Assalamualaikum dan salam perak aman jaya……
Ada siapa-siapa yang tak kenal dengan gambar
diatas?????
Mesti semua orang kenal.... Bahan yang
wajib digunakan untuk semua jenis masakan.... Tahu tak kamu bahawa bawang putih
mempunyai khasiatnya yang tersendiri....
Tak tahu?????
Jangan risau, saya ada info tentangnya..
Info ini saya ambil dari encik GOOGLE je...Harap ia dapat membantu kamu
semua....(^_^)....
Tapi sebelum itu, saya ingin kongsi serba
sedikit tentang maklumat asas tentang bawang putih..
Nama inggeris : Garlic
Nama saintifik : Allium sativum
Nama keluarga :
Alliaceae
Kegunaan : Digunakan dalam masakan sebagai
memberikan aroma dan rasa yang sangat kuat serta tajam.
Bawang putih banyak digunakan dalam masakan
terutama dalam masakan cina. Bawang
putih adalah pelengkap dan menambahkan aroma pada suatu masakan. Sebagai contohnya, sup, makanan bergoreng,
panggang dan sebagainya.
Selain daripada digunakan dalam bidang
masakan, bawang putih juga banyak digunakan dalam bidang perubatan. Antaranya ialah ia digunakan sebagai agen
antiseptik, ekstrak bawang putih juga banyak digunakan untuk membuat losyen dan
ubat-ubatan untuk merawat luka-luka akaibat kecederaan. Bawang putih juga
merawat penyakit jantung, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan rambut. Ekstrak bawang putih
boleh dicampurkan dengan antimoni serta mentega, kemudian disapukan pada kulit
kepala.
Insyaallah ia dapat menguatkan
rambut..........
Manakala minyaknya pula banyak digunakan
untuk merawat penyakit berjangkit.
Dibawah terdapat contoh-contoh produk yang diproses menggunakan bawang
putih sebagai bahan utamanya.
![]() |
Minyak Bawang Putih |
Kegunaan :
- Membantu
meningkatkan imunisasi badan.
- Mengurangkan
sakit-sakit kepala.
- Merawat
deman.
- Mengelakkan
gangguan pencernaan.
- Sebagai
antiseptik, antibiotik.
- Merawat
sakit jantung, kanser dan juga strok.
Cadangan pengambilan bawang putih bagi setiap 100gm (3.5 oz)
Tenaga :
623kJ/149 kcal
Karborhidrat :
33, 06 g
Ø
Gula : 1.00 gm
Ø
Serat
pemakanan : 2.1 gm
Lemak : 0.5
gm
Protien :
6.39 gm
Vitamin C : 31,2 mg (38%)
Kalsium :
181 mg (18%)
Besi :
1.7 mg (13%)
Magnesium :
25 mg (7%)
Fosforus :
153 mg (22%)
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan di negara-negara luar yang menyatakan bahawa khasiat bawang putih memberikan kepentingan kepada manusia. Antaranya ialah kajian Czech mendapati suplemen bawang putih dapat mengurangkan pengumpulan kolesterol pembuluh darah. Satu lagi kajian yang sama dijalankan menunjukkan keputusan pengambilan bawang putih dapat menghalang pengerasan vaskular (vascular calcification) kepada manusia serta kolestrol yang tinggi dalam darah.
Jadi secara kesimpulannya, perbanyakkan bawang
putih dalam masakan demi untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Ye....saya tahu bau bawang putih kurang
menyenangkan. Tapi apalah salahnya demi
untuk kesihatan tahan saja baunya.... Apa yang penting, kesihatan kita....
Selamat mengamalkannya ya kawan-kawan.....
.......(^_^)......
#####################
Khuzaimah