbuk kari sehingga garing.
  3. Masukkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah dipotong dadu. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biarkan ia masak sehingga kuah inti kering dan daging serta kentang empuk.
  5. Setelah masak, masukkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama-sama dengan daun bawang yang telah diracik.
  6. Biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam kulit popia.
  7. Inti yang telah disejukkan, masukkan ke dalam kulit popia dan dilipat kemas.
  8. Kuali dipanaskan dan tuangkan minyak penuh.  Biarkan panas dengan api yang sederhana.
  9. Samosa yang telah dilipatkan tadi, dimasukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng sehingga kuning keemasan.
  10. Kemudian, angkat dan toskan.
  11. Sedia untuk dihidang.

Cara Penyediaan Sos
  1. Didihkan air didalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan cili giling, bawang putih, sos cili, sos tomato, cili hijau dan cili merah.  Kacau sehingga rata.
  3. Masukkan cuka, gula dan garam.  Masak sehingga betul-betul pekat.
  4. Siap untuk dihidang
*bagi yang tidak mahu menggunakan cuka, anda boleh menggantikannya dengan air asam jawa.


~~~selamat mencuba kawan-kawan~~~
...(^-^)...


Thursday, 4 October 2012

Mee Goreng Mamak




Bahan-bahan:
  • 300 g    Mee kuning- dibasuh dan ditoskan
  • 250 g    Isi ayam- dipotong dadu
  • 100 g    Kentang rebus - dipotong kecil
  • 1 ketul   Tauhu goreng- dipotong kiub
  • 60 g       Sawi
  • 100 g     Tauge
  • 25 g       Cili merah - dihiris
  • 25 g       Cili hijau    - dihiris
  • 2 biji      Telur Gred B
  • 100 g     Tomato
  • 100 g     Bawang besar - dicincang
  • 15 g       Bawang putih - dicincang
  • 15 g       Sos cili
  • 30 g       Sos tomato
  • 15 g       Kicap pekat
  • 10 ml   Minyak
  • Garam secukupnya
Hiasan:
  • 5 gm   Daun saderi - dicincang
  • 5 gm   Daun bawang - dicincang
  • 10 g    Bawang goreng
  • 2 biji   Limau kasturi
  • Hirisan timun
Cara-cara:
  1. Minyak dipanaskan sehingga minyak betul-betul panas. Kemudian, tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sos cili, sos tomato, kicap pekat dan isi ayam. kacau sehingga isi ayam separuh masak. 
  2. Kemudian, masukkan kentang, tauhu dan gaul sehingga sehingga rata.
  3. Pecahkan telur dan kacau sedikit dengan sudip.
  4. Masukkan mee dan sayur-sayuran serta cili hiris, kacau sehingga rata.
  5. Masukkan garam dan masak sehingga layu.
  6. Sedia untuk dihidangkan. 
Selamat mencuba!!

~ Minggu Pertama Amali Masakan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

    Hari ni merupakan hari pertama kami memasak untuk semester ini... Perasaan kami? Em.. sangat excited kerana sudah lama tidak menunjukkan bakat yang ada.hehe.. Berbakat ke? Sebenarnya kami tidak sabar untuk memasak bersama kawan-kawan tersayang, memakai uniform yang sama, melihat telatah mereka yang sering mencuit hati, bergurau senda, berkongsi makanan dan macam-macam lagi. Saya percaya kawan-kawan pun merasakan perkara yang sama kan.. Saat memasak bersama kawan-kawan adalah waktu yang sangat menyeronokkan dan merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Sedih pulak rasanya bila memikirkan kami sekarang dah semester akhir. ='( Gonna miss u guys.. Emm sempat lagi nak touching2 kat sini ye..

   Ok la, untuk minggu ini menu yang kami dapat ialah makanan India iaitu Mee Goreng Mamak dan Samosa Daging. Ini merupakan pertama kali kami menyediakan menu ini. Bukan maknanya kami tak pernah masak mee ye. Tapi untuk mee goreng mamak, ini adalah pertama kali begitu juga dengan samosa daging. Bunyinya macam tak la susah sangat tapi memandangkan terdapat 9 kumpulan yang akan memasak, so kami akan cuba buat yang terbaik kerana kawan-kawan kami ni semuanya terer memasak..jangan tak tau ye. 

    Setelah bertungkus lumus mengambil bahan (siap berebut-rebut lagi..hehe. sori la kalau ada yang terlanggar bahu, terpijak kasut ye), kami ke unit masing-masing untuk penyediaan bahan (Mise-en Place). Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Jeng jeng jeng.. Cooking time !! Kami diperuntukkan masa selama 3 jam untuk memasak 2 menu tersebut. Aspek kebersihan sangat ditekankan semasa penyediaan hidangan sama ada kebersihan diri, bahan makanan dan unit. Dalam menyediakan menu tersebut, kerjasama ahli kumpulan sangat penting supaya dapat menepati masa. Bak kata Wonderpets, 'Apaa yang 
pentinggg..kerjaaasama' (pastikan intonasi anda betul ye,hehe). 


                                   
   Tengah khusyuk memasak, tiba-tiba terdengar suara  "kamu ada lagi masa setengah jam untuk menyiapkan hidangan" hehehe.. Masing-masing dah mula gelabah nak menyiapkan hidangan. Kami dah rasa macam kami masuk program Master Chef je.huhu...Suara siapakah? Of course la suara lecturer kami yang comel itu.. Akhirnya berkat tunjuk ajar pensyarah, kerjasama ahli kumpulan dan kawan-kawan yang lain maka siaplah hidangan kami...  Mee Goreng Mamak dan Samosa Daging!!!




    Apabila tiba waktu penilaian, setiap ahli unit diminta menilai unit rakan di samping penilaian daripada pensyarah. Unit kami juga tidak terkecuali. Pelbagai teguran membina dan juga pujian diberikan terhadap masakan masing-masing. Kami kemudiannya berkesempatan untuk merasa masakan daripada unit lain.. Emm..semuanya berjaya menunjukkan kehebatan masing-masing.. Sedap.. Cayalah korang!


Inilah hidangan yang telah siap kami sediakan..




Saturday, 29 September 2012

Perancangan Minggu Pertama (20 September 2012)


Masa yang ditunggu oleh kami semua.. Perancangan menu time~~
Dah lama betul tak berkenduri bersama-sama rakan sekelas.  Pada tarikh berkenaan kami diberi menu untuk persediaan sesi amali yang pertama kami.  Masakan yang bakal kami sediakan pada minggu akan datang adalah Snek & Makanan Berasaskan Mee.  Seronok-seronok~~~.. (^_^)..

Kumpulan kami a.k.a Unit 8 akan menyediakan makanan yang berasal dari India iaitu Samosa dan juga Mee Goreng Mamak.
Di sini saya sediakan sedikit info berkenaan dengan Menu yang kami akan sediakan..

Samosa
Samosa ialah sejenis pastry yang digoreng atau dibakar dan mempunyai inti didalamnya.  Intinya selalunya diperbuat daripada kambing atau ayam yang dicampurkan bersama-sama dengan bawang, rempah ratus, kacang dan sebagainya.  Mempunyai saiz, bentuk berbeza-beza dan konsistan serta mempunyai tiga versi.Kebiasaanya, di Negara India,  samosa sering dihidangkan bersama-sama dengan chutney.  Snek ini sangat popular di Benua India, Asia Tenggara, Asia Tengah dan Asia Barat Daya, Semenanjung Arab, Mediterranean, Afrika Utara dan juga Afrika Selatan.

Makanan snek ini diperkatakan berasal dari Asia Tengah sebelum abad ke-10 dan diperkenalkan ke anak-anak Benua India pada abad ke-13 oleh pedangan dari kawasan Asia Tengah.  Pengembara dan penjelajah pada abad ke-14 yang bernama Ibnu Battutah menjelaskan bahawa makanan yang dimakannya di Istana Muhammad bin Tughlug, bernama samushak atau sambusak, kue pai kecil yang diisi dengan daging cincang, kacang badam, kacang pistasio, kacang walnut, dan disajikan sebelum hidangan ketiga iaitu pulao

Di sini saya paparkan gambar-gambar yang sempat disnapkan semasa penerangan perancangan kerja dijalankan.
Pembahagian menu bagi setiap unit by Puan Ida


sedia berada di unit masing-masing


kenal pasti rempah ratus


cutlery & tableware @ china


  Penyajian cara Cina by Christine


Tata saji Cina


Tata saji Melayu