Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-pauk. Show all posts

Sunday, 23 December 2012

Nangka Muda Dengan Daging



Asyik letak resepi makanan kegemaran anak aje. Haihh.. apa kata hari ini kita belajar masakan kegemaran mak saya.. walaupun saya tak berapa gemarkan tapi tak salah kita belajar kan? Sebab mak kita dah selalu gembirakan kita, sekali sekala kita gembirakan mereka dengan menyediakan masakan kegemaran mereka. Ohh ye.. apa makanan kegemaran mak saya? Nangka muda dengan daging... J jom tengok resepinya kwan-kawan. Nanti boleh cuba masak untuk mak dan ayah kawan-kawan.. orang-orang veteran memang suka makanan macam ni J

Bahan-Bahan
1.    2 paket nangka muda yang sudah dipotong
2.    5 tangkai cili api - tumbuk
3.    1 ½ biji kelapa - ambil santannya
4.    1cm kunyit
5.    1 batang serai –dititik
6.    4 sudu makan kerisik
7.    200 gm daging
8.    Garam secukup rasa

Cara-Cara
1.    Buang bahagian tengah nangka muda dan rebus dengan sedikit belacan. Toskan.
2.    Potong kecil daging dan rebus sehingga empuk. Toskan.
3.    Masukkan daging,cili api, serai, kunyit, kerisik, santan dan garam kedalam periuk.
4.    Masak sehingga mendidih, kemudian masukkan nangka
5.    Kacau sehingga masak, rasa garam dan kepedasannya. Boleh tambah cili jika ingin pedas.



Senang je kan? Saya memang suka menyediakan masakan yang senang dan cepat dimasak. Saya kan bakal wanita bekerjaya. Sudah tentulah mahukan masakan yang senang dan cepat tetapi sedap.. jangan lupa cuba ye kawan-kawan.. J

Gambar di atas adalah ihsan pak cik Google, Tq.. :)


By: Waddiah J

Masak Tempoyak Pucuk Ubi Campur


eh.. tetiba je gambar?? sabar-sabar.. nanti saya cerita ye.. nampak macam tak sedap, tapi bila rasa.. marveless you!

Okey. Nak buat pengakuan.. saya tak suka makan sayur!.. what?? Sayur hijau?? Ohhh scary! Saya bukan popaye the sailorman yang kena makan bayam untuk kuat. No no jo.. not me.. disebabkan saya ni bukan penggemar sayur yang tegar. So mak saya masakkan saya masakan masakan ini supaya anak gadisnya yang takut sayur ni makan sayur. Baikkan mak saya. J jom tengok sayur kegemaran saya yang sudah tentu berasaskan TEMPOYAK. Hahahaha. Gelak dulu boleh?? Kenapa? Sebab tempoyak lagi.. J dah nama suka makan tempoyak kan..

Bahan-Bahan
1.    1 cekak besar pucuk ubi, celur sekejap dan toskan – dihiris halus
2.    1 ikat pegaga - dihiris halus
3.    4 batang serai - dihiris halus
4.    4 helai daun kunyit - dihiris halus
5.    4 papan petai - buang kulit dan potong dua
6.    10 biji cili api – ditumbuk
7.    1 cawan ikan bilis kasar - dibelah dua
8.    1 ½ cawan tempoyak
9.    5 cawan santan
10. 1 sudu teh serbuk kunyit / boleh guna kunyit hidup yang ditumbuk
11. Garam secukup rasa

Cara-Cara
1.    Masukkan semua bahan didalam kuali
2.    Kacau sehingga pekat
3.    Rasa garam dan kepedasannya. Boleh tambah cili jika mahukan lagi pedas
4.    Apabila masak dan pekat, angkat dan hidangkan

Thanks Pakcik Google ku sayang 



Apa la... semua resepi senang-senang je.. ish ish ish.. ruginya kalau tak cuba.. sedapnya.. ya ampun.. makan dengan nasi panas-panas. Tak jeling lauk lain dah. Cukup lah dengan masak tempoyk pucuk ubi campur ni.. mak saya cakap, kawan-kawan boleh campur je dengan apa jua jenis ulam-ulaman yang lain. Dalam resepi ada petaikan?kalau mak saya masak, tak letak petai. Sebab saya  tak suka makan petai. J so apa lagi. Sila la cuba J

Waddiah J

Tuesday, 18 December 2012

Chicken Coconut Tom Yam & Kacang Buncis Daging Hitam

Assamaulaikum dan selamat malam.....

Jika entri sebelum ini Waddiah dan Uzmira telah update tentang resepi-resepi yang telah kami sediakan pada amali yang lepas..... Tetapi masih tertinggal dua resepi iaitu Chicken Coconut Tom Yam dan Kacang Buncis Daging Hitam...Dan kali ini Cik Ah akan update kan resepi-resepi tersebut..... Maaf di atas kelewatan entry kali ini....

Kedua-dua hidangan ini merupakan hidangan makanan berprotien dan juga dari kategori lauk pauk.....

Antara bahan-bahan yang telah digunakan ialah :

Chicken Coconut Tom Yam 

Antara komen yang diberikan oleh rakan-rakan dan pensyarah ialah kuah tom yam agak pekat dan seakan-akan kuah masak lemak.  Porsi untuk satu hidangan juga agak banyak.. Manakala persembahan makanan bagi hidangan ini menarik...


      Bahan-bahan:
§         10 gm               Daun limau purut
§         20 gm               Serai - dititik
§         5 gm                 Lengkuas – dipotong kasar
§         5 gm                 Halia – dihiris nipis
§         5 gm                 Cili api merah thai
§         400 ml              Santan
§         300 gm             Dada ayam
§         60 ml                Sos sotong
§         30 ml                Perahan limau nipis
§         15 gm               Bawang merah- dihiris
§         50 gm               Bawang besar
§         20 gm               Daun ketumbar
§         750 ml              Air
§         5 gm                 Garam

Langkah penyediaan:
1.      Kupas bawang merah dan bawang  besar. Bawang merah dihiris halus manakala bawang besar dipotong ‘wedges’.
2.      Bersihkan ayam dan potong dadu.
3.      Didihkan air dan kemudian masukkan bawang, halia, lengkuas, daun limau purut dan serai. Masukkan ayam dan biarkan mendidih selama 5 minit.
4.      Masukkan santan, air limau dan bahan-bahan perasa. Masak hingga ayam menjadi putih lebih kurang 3 minit.
5.      Tutup api dan taburkan daun ketumbar.
6.   Sedia untuk dihidangkan. 


Kacang Buncis Daging Hitam

Komen-komen yang telah diberikan untuk hidangan ini ialah persembahan adalah bagus, porsi hidangan juga betul, tekstur daging okey dan berkilat.  Daging juga kelihatan masih lembap dan tidak kering...Kacang juga dicelur dengan baik dan masih dapat mengekalkan warna asalnya...

Bahan-bahan:
§         200 gm             Kacang buncis
§         300 gm             Daging batang pinang
§         30 ml                Minyak- untuk menggoreng
Bahan perap:
§         25 gm               Bawang putih – ditumbuk
§         10 gm               Serbuk lada hitam        
§         30 gm               Kicap manis
§         15 gm               Air halia muda
§         45 gm               Sos tiram
§         20 gm               Tepung jagung
§         10 gm               Garam dan gula
Bahan hiasan:
  •                   1 gm                 Daun ketumbar
  •          20 gm               Lobak merah
  •          3 gm                 Bijan –disangai
Langkah penyediaan:
1.      Daging dibersihkan dan dihiris nipis.
2.      Gaulkan daging bersama bahan pemerap di dalam mangkuk dan biarkan selama 1 jam.
3.      Sementara itu, celur kacang buncis dan lobak merah. Kemudian rendamkan di dalam ais selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.
4.      Panaskan minyak, dan goreng kepingan daging yang diperap tadi sambil membalik-balikkannya.
5.      Kemudian, saute kacang buncis dan lobak merah tadi bersama lada hitam dan sedikit garam.
6.      Susun kacang buncis di dalam pinggan. Letakkan daging di atasnya dan tabur bijan goreng. Hias dengan daun ketumbar, cili dan lobak merah.
7.   Hidangkan bersama nasi putih. 


Selamat mencuba kawan-kawan...
......(^_^).......

#################
Khuzaimah



Saturday, 15 December 2012

Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Hari ini saya ingin berkongsi satu masakan kepada anda. Apakah menunya? Bagi yang menggemari hidangan kerabu di sini saya ada satu resepi kerabu ala Thai iaitu Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu.  Hidangan ini merupakan hidangan pembuka selera atau dalam bahasa Inggerisnya ialah Appertizer. Dalam resepi ini, bahan utamanya sudah pastilah mangga muda dan perut lembut.

                      
Gandingan dua bahan utama dalam menu hidangan Kerabu Mangga dan Perut Lembu.



Inilah Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu yang telah dihasilkan oleh saya. Cara membuatnya memang mudah, senang dan cepat. Selalunya kalau anda makan makanan ala Thai sudah semestinya ada rasa pedas betul tak. Begitu juga dalam hidangan ini, bukan sahaja ada rasa pedas malah ada juga rasa masam, masin dan manis. Dan istimewanya dalam kerabu ini diletakkan isi perut lembu membuatkan rasa kerabu lebih lazat dan sedap. Selain itu , penggunaan santan juga ada dimasukkan di dalam kerabu supaya ada memberi sedikit rasa lemak-lemak.

Baiklah...mesti anda tidak sabar-sabar menunggu resepinyakan... kalau anda sudah bersedia pen dan kertas bolehlah salin resepi Kerabu Mangga Muda dan Perut Lembu Ala Thai..

Bahan-bahan
  • 300 gm         mangga muda - diparut halus
  • 200 gm         perut lembu - dihiris nipis
  • 35 gm           bawang merah- di mayang halus
  • 70 gm           tomato- dihiris halus
  • 40 gm           cili padi- dihiris halus
  • 20 gm           serai - dihiris halus
  • 3 gm             daun limau purut - dihiris halus
  • 5 gm             daun ketumbar - dihiris halus
  • 20 gm           cili merah - dihiris halus
  • 15 gm           sos sotong
  • 50 gm           udang kering - ditumbuk halus
  • 50 gm           santan 
  • 5 gm             garam
  • 10 gm           gula
  • 8 gm             jus limau
Cara-caranya
  1. Rebus perut lembu hingga lembut dan hiris nipis-nipis. 
  2. Satukan perut dengan mangga muda, bawang merah, tomato, cili padi, serai daun limau purut dan daun ketumbar ke dalam mangkuk.
  3. masukkan santan, sos sotong, udang kering, garam dan gula. Suaikan rasa.
  4. Gaulkan semua bahan hingga rata. 
SELAMAT MENCUBA....

disediakan oleh : Uzmira Nadia Zambri

Ikan Percik



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kali ni saya nk kongsikan dengan anda satu resepi yang sangat menarik dan pastinya sedap.
Biasanya orang perempuan yang selalu masak ni, hari-hari mesti nak fikir...'apalah nak masak hari ni...' atau sebelum tidur dah fikir 'nak masak apa esok  ye..' Kalau boleh mesti la nak sediakan menu yang menarik dan berbeza setiap hari untuk keluarga. Betul tak??

Haa..apa kata hari ni anda cuba resepi di bawah ni.. Sebelum tu kita tengok dulu gambarnya..



Nampak sedap tak?? 
Kalau nak tau sedap ke tak, kena la cuba resepi ni. Namanya IKAN PERCIK  versi Thailand. Hidangan ni kami sediakan semasa kelas amali yang bertemakan set menu Thailand. 
Biasanya kalau di Kelantan ikan perciknya berwarna putih, tapi kali ini agak berbeza. 

Ikan yang saya gunakan adalah ikan siakap. Tapi sekiranya tidak ada ikan siakap boleh juga digantikan dengan ikan lain. Kaedah memasaknya agak mudah kerana hanya perlu membakarnya di dalam ketuhar. 

Jika mak-mak kita dulu atau mungkin sekarang pun masih ada, bila buat ikan percik mesti nak membakarnya di atas bara api. Bila dah separuh masak, barulah dicurahkan sosnya kemudian di bakar. Begitulah seterusnya sehingga la ikan betul-betul masak. Tapi memang tak dinafikan rasanya sangat sedap. Tak sah kalau tak tambah nasi...

Berbalik pada ikan percik versi Thailand ini, kaedah untuk menyediakan sosnya adalah dengan menumis bahan-bahan kisar terlebih dahulu. Kemudian dimasukkkan santan dan diperasakan dengan bahan-bahan-bahan perasa. Sos tersebut  kemudiannya dicurahkan ke atas ikan tadi dan dibungkus dengan daun pisang, keranjang aluminium, kemudiannya baru la dibakar. 

Untuk mendapatkan resepi penuh, jom kita layan...

Bahan-bahan
  • 850 gm           ikan siakap
  • 1 keping          keranjang aluminium
  • 4 helai             daun pisang
  • 3 helai             daun pandan
  • 5 gm               lada sulah
Bahan-bahan sos percik
  • 500 ml            santan pekat
  • 30 ml              jus limau
  • 30 ml              sos sotong
  • 5 gm               garam dan gula 
bahan-bahan kisar 
  • 180 gm           cili merah
  • 20 gm             cili padi
  • 20 gm             halia
  • 100 gm           bawang merah
  • 15 gm             bawang putih
  • 10 gm             kunyit hidup
  • 15 gm             daun limau purut
  • 10 gm             buah keras
  • 20 gm             serai

Langkah penyediaan:
  1. Ikan disiang dan dibersihkan.
  2. Minyak dipanaskan dan bahan-bahan kisar ditumis hingga garing dan wangi.
  3. Kemudian, masukkan santan dan kacau sentiasa menggunakan api perlahan sehingga pekat.
  4. Apabila santan pekat, masukkan jus limau, sos sotong, gula dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya dan angkat.
  5. Kemudian, lumurkan ikan dengan garam serta lada sulah.
  6. Di atas dulang pembakar, letakkan keranjang aluminium dan alas dengan daun pisang dan daun pandan.
  7. Letakkan ikan di atasnya dan percikkan kuah atau sos percik tadi.
  8. Bungkus ikan dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  9. Setelah masak hidang dan boleh dinikmati bersama orang tersayang.
Nyum..nyum...senang kan. Apa-apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog kami.. 
Jangan lupe mencuba resepi ni.. pasti menjilat jari..dan yang penting...licin..
Sampai berjumpa lagi...daa


By: Waddiah (",)


Friday, 14 December 2012

Singgang Ikan Toman


Assalamualaikum kawan-kawan....
Jika entri yang sebelum ini Cik Ah ada menceritakan tentang ikan-ikan yang sering dijadikan menu hidangan, kali ini Cik Ah nak kong satu resepi berkaitan dengan ikan air tawar… Seperti yang dijanjikan tu..SINGGANG IKAN TOMAN..(^_^)…..

Tapi…..Sebelum tu nak ceritalah sedikit tentang ikan yang Cik Ah guna sebagai bahan utama dalam hidangan ni..

Ikan toman merupakan ikan yang sama spesis dengan ikan haruan… Khasiat-khasiatnya juga sama seperti ikan haruan..  Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di sungai…

Ada yang tak kenal dengan ikan toman ke??????
ish...ish...ish....
Nampak samakan dengan ikan haruan?
Tapi cuba perhatikan dekat atas belakangnya...Ikan toman ia ada tompok-tompok hitam putih...

Kalau dulu, selalu je dapat makan ikan-ikan air tawar sebab ayah selalu pergi memancing.. Tapi sekarang ni dah jarang sangat…Kalau nak makan pun mesti pergi beli dekat pasar… Kadang-kadang yang jual dekat pasar tak segar…. Rasanya pun mesti tak best…huhuhuhu

Punyalah lama mengidam nak makan ikan ni....Nasib baik ada kawan kita ni..... HAWARI.....Kalau kawan-kawan nak tahu, kami selalu je dapat ikan hasil tangkapan dia pergi mancing....Rumah kamilah yang jadi sasarannya...Hehehehe...

Resepi ni Cik Ah masak ala-ala macam Bonda Maziah buat dekat rumah....Tapi rasa memang tak boleh nak lawan bonda la....Sifulah katakan....


Inilah bahan-bahannya....

2 ekor ikan toman (sederhana saiz/1kg)- kerat 6
3 cm lengkuas- dihiris
2 cm kunyit hidup- dihiris
3 keping asam
2 ulas bawang putih – dihiris hlus
2 biji bawang merah – dihiris halus
4 biji cili padi- diketuk
3 tangkai daun kesum
5 gm garam (kurang masin tambah lagi okey.....)
Sedikit bahan perasa
Air secukupnya

Cara menyediakan :
  1. Masukkan air kedalam periuk sehingga paras ½ periuk..
  2. Masukkan ikan dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan asam keping, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi serta daun kesum.
  4. Biarkan ia mendidih lagi dalam 5-10 minit. Perasakan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Yummy...yummy.....
Selamat mencuba....(^_^)....


##################
Khuzaimah

Thursday, 13 December 2012

Dalca

Hai kawan-kawan sekalian..

Resepi yang ingin saya kongsikan dengan anda pada kali ini adalah salah satu menu dalam set menu India yang kami sediakan pada amali ke -7 iaitu Dalca.


Inilah rupa dalca yang kami sediakan pada amali 7 yang bertemakan set menu India. Jika sediakan nasi beriani memang tak sah kalau tak digandingkan dengan dalca. Dalca yang kami sediakan pada minggu ini adalah gabungan di antara daging dan sayur-sayuran. Selain dimakan dengan nasi beriani, dalca juga enak dimakan dengan roti canai dan enak juga dimakan begitu saja :).. 

Kepada penggemar sayur, makanan ini amat sesuai dijadikan pilihan kerana  terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran antaranya adalah lobak merah yang baik untuk mata, terung panjang, tomato baik untuk kulit, kacang buncis dan juga kentang yang sememangnya feveret saya. :)

Kalau di negeri kelantan, dalca juga dimakan dengan nasi putih atau sering juga disediakan semasa majlis perkahwinan mahupun majlis kenduri. Jika dimakan dengan nasi putih, pasangannya adalah ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulaman. Kebiasaannya, orang kelantan breakfastnya nasi.. Dalca juga ada disediakan. Senang cakap, kalau nak makan pergi je kedai yang jual nasi pagi-pagi, pasti ada.. perghhhhh... heaven! ok fine! saya rindu nak makan nasi bungkus pagi2 yang sentiasa ada dijual di Kelantan. rindu~ :)

ok jom kita tengok dan belajar sama-sama resepi dalca :)

     Bahan-bahan:
  •  300 gm             Daging
  • 100 gm             Lobak merah
  • 80 gm               Terung panjang
  • 70 gm               Tomato               
  • 120 gm             Kentang                            
  • 100 gm             Kacang buncis                  
  • 200 gm             Kacang dhal                      
  • 50 gm               Rempah kari daging           
  • 750 ml              Santan kotak                      
  • 50 gm               Bawang besar - dikisar                     
  • 35 gm               Bawang putih  - dikisar                   
  • 10 gm               Halia - dikisar                           
  • 15 gm               Kulit kayu manis                
  •  5 gm                 Bunga cengkih                      
  • 5 gm                 Buah pelaga                          
  •  2 ml                  Air asam                                
  • 5 gm                 Garam                                    
  • 10 ml                Minyak                                
  • 8 gm                 Serbuk cili                             



Cara penyediaan :
1.      Kupaskan bawang dan bersihkan sayur-sayuran. Toskan.
2.      Bersihkan daging dan potong kecil-kecil. Kemudian toskan.
3.      Rebuskan daging yang telah dipotong kecil-kecil dengan kacang dhal sehingga empuk.
4.      Sementara menunggu daging dan kacang dhal empuk,panaskan kuali dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan kisar. Tumiskan sehingga garing dan naik bau.
5.      Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili. Gaul sehingga rata.  Masukkan air asam dan garam. Tumiskan sehingga rempah garing.
6.      Masukkan terung dan lobak merah serta tomato ke dalam periuk rebusan daging dengan kacang dhal.
7.      Kemudian, masukkan rempah yang telah ditumiskan dalam kuali ke dalam periuk. Kacau sehingga sebati.
8.      Masukkan santan dan masak sehingga mendidih. Perasakan dengan garam.
9.   Sedia untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba....

By: Waddiah (",)