Showing posts with label Resepi Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Resepi Koleksi. Show all posts

Saturday, 22 December 2012

Resepi Buffet Perkahwinan


Sedih tetap sedih….Tapi makan itu penting jugakan????....(^_^)….
Kalau khamis lepas kami telah selesai dengan tugasan terakhir kami iaitu menyediakan set menu buffet… Unit kami dan 9 telah ditugaskan untuk menyediakan menu-menu untuk buffet perkahwinan….

Entri kali ini akan memaparkan resepi-resepi yang telah disediakan pada hari kejadian….
Selamat membaca...

Nasi Minyak

Bahan-bahan
500 gm                         Beras                          
50 gm                           Minyak sapi     
50 gm                           Bawang putih-dicincang           
80 gm                           Bawang besar-dihiris               
30 gm                           Bunga cengkih             
10 gm                           Kulit kayu manis                      
12 gm                           Buah pelaga                             
50 gm                           Kismis                         
500 gm                         Susu cair
Garam dan air secukupnya       

Cara penyediaan :
  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi.
  2. Tumiskan bahan rempah kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan bawang putih dan bawang besar. Goreng sehingga kekuningan.
  4. Masukkan susu dan air. Sebatikandan biarkan ia mendidih.
  5. Masukkan beras, perasakan dan kacau perlahan. Masak sehingga kering.
  6. Taburkan kismis ke atas nasi yang telah kering. Tutupkan periuk.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan
1200 gm                       Ayam-dibuang kulit & dilumur dengan garam dan kunyit           
240 gm                         Sos tomato                  
150 gm                         Air                              
60 ml                            Minyak masak             
20 gm                           Bawang putih                           
40 gm                           Cili kering                                
140 gm                         Bawang merah 
60 gm                           Serai – dititik                           
30 gm                           Kacang pis                              
120 gm                         Bawang besar- potong bulat    
20 gm                           Kulit kayu manis                      
10 gm                           Bunga lawang                          
3 gm                             Buah pelaga     
30 gm                           Daun bawang – dihiris  
40 gm                           Cili merah
40 gm                           Halia

Cara penyediaan :
1.      Panggang atau goreng ayam hingga separuh masak.
2.       Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis, bahan kisar dan serai. Tumis hingga berwarna keemasan.
3.      Tuang air dan sos tomato, kacau rata.
4.      Masukkan ayam dan kacang pis, kacau rata sehingga masak.
5.      Masukkan bawang besar, kacau. Sesuaikan rasanya dan angkat.
6.      Letakkan masakan di dalam pinggan hidang.
7.      Hiaskan dengan cili merah dan daun bawang.


Acar Rampai

Bahan-bahan
160 gm                         Timun                                      
140 gm                         Lobak                                     
40 gm                           Cili merah                                
40 gm                           Cili hijau                                  
100 gm                         Bawang besar                          
40 gm                           Bawang putih                           
50 gm                           Halia                                       
10 gm                           Biji sawi                                  
10 gm                           Bijan – goreng sedikit  
10 gm                           Serbuk kunyit                          
60 ml                            Cuka                           
20 gm                           Garam
10 gm                           Gula

Cara penyediaan :
1.      Timun dibuang bahagian tengahnya dan dipotong memanjang.
2.      Lobak, cili merah dan cili hijau – potong memanjang.
3.      Panaskan 3 sudu besar minyak masak. Masukkan biji sawi, biarkan satu minit sambil dikacau.
4.      Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan cili, serbuk kunyit dan cuka, kacau.
5.      Kemudian masukkan timun dan lobak. Kacau dan perasakan dengan garam dan gula dan masukkan bijan. Gaulkan sebati.
6.      Angkat dan hidang.


Rojak Buah

Bahan-bahan
260 gm             Timun                                      
700 gm             Sengkuang                  
400 gm             Nanas                     
200 gm             Mangga muda              
30 gm               Cili kering                                
20 gm               Belacan bakar                         
80 gm               Limau nipis – diambil jusnya     
100 gm             Kacang tanah gorengditumbuk kasar
30 gm               Air asam jawa                         
200 gm             Gula melaka – di cincang         
30 gm               Petis                                        
20 gm               Bijan – digoreng tanpa minyak
15 gm               Garam
2 helai               Daun pisang

Cara penyediaan :
  1. Cili kering dan belacan digoreng dengan sedikit minyak kemudian dikisar.
  2. Gaulkan cili kisar, gula melaka dalam mangkuk adunan.
  3. Masukkan jus limau, air asam jawa, garam dan petis.
  4. Gaul rata dan masukkan kacang tanah serta bijan.
  5. Alas pinggan hidang dengan daun pisang.
  6. Campurkan semua sayur-sayuran dan buah-buahan, gaul rata (sekiranya terus dihidangkan)  atau susun sayur-sayuran dengan menarik dan letakkan mangkuk berisi kuah di sisinya sekiranya dihidangkan secara berasingan.
  7. Hidangkan.

Potongan Buah-buahan

Bahan-bahan
1 biji         Tembikai merah
1 biji         Tembikai susu
10 biji       Limau sunquick

Cara penyediaan
  1. Buah-buahan dibersihkan dan ditoskan.
  2. Buangkan kulit buah tembikai merah dantembikat susu. Potong buah dengan saiz yang sama.
  3. Potongkan buah limau sunquick dengan potongan wedges.
  4. Susunkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalambekas yang telah dikhaskan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Bagi sesiapa yang akan melangsungkan perkahwinan, set menu buffet ini sesuai untuk majlis anda...

Selamat mencuba kawan-kawan.....
........(^_^)......


####################
Khuzaimah


Wednesday, 19 December 2012

Sukun Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai, apa khabar anda semua? Semoga ceria-ceria selalu... Maniskan muka dengan senyuman..
Senyuman itu kan satu sedekah.. Betul tak??

Pada entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda sejenis buah yang boleh dikatakan jarang kita jumpa dan ada di antara kita belum pernah jumpa buah ni.. Buah apa agak-agak ye..


Haa mesti dah ramai yang kenal buah ni kan.. namanya adalah buah sukun. 
Pokok sukun ni biasanya banyak ditanam di kampung-kampung. Saya mula kenal buah sukun ni semasa saya tingkatan dua bila ternampak pokok sukun tepi jalan. Masa tu saya memang tak tau buah sukun ni boleh dimakan. Selepas diterangkan oleh ibu barulah saya tau...

Dari segi luarannya, buah sukun kelihatan seperti cempedak dan nangka tetapi bentuknya lebih bulat dan tidak memanjang. Sekiranya buah sukun dipetik pada peringkat yang terlalu matang, isinya akan menjadi terlalu lembut apabila dimasak manakala jika dipetik terlalu muda akan mengeluarkan getah yang berlebihan apabila dikupas. Cara untuk mengupas kulit sukun adalah seperti mengupas kentang tetapi sedikit tebal. 

Buah sukun selepas dikupas kulit

Dah lama saya tidak menikmati sukun goreng ni.. tiba-tiba pula teringin nak makan tapi kat sini mana nak cari. Biasa kalau petang-petang mak cik-makcik selalunya menjual pisang goreng, ubi keledek goreng, cempedak goreng. Memang susah nak jumpa sukun goreng ni..lagipun buahnya bermusim. 

 Apa-apa pun, hari ni saya ingin berkongsi dengan anda resepi menyediakan sukun goreng. Sangat mudah resepinya..


Bahan-bahan:
  • sukun - kupas, potong dan basuh bersih
Bahan penyadur:
  • 3 sudu tepung gandum
  • 3 sudu tepung jagung
  • sedikit pewarna kuning
  • garam secukup rasa
  • 3/4 cawan air
cara-cara:
  1. Satukan bahan-bahan penyadur dalam satu bekas dan adun sehingga sebati dan tidak berketul.
  2. Celup buah sukun dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  3. Apabila sudah masak, angkat dan boleh dimakan. 
Sukun goreng enak dimakan bersama sambal kicap.. Mak mertua lalu pun tak perasan.huhu.. makan macam tu pun boleh..

Selain digoreng, buah sukun juga boleh dibuat kerepek, bubur atau direbus. Selain itu, ia juga boleh dijadikan hidangan sayur..

Ok, sampai bertemu lagi.. 

By: Waddiah (",)


Tuesday, 18 December 2012

Chicken Coconut Tom Yam & Kacang Buncis Daging Hitam

Assamaulaikum dan selamat malam.....

Jika entri sebelum ini Waddiah dan Uzmira telah update tentang resepi-resepi yang telah kami sediakan pada amali yang lepas..... Tetapi masih tertinggal dua resepi iaitu Chicken Coconut Tom Yam dan Kacang Buncis Daging Hitam...Dan kali ini Cik Ah akan update kan resepi-resepi tersebut..... Maaf di atas kelewatan entry kali ini....

Kedua-dua hidangan ini merupakan hidangan makanan berprotien dan juga dari kategori lauk pauk.....

Antara bahan-bahan yang telah digunakan ialah :

Chicken Coconut Tom Yam 

Antara komen yang diberikan oleh rakan-rakan dan pensyarah ialah kuah tom yam agak pekat dan seakan-akan kuah masak lemak.  Porsi untuk satu hidangan juga agak banyak.. Manakala persembahan makanan bagi hidangan ini menarik...


      Bahan-bahan:
§         10 gm               Daun limau purut
§         20 gm               Serai - dititik
§         5 gm                 Lengkuas – dipotong kasar
§         5 gm                 Halia – dihiris nipis
§         5 gm                 Cili api merah thai
§         400 ml              Santan
§         300 gm             Dada ayam
§         60 ml                Sos sotong
§         30 ml                Perahan limau nipis
§         15 gm               Bawang merah- dihiris
§         50 gm               Bawang besar
§         20 gm               Daun ketumbar
§         750 ml              Air
§         5 gm                 Garam

Langkah penyediaan:
1.      Kupas bawang merah dan bawang  besar. Bawang merah dihiris halus manakala bawang besar dipotong ‘wedges’.
2.      Bersihkan ayam dan potong dadu.
3.      Didihkan air dan kemudian masukkan bawang, halia, lengkuas, daun limau purut dan serai. Masukkan ayam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4.      Masukkan santan, air limau dan bahan-bahan perasa. Masak hingga ayam menjadi putih lebih kurang 3 minit.
5.      Tutup api dan taburkan daun ketumbar.
6.   Sedia untuk dihidangkan. 


Kacang Buncis Daging Hitam

Komen-komen yang telah diberikan untuk hidangan ini ialah persembahan adalah bagus, porsi hidangan juga betul, tekstur daging okey dan berkilat.  Daging juga kelihatan masih lembap dan tidak kering...Kacang juga dicelur dengan baik dan masih dapat mengekalkan warna asalnya...

Bahan-bahan:
§         200 gm             Kacang buncis
§         300 gm             Daging batang pinang
§         30 ml                Minyak- untuk menggoreng
Bahan perap:
§         25 gm               Bawang putih – ditumbuk
§         10 gm               Serbuk lada hitam        
§         30 gm               Kicap manis
§         15 gm               Air halia muda
§         45 gm               Sos tiram
§         20 gm               Tepung jagung
§         10 gm               Garam dan gula
Bahan hiasan:
  •                   1 gm                 Daun ketumbar
  •          20 gm               Lobak merah
  •          3 gm                 Bijan –disangai
Langkah penyediaan:
1.      Daging dibersihkan dan dihiris nipis.
2.      Gaulkan daging bersama bahan pemerap di dalam mangkuk dan biarkan selama 1 jam.
3.      Sementara itu, celur kacang buncis dan lobak merah. Kemudian rendamkan di dalam ais selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
4.      Panaskan minyak, dan goreng kepingan daging yang diperap tadi sambil membalik-balikkannya.
5.      Kemudian, saute kacang buncis dan lobak merah tadi bersama lada hitam dan sedikit garam.
6.      Susun kacang buncis di dalam pinggan. Letakkan daging di atasnya dan tabur bijan goreng. Hias dengan daun ketumbar, cili dan lobak merah.
7.   Hidangkan bersama nasi putih. 


Selamat mencuba kawan-kawan...
......(^_^).......

#################
Khuzaimah



Monday, 17 December 2012

Ubi Kayu Plus Kelapa Muda.. Perghh!!


Assalamualaikum dan salam sayang...
Hai apa khabar semua??
Semoga sihat walafiat di samping orang tersayang....
Saje petang-petang ni ambil kesempatan update blog sikit.. Akhir-akhir ni kalau petang Tanjung Malim mesti hujan.. Tapi hari ni cuaca elok je..Alhamdulillah.. tapi jangan lupa, hujan tu pun suatu rahmat juga untuk kita. Bumi pun subur kan..

Malam tadi saya ada call ma kat kampung.. sekarang ni kat Kelantan dah musim bah.. Hari-hari hujan..biasal la, hujung tahun macam ni biasanya macam tu la..

Bila teringat musim bah kat kampung maka kepala ni duk terkenang-kenang la aktiviti yang selalu saya dan keluarga buat. Antaranya adalah makan ubi rebus..panas-panas lagi tu.. ramai orang kampung ambil kesempatan jual ubi kat tepi-tepi jalan. macam-macam ubi ada. Ubi kayu, ubi keledek, ubi badak, ubi itik, ubi keling (kat tempat anda sy xtau panggil apa) dan ubi keladi..memang banyak pilihan..

Ubi kayu

Ubi keledek @ ubi stelo

ubi badak 
ubi itik
Ubi keling @ ubi kemili
ubi keladi
Ubi yang paling saya suka adalah ubi kayu rebus dimakan bersama dengan kelapa muda..lepas tu kalau nak lagi sedap dihidangkan bersama air kopi atau air teh panas, makan ramai-ramai..perghh..memang terangkat. 


Bahan-bahan:
- ubi kayu
- kelapa muda
- garam
- gula

Cara-cara:
1. Rebus ubi kayu bersama sedikit garam sehingga empuk.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa ke dalam kelapa muda. Gaul rata.
3. Siap untuk dimakan.

Memang seronok kalau dapat makan ramai-ramai, panas-panas pada waktu hujan. Rindunya nk balik kampung...ma abah, i miss u.. (tiba2 je)

Ok, apa-apa pun..jangan lupa cuba.


By: Waddiah (",)




Rambutan Oh Rambutan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

 Sebelum saya berceloteh untuk entri kali ni, agak-agak kat tempat anda musim buah apa sekarang ye?? Musim buah-buahan ni kadang-kadang tak sama antara negeri. 
Sekarang ni  di negeri Perak adalah musim buah-buahan.. Bila saya on da way dari kampus nak ke rumah sewa banyak je mak cik-mak cik, pak cik- pakcik yang jual buah durian, rambutan, manggis dan duku..segar dari ladang tu..


Memang untung la siapa yang ada dusun sendiri. Buah-buahan tak habis nak makan. Tapi bagi yang tinggal jauh dari kampung halaman macam kami ni terpaksa beli la kalau nak makan. Kalau di kampung, musim buah-buahan memang seronok. Tambah-tambah kalau semua ahli keluarga berkumpul. Arghh rindunya saat-saat tu.

Bila teringat zaman budak sekolah dulu, selalu panjat pokok buah rambutan dan manggis. Kalau pokok durian memang tak la kan..hehe. tapi selalu tunggu bila la buah durian nak gugur. Sangat seronok bila berebut-rebut dengan adik pungut durian. Memang antara kenangan yang tidak boleh dilupakan.


Bila dah terlalu banyak buah, kadang-kadang berlaku juga pembaziran. Semua dah tak larat nak makan. Walau pun dah agih-agihkan pada jiran tetangga, still juga berbaki. Alhamdulillah, murah rezeki. Biasanya buah rambutan la yang mengalami nasib macam tu..

Ok, untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kaedah untuk mengelakkan berlakunya pembaziran pada buah rambutan iaitu JEM  RAMBUTAN...
jem rambutan
Mungkin ada di antara anda yang belum pernah merasa jem rambutan, terutamanya buatan sendiri. Bahan-bahannya sangat la mudah iaitu:

  • Buah rambutan (terpulang berapa banyak yang anda suka)
  • Gula
Cara-cara:
  1. Kopek buah rambutan dan asingkan biji daripada isinya.
  2. Kisar isi rambutan hingga hancur. Tidak perlu dimasukkan air.
  3. Masak hingga pekat menggunakan api yang sederhana. Kacau sekali sekala untuk mengelak jem daripada hangit. 
  4. Setelah pekat @ kekuningan, tambah gula pasir secukup rasa. 
  5. Siap, dan boleh dimakan bersama roti atau biskut.

Senang kan, cubalah... 

sumber gambar:
1. http://akumama.blogspot.com/2012/01/jem-rambutan.html

By: Waddiah (",)

Saturday, 15 December 2012

Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Hari ini saya ingin berkongsi satu masakan kepada anda. Apakah menunya? Bagi yang menggemari hidangan kerabu di sini saya ada satu resepi kerabu ala Thai iaitu Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu.  Hidangan ini merupakan hidangan pembuka selera atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Appertizer. Dalam resepi ini, bahan utamanya sudah pastilah mangga muda dan perut lembut.

                      
Gandingan dua bahan utama dalam menu hidangan Kerabu Mangga dan Perut Lembu.



Inilah Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu yang telah dihasilkan oleh saya. Cara membuatnya memang mudah, senang dan cepat. Selalunya kalau anda makan makanan ala Thai sudah semestinya ada rasa pedas betul tak. Begitu juga dalam hidangan ini, bukan sahaja ada rasa pedas malah ada juga rasa masam, masin dan manis. Dan istimewanya dalam kerabu ini diletakkan isi perut lembu membuatkan rasa kerabu lebih lazat dan sedap. Selain itu , penggunaan santan juga ada dimasukkan di dalam kerabu supaya ada memberi sedikit rasa lemak-lemak.

Baiklah...mesti anda tidak sabar-sabar menunggu resepinyakan... kalau anda sudah bersedia pen dan kertas bolehlah salin resepi Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu Ala Thai..

Bahan-bahan
  • 300 gm         mangga muda - diparut halus
  • 200 gm         perut lembu - dihiris nipis
  • 35 gm           bawang merah- di mayang halus
  • 70 gm           tomato- dihiris halus
  • 40 gm           cili padi- dihiris halus
  • 20 gm           serai - dihiris halus
  • 3 gm             daun limau purut - dihiris halus
  • 5 gm             daun ketumbar - dihiris halus
  • 20 gm           cili merah - dihiris halus
  • 15 gm           sos sotong
  • 50 gm           udang kering - ditumbuk halus
  • 50 gm           santan 
  • 5 gm             garam
  • 10 gm           gula
  • 8 gm             jus limau
Cara-caranya
  1. Rebus perut lembu hingga lembut dan hiris nipis-nipis. 
  2. Satukan perut dengan mangga muda, bawang merah, tomato, cili padi, serai daun limau purut dan daun ketumbar ke dalam mangkuk.
  3. masukkan santan, sos sotong, udang kering, garam dan gula. Suaikan rasa.
  4. Gaulkan semua bahan hingga rata. 
SELAMAT MENCUBA....

disediakan oleh : Uzmira Nadia Zambri

Ikan Percik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kali ni saya nk kongsikan dengan anda satu resepi yang sangat menarik dan pastinya sedap.
Biasanya orang perempuan yang selalu masak ni, hari-hari mesti nak fikir...'apalah nak masak hari ni...' atau sebelum tidur dah fikir 'nak masak apa esok  ye..' Kalau boleh mesti la nak sediakan menu yang menarik dan berbeza setiap hari untuk keluarga. Betul tak??

Haa..apa kata hari ni anda cuba resepi di bawah ni.. Sebelum tu kita tengok dulu gambarnya..



Nampak sedap tak?? 
Kalau nak tau sedap ke tak, kena la cuba resepi ni. Namanya IKAN PERCIK  versi Thailand. Hidangan ni kami sediakan semasa kelas amali yang bertemakan set menu Thailand. 
Biasanya kalau di Kelantan ikan perciknya berwarna putih, tapi kali ini agak berbeza. 

Ikan yang saya gunakan adalah ikan siakap. Tapi sekiranya tidak ada ikan siakap boleh juga digantikan dengan ikan lain. Kaedah memasaknya agak mudah kerana hanya perlu membakarnya di dalam ketuhar. 

Jika mak-mak kita dulu atau mungkin sekarang pun masih ada, bila buat ikan percik mesti nak membakarnya di atas bara api. Bila dah separuh masak, barulah dicurahkan sosnya kemudian di bakar. Begitulah seterusnya sehingga la ikan betul-betul masak. Tapi memang tak dinafikan rasanya sangat sedap. Tak sah kalau tak tambah nasi...

Berbalik pada ikan percik versi Thailand ini, kaedah untuk menyediakan sosnya adalah dengan menumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu. Kemudian dimasukkkan santan dan diperasakan dengan bahan-bahan-bahan perasa. Sos tersebut  kemudiannya dicurahkan ke atas ikan tadi dan dibungkus dengan daun pisang, keranjang aluminium, kemudiannya baru la dibakar. 

Untuk mendapatkan resepi penuh, jom kita layan...

Bahan-bahan
  • 850 gm           ikan siakap
  • 1 keping          keranjang aluminium
  • 4 helai             daun pisang
  • 3 helai             daun pandan
  • 5 gm               lada sulah
Bahan-bahan sos percik
  • 500 ml            santan pekat
  • 30 ml              jus limau
  • 30 ml              sos sotong
  • 5 gm               garam dan gula 
bahan-bahan kisar 
  • 180 gm           cili merah
  • 20 gm             cili padi
  • 20 gm             halia
  • 100 gm           bawang merah
  • 15 gm             bawang putih
  • 10 gm             kunyit hidup
  • 15 gm             daun limau purut
  • 10 gm             buah keras
  • 20 gm             serai

Langkah penyediaan:
  1. Ikan disiang dan dibersihkan.
  2. Minyak dipanaskan dan bahan-bahan kisar ditumis hingga garing dan wangi.
  3. Kemudian, masukkan santan dan kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga pekat.
  4. Apabila santan pekat, masukkan jus limau, sos sotong, gula dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya dan angkat.
  5. Kemudian, lumurkan ikan dengan garam serta lada sulah.
  6. Di atas dulang pembakar, letakkan keranjang aluminium dan alas dengan daun pisang dan daun pandan.
  7. Letakkan ikan di atasnya dan percikkan kuah atau sos percik tadi.
  8. Bungkus ikan dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  9. Setelah masak hidang dan boleh dinikmati bersama orang tersayang.
Nyum..nyum...senang kan. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog kami.. 
Jangan lupe mencuba resepi ni.. pasti menjilat jari..dan yang penting...licin..
Sampai berjumpa lagi...daa


By: Waddiah (",)