Showing posts with label Minggu 6. Show all posts
Showing posts with label Minggu 6. Show all posts

Wednesday, 5 December 2012

Sup Ketam & Pie Tee


Resepi kali ini merupakan hidangan sampingan dan juga pembuka selera bagi set menu cina.  Perhatikan entri dibawah... Selamat mencuba....

Crab Meat and Egg Drop Soup

 Bahan-bahan:
25 ml                Minyak masak
100 gm             Bawang besar
40 gm               Serbuk pati ayam (dibancuh bersama 1.5 liter air)
1 biji                 Telur
45 gm               Tepung  jagung
20 ml                Air
200 gm             Isi ketam
5 gm                 Garam
5 gm                 Lada sulah
3 gm                 Daun bawang (untuk hiasan)


Cara Penyediaan:                 
1.      Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga terbit bau dan agak kekuningan .
2.      Kemudian masukkan stok ayam dan biarkannya mendidih.
3.      Setelah itu, masukkan isi ketam dan renehkan selama lebih kurang 8-10 minit. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
4.      Perlahankan api dan masukkan telur sedikit demi sedikit sambil bahan dikacau satu arah sahaja.
5.      Kemudian masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk melikatkan bahan.


Pie Tee

 Bahan-bahan
Bahan kulit:
40 gm               Tepung gandum
65 gm               Tepung beras
200 ml              Air
1 biji                 Telur
20 gm               Garam
20 gm               Lada sulah
5 gm                 Kapur (dibancuh bersama 10 ml air)
5 gm                 Gula
5 gm                 Garam
250 ml              Minyak

Bahan inti:
5 ml                  Minyak masak
200 gm Isi udang (dicincang kasar)
20 gm               Bawang putih (dicincang kasar)
300 gm Sengkuang
200 gm Lobak merah
200 gm Timun

Cara penyediaan kulit:
1.      Ayakkan tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
2.      Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya hingga kembang dan berbuih.
3.      Peramkan adunan sehingga 20 minit.
4.      Panaskan minyak dalam kuali yang dalam.
5.      Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
6.      Celupkan calung pie tee dalam adunan separas ¾ dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
7.      Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.

Cara penyediaan inti:
1.      Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. Gorengkan udang sehingga masak. Tutup api.
2.      Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun. Gaul rata dan ketepikan.

Selamat mencuba dirumah...
.....(^_^)....


#############
Khuzaimah

Beef Green Pepper


Assalamualaikum dan salam perak aman jaya........
Dah hampir seminggu amali set menu cina berlalu.... Tapi resepi-resepi yang unit 8 sediakan masih belum di post... Maaf kawan-kawan....Maklumlah sekarang musim tesis.....(^_^)....Entri kali ini kami tidak menghampakan kawan-kawan.... Resepi yang ditunggu  tersedia dibawah... Jom kita lihat sama-sama.....


Bahan-bahan:
300 gm             Daging batang pinang (dihiris nipis)
120 gm             Lada benggala
5 gm                 Bawang putih (dicincang halus)
5 gm                 Halia  (halia)
30 gm               Sos tiram
10 gm               Kicap cair
125 ml              Air
5 gm                 Gula
5 gm                 Garam
5 gm                 Lada sulah
25 ml                Minyak

Cara Penyediaan:
  1. Perapkan daging bersama-sama dengan gula, garam dan lada sulah selama lebih kurang sejam.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan daging sebentar dengan api yang besar. Angkat dan asingkan.
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dicincang halus sehingga kekuningan, kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau rata.
  4. Selepas itu, masukkan daging dan lada benggala. Kacau rata. Perasakan secukupnya dan masukkan bancuhan tepung  jagung untuk memekatkannya. 

Selamat mencuba kawan-kawan... Resepi seterusnya tunggu entri yang akan datang....
.......(^_^)......

Kubis Gulung Berinti


Entri kali ini masih lagi tentang masakan masyarakat cina.  Menu ini merupakan hidangan pengiring bagi set menu cina kali ini…

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara untuk menyediakan resepi ini….
Selamat mencuba….


Bahan-bahan:
300 gm             Kubis panjang – dicelur dan ditoskan

Bahan Inti:
100 gm             Isi ayam (dicincang)
100 gm             Udang (dibuang kulit dan dicincang)
10 gm               Cendawan cina (direndam dan dihiris)
30 gm               Bawang besar (dicincang)
30 gm               Lobak merah (dipotong  julienne)
5 gm                 Daun bawang (dihiris)
5 gm                 Daun saderi (dihiris)
10 gm               Tepung  jagung
5 gm                 Garam
5 gm                 Lada sulah

Bahan  Sos:
10 gm               Stok ayam (dibancuh bersama 250 ml air)
30 gm               Bawang besar (dicincang)
160 gm             Tomato (dicincang halus)
10 gm               Tepung ubi
12 gm               Cili kisar
15 gm               Marjerin
5 gm                 Garam
5 gm                 Lada sulah

Hiasan:
5 gm                 Daun bawang

Cara penyediaan:
  1. Campurkan senua bahan inti. Gaul rata dan perasakan. 
  2.  Letakkan secukupnya inti di atas daun kubis dan gulungkannya dengan kemas. Ulang pada setiap    helaian kubis. Kukus gulungan kubis.
  3. Sementara itu, sediakan sos. Panaskan marjerin. 
  4. Tumiskan bawang besar dan lada kisar. Kemudian masukkan stok ayam dan tomato.
  5. Apabila mendidih, masukkan tepung ubi kayu yang dilarutkan dengan sedikit air. Sesuaikan rasanya.
  6.                     Apabila sos pekat, masukkan kubis gulung. Biarkan masak sebentar. Angkat dan hidangkan.

Cuba sekali pasti mahu lagi...
.....(^_^)....

Saturday, 1 December 2012

~ Minggu Keenam Amali Masakan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog Warisan Timur ni.. Pada minggu ini kelas amali kami sangat istimewa kerana kami dikehendaki memasak makanan orang Cina. Kelas sebelum ni pun sememangnya istimewa cuma kali ini agak berbeza. Tema menu yang kami sediakan pada minggu ini adalah Set Menu Cina. Menu yang perlu kami sediakan ialah Beef Green Pepper, Crab Meat and Egg Drop Soup, Kubis Gulung Berinti dan Pie Tee. Menu tersebut dihidangkan bersama dengan nasi putih.

Berdasarkan resepi yang diberikan dan sedikit rujukan daripada internet, kami cuba juga sediakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Seperti biasa, pembahagian tugas antara ahli kumpulan ditentukan supaya setiap orang mengambil bahagian dalam kerja-kerja memasak ni.. Ia juga bagi memastikan kerja-kerja memasak berjalan lancar.

Setiap menu yang memberikan pengalaman baru kepada kami. Crab Meat and Egg Drop Soup yang kami sediakan tidak menggunakan isi ketam yang sebenar tetapi kami menggantikannya dengan jejari ketam. Setelah stok ayam yang mengandungi isi ketam dan bahan-bahan tumis mendidih, telur dimasukkan sedikit demi sedikit dan perlu dikacau satu arah sahaja.
Crab Meat & Egg Drop Soup
Kami juga mendapat pengalaman bagaimana menyediakan kubis gulung. Inti perlu dibungkus menggunakan kubis yang telah siap dicelur dan kemudiannya perlu dikukus. Kubis tersebut dihidangkan bersama sos khas.

Menggulung inti 
Menu yang paling mencabar adalah semasa menyediakan kulit Pie Tee. Pie tee merupakan sejenis makanan pembuka selera bagi kaum Cina. Ia boleh juga dihidangkan semasa minum petang. Alat yang digunakan untuk menyediakan kulit pie tee dipanggil calung.

Calung/ Acuan pie tee

Calung perlu direndam terlebih dahulu di dalam minyak yang panas sebelum dicelup ke dalam adunan. Langkah untuk membuat kulit pie tee adalah sama seperti membuat kuih goyang atau kuih ros.

Memang rasa tercabar membuat  kulit pie tee ni.. Cubaan pertama agak tidak memuaskan hati kerana tidak mendapat bentuk  yang diinginkan. Tapi still masih boleh dimakan.. 

Cubaan yang tidak menjadi

Ternyata menyediakan pie tee ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Walau bagaimanapun, kami tetap cuba dan terus mencuba...dan akhirnya....

Ada la peningkatan walaupun tak cantik sangat kan.... 
pie tee kami..

Banyak ilmu dan pengalaman baru yang kami perolehi semasa menyediakan menu masakan Cina pada hari ini.. Walaupun agak penat kerana terpaksa berdiri lama di dapur, tetapi kami tetap rasa seronok kerana berjaya menyiapkan tugasan pada minggu ini. Untuk minggu depan, kami perlu menyediakan set menu India..   Apakah menunya?? Tungguuuu...


By: Waddiah (",)