Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Kuih Tepung Gomak


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Musim hujan dah tiba sekarang….. Perasaan hendak makan tu makin membuak-buak. Tambahan pula dengan cuaca yang sejuk makin membuatkan kita sering berasa lapar.  Cik Ah ada satu resepi yang hendak dikongsikan bersama-sama dengan kawan. Jadi selepas ini boleh mencubanya jika ada kelapangan......(^_^)....
Kalau dekat rumah Cik Ah panggil kuih ini dengan nama buah gomok.... Tetapi nama lebih dikenali dengan nama Tepung Gomak.... Kuih memang sedap dan merupakan antara kuih-kuih kegemaran Cik Ah jika menjelang bulan ramadhan....

Pernah juga melihat ibu iaitu Bonda Maziah membuatnya di rumah.  Pernah juga membuatnya sendiri tetapi dibawah pemerhatianlah.......(^_^)....

Nak resepinya?????
Jom tengok entri dibawah....


Bahan-bahan :
400gm tepung pulut
300gm kacang hijau

Inti :
300gm gula merah
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula pasir

Cara membuat :
Inti :
  1. Campurkan gula pasir dan kelapa parut dengan setengah cawan air dan masak sehingga kering.
  2. Angkat dan ketepikan.

Kuih :
1.      Goreng kacang hijau tanpa minyak sehingga garing dan kisar halus seperti tepung dan ketepikan.
2.      Bancuh tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dibentuk.
3.      Ambil sebesar telur dan leperkan, bubuhkan sedikit inti didalam dan tutup semula.
4.      Didihkan air yang bercampur daun pandan, masukkan tepung yang berinti tadi, angkat apabila kuih timbul.
5.      Kemudian golek-golekkan kuih tadi ke dalam tepung kacang hijau, susun didalam pinggan.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.       

~~~~Selamat mencuba~~~~
.............(^_^)...............


################

Khuzaimah

Bubur Lambuk


Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Rindunya dekat kampung halaman….Kalau entri sebelum Cik Ah menyenaraikan menu-menu bermain di minda tentang makanan-makanan Terengganu.  Kali ini Cik Ah ingin berkongsi resepi tentang Bubur Lambuk....Cik Ah yakin mesti semua orang suka makan bubur lambukkan????

Pernah tak kawan-kawan mencuba bubur lambuk dari Terengganu....???Rasa dan rupanya tak sama dengan bubur lambuk sebelah pantai barat... Rasanya memang sedap....Kalau di bulan ramadhan, bubur lambuk di Terengganu banyak dijual di gerai-gerai di Bazar Ramahan....Sama juga di Pantai Barat, bubur lambuk banyak juga di dapati di bulan Ramadhan.....
Bubur Lambuk

Jika bubur lambuk di Pantai Barat, bubur lambuknya berwarna putih dan bahan-bahan yang digunakan ialah seperti lobak merah, daging atau ayam, sayur campur dan lain-lain lagi....

Berbanding dengan bubur lambuk di Terengganu, bubur lambuknya sedikit gelap dan bahan-bahan yang digunakan juga berbeza dengan bahan-bahan bubur lambuk pantai barat.  Di Terengganu, bahan-bahan yang digunakan ialah seperti pucuk paku merah atau lebih dikenali dengan nama pucuk miding, daun kadok, daun kesum, daun kecur manis dan makanan laut seperti ikan, kerang dan sotong.... Dan bahan istimewa turut dimasukkan ke dalam resepi ini iaitu budu.  Budu kebiasaannya diletakkan kedalam bubur lambuk dan faktor budu menyebabkan warnanya berubah.

Kalau di Terengganu, bubur lambuk akan dimakan bersama dengan ikanbilis goreng, keropok, air lada dan perahan limau nipis.  Selain itu, budu juga dihidangkan bersama ketika menikmati bubur lambuk kerana sesetengah orang suka menambahkan budu semasa menikmatinya.

Jadi, pada kali ini, Cik Ah ingin berkongsi resepi bubur lambuk Bonda Maziah......
Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan :

  • 1 kg ikan selayang/kembung- rebus ambil isinya
  • 1 kg beras
  • 2 tbsp kerisik
  • 3 tbsp serbuk lada hitam
  • 1 inci halia
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ikat daun pucuk paku merah
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 ikat daun kaduk
  •  ½ ikat daun cekur manis
  • 300 gm kerang
  • Budu 3 tbsp
  • Garam dan bahan perasa secukupnya

Cara penyediaan :
1.      Bersihkan beras sehingga bersih dan rebus beras sehingga betul-betul empuk di dalam periuk
2.      Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk kedalam periuk. Biarkan mendidih.
3.      Masukkan lada hitam dan ikan yang telah ditumbukkan. Kacau sehingga rata.  
4.      Masukkan budu, garam dan bahan perasa secukupnya.  Kacau rata.
5.      Masukkan daun-daun ulam yang telah dibersihkan.  Kacau sehingga daun ulam layu.
6.      Sedia untuk dihidangkan.
7.      Hidangkan bersama keropok, ikan bilis goreng, air lada, perahan limau nipis dan juga budu.


~~~~~Selamat mencuba~~~~~
.........(^_^).........

####################
Khuzaimah

Keropok Lekor


 Assalamualaikum…salam sejahtera….

Semester 8 sudah hampir ke penghujung…. Rasa cepat benar masa berlalu… Lepas ini bolehlah bersantai-santai di kampong halaman tercinta sementara mendapat kerja….(^_^)…. Dalam kepala ni dah bermacam-macam makanan yang terbayang..... Sotong celup tepung, nasi dagang, bubur lambuk, rojak betik, laksa dan macam-macam lagilah.....

Cik Ah nak tanya sikit boleh tak kawan-kawan......??
Kalau kamu semua pergi Terengganu, apa yang pertama sekali bermain di minda????
Keropok lekor kannnnnn......??
Pelancong dalam negeri mahupun luar negeri yang datang ke Terengganu rata-rata pasti akan mencuba untuk menikmati keropok lekor..... Tak sah kiranya kalau tak merasainya... Bukan datang ke TERENGGANU lah namanya kalau tak mencuba......Betul tak.....?

Keropok lekor ialah sejenis makanan protein yang diperbuat daripada isi ikan dan juga tepung sagu serta garam dan gula.  Isi ikan yang telah dicampurkan dengan bahan-bahan lain akan dibentukkan panjang-panjang dan akan direbus dalam air yang mendidih ataupun digoreng dengan menggunakan minyak yang penuh...

Antara tempat-tempat yang sering dikunjungi pelancong untuk mendapatkan keropok lekor ialah di Kampung Losong iaitu di Kuala Terengganu.....Di sana terdapat satu perkampungan yang dikenali sebagai Perkampungan Keropok Losong...Dan oleh sebab itulah keropok lekor Terengganu sering dikenali sebagai "Keropok Losong".....Di sana pelancong boleh memilih gerai-gerai yang disukai untuk mendapatkan keropok lekor.....

Selain di Kampung Losong, keropok lekor juga terkenal dan mudah didapati di Kampung Batu Rakit... Di sana juga terdapat deretan kedai-kedai yang menjual keropok lekor sehingga pelancong tidak tahu mahu memilih yang mana satu...
Untuk kali ini, Cik Ah akan berkongsi satu lagi resepi yang berkaitan dengan negeri kelahiran Cik Ah iaitu KEROPOK LEKOR...

Keropok lekor rebus

Keropok lekor goreng

Bahan-bahan :
12 ekor ikan kembong/selayang
½ cawan tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
  1. Bersihkan ikan buang kulit dan ambil isinya sahaja.
  2. Masukkan isi ikan tadi dan blend/tumbuk sehingga lumat atau hancur.
  3. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah hancur itu ke dalam besen dan campurkan garam, gula serta tepung sagu.
  4. Uli sehingga semua bahan tersebut sebati.
  5. Selepas itu, ambil sedikit adunan tadi gentelkannya secara memanjang.
  6. Kemudian, masukkan kedalam periuk yang airnya sedang mendidih. Rebus sehingga masak.Jika keropok timbul, itu menandakan ia telah masak.
  7. Selain daripada merebus, keropok juga boleh digoreng terung dengan menggunakan minyak banyak.
  8. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Hidangkan bersama-sama dengan sos keropok yang telah dibuat khas untuknya.
Step membuat keropok


~~~~Selamat mencuba~~~~~
........(^_^).......


#################
Khuzaimah

Sunday, 23 December 2012

Ketupat Sotong Terengganu


Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan.....
Buat aktiviti apa petang hujung minggu ni...Mesti tengah mencari-mencarikan....
Apa kata kalau kawan-kawan mencuba untuk menyediakan juadah dari negeri Cik Ah iaitu Terengganu... Jika kawan-kawan masih ingat, sebelum ini Cik Wawa kita telah memberikan resepi untuk menyediakan ketupat sotong...Kali ini Cik Ah akan turut sama berkongsi resepi untuk membuat ketupat sotong.....Tapi bukan macam Cik Wawa punya......Lain sedikit darinya.... Rasa dan warna juga berbeza.....Resepi ini adalah resepi dari Bonda Maziah sendiri... Cik Ah pun dah banyak kali cuba membuatnya sendiri...Dan macam biasalah mesti tak boleh lawan bonda punya....Sifulah katakan.....

Silalah mencubakan kawan-kawan.....

Ketupat Sotong

Bahan-bahan
  • 5-6 ekor sotong sederhana
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 ½ cawan santan pekat
  • ½ cawan santan cair
  • 2 ulas bawang besar (dimayang)
  • seinci halia (dimayang)
  • sesudu kecik halba
  • garam dan gula secukup rasa
  • lidi/penyungkil gigi

Cara-cara
  1. Bersihkan beras pulut dan rendam dengan santan cair selama 2-3 jam.
  2. Bersihkan sotong, buang kulitnya supaya kuah tidank menjadi merah.
  3. Kemudian, isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan terlalu penuh kemudian tutupkan dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan lidi.
  4. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan sedikit air. Biarkan air mendidih dan sotong separuh masak.
  5. Masukkan bawang, halia, halba dan dan santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula.  Biarkan ia mendidih sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
  6. Sedia untuk dihidangkan.


.........(^_^)........


###############
Khuzaimah

Kuih Beko


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan…
Salam ahad yang ceria.....

Semalam Cik Ah telah mendapat satu berita yang menyedihkan.... Keluarga Cik Ah telah kehilangan seorang yang disayangi....Atuk iaitu bapa kepada ayah Cik Ah... Sedih sebab tidak pulang ke kampung halaman walaupun hati ingin berada di sana.   Namun, doa tetap mengiringinya dari jauh.....Moga atuk ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.....  Bila terjadi peristiwa begini, ia turut mengingatkan Cik Ah kepada atuk sebelah ibu yang telah lama meninggalkan kami 8 tahun yang lalu... Banyak kenangan yang terindah kami bersama dia...Al-fatihah untuk kedua-dua atuk.....

Bercerita tentang arwah atuk sebelah ibu, Cik Ah dengannya mempunyai persamaan dari segi makanan kegemaran..KUIH BEKO..Kalau negeri lain tak tahulah pula namanya apa...  Kalau suatu masa dahulu, setiap kali bulan puasa kami akan sama-sama bakar kuih sama-sama..... Nak tahu kenapa????Kuih yang kami suka makan tu, hanya kami bertiga je yang suka sangat-sangat dengan kuih tu...Cik AH, atuk & abang sepupu......Jadi terpaksa la membakarnya sendiri....Tapi yang membancuh dan membuatnya mestilah nenek...(^_^)....Kami tukang bakar je...Bukan ape, nak bakar kuih tu leceh...melekatlah, lambat masaklah....macam-macamlah dugaannya...  Tapi sekarang, Cik Ah dengan abang sepupu dah tak dapat nak makan tu semua.....  Ibu dengan mak long tak kasi kami meminta-minta dengan nenek... Ibu selalu pesan, nak makan kuih tu, beli je, jangan buat-buat lagi... Cik Ah tahu, semua orang tak nak kenang kenangan lama....  Sebab itulah Cik Ah sekarang dah tak makan sangat kuih tu...Pernah sekali makan sambil nangis-nangis sebab terkenangkan arwah atuk... sedih sangat-sangat.....

Walau bagaimanapun, kat sini Cik Ah masih lagi ingin berkongsi resepi Kuih Beko dengan kawan-kawan...Tapi resepi ini Cik Ah cari dengan Encik Google je.. Just tukar sikit-sikit yang mana Cik Ah ingat bahan-bahan dan langkah-langkahnya...Nak tanya nenek dengan ibu terkenangkan kenangan lama....



Bahan-bahan
  • 2 cawan kelapa parut (kelapa muda/kulit hijau)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2-3 keping nisan/gula kabung/gula melaka
  • 1 cawan air
  • secubit garam
  • 2 biji telur

Cara-cara
  1. Panaskan air didalam periuk dan masukkan nisan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
  2. Setelah nisan/gula kabung/gula melaka larut, angkat dan sejukkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung pulut dan telur. Gaul sehingga sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati.  
  5. Sudukan ke dalam acuan pembakar.
  6. Bakarkan dengan menggunakan cara tradisional ataupun moden.
  7. Jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
  8. Jika menggunakan dapur arang, letakkan bara arang ke atas penutupnya dan tutup acuan pembakar.  Bakar selama 15-20 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




~~~~Selamat mencuba~~~~
........(^_^)........

##############
Khuzaimah

Thursday, 20 December 2012

Betik


Assalamualaikum dan salam sejahtera….
Jika entri sebelum ini Waddiah ada menceritakan tentang buah sukun, kali ini Cik Ah akan membicarakan tentang BETIK…

Sebelum tu, Cik Ah nak Tanya, kawan-kawan dah cuba belum resepi sukun gorengnya??? SEDAP kan?????

Jom kita bercerita dengan lebih lanjut lagi tentang BETIK……..


Betik merupakan buah-buahan yang banyak di tanam di seluruh MalaysiaBetik yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C yang baik untuk tubuh badan manusia.  Betik juga amat bernilai dalam sistem perubatan.  Antara khasiat-khasiat betik ialah seperti   melancarkan sistem perkumuhan dan pencernaan badan iaitu dapat melawaskan perut yang mempunyai masalah sembelit.   Selain itu, ia juga dapat merawat masalah penyakit asma dan juga jantung.  

Manakala daunnya pula banyak kegunaannya.  Antaranya ialah boleh digunakan untuk melembutkan tekstur daging.  Di negara luar iaitu Mexico, penggunaan daun betik  banyak digunakan untuk melembutkan daging selain daripada penggunaan tepung jagung.  Walau bagaimanapun, penggunaan daun betik yang banyak boleh merbahayakan kesihatan tubuh badan.  Di mana ia boleh menghasilkan toksik jika terlalu banyak digunakan.  

Betik amat enak dimakan begitu sahaja untuk dijadikan pencuci mulut.  Ditambahkan pula apabila diletakkan ke dalam peti sejuk.  Selain di makan segar, betik juga boleh dimasak.  Sebagai contohnya, betik muda banyak digunakan dalam masakan daging ataupun masak lemak.  Betik juga boleh dimasak untuk dijadikan jem, puding, aiskrim, halwa serta dijeruk.  Jika di Terengganu, betik muda yang telah matang dibuat hidangan pembuka selera iaitu ROJAK BETIK.  Betik diparut atau sagat dan dimakan bersama-sama kuah rojak yang dibuat khas.  
Dan kalau kawan-kawan nak tahu, rojak betik merupakan salah satu makanan kegemaran Cik Ah.  Kalau bulan puasa, mesti REQUESTlah dekat mak....Boleh je kalau nak masak sendiri.... Tapi biasalah, anak makkkkkkk....Lagipun, kalau mak masak lagi best dari anaknya....(^_^)....

Inilah resepinya.....

Rojak Betik
Rojak betik

Bahan:

1 biji betik muda yang dah matang – parut/sagat
½ kg ikan kembung/sardin – rebus ambil isinya
1.5 liter air
4 tbsp cili giling
4 tbsp cuka makan
2 tbsp air asam jawa
10 gm belacan – bancuh menjadi pes
50 gm gula melaka
4 tbsp gula
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :
  1. Bersihkan betik yang telah disagatkan dan rendamkan ke dalam ai kapur untuk memastikan kesegaran betik.
  2. Panaskan air ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan-bahan kecuali cuka dan isi ikan rebus.  Masak sehingga iar mendidih dan sedikit pekat.
  3. Perasakan dengan cuka, gula dan garam. Tambahkan cuka lagi jika tidak cukup masam.
  4. Tutupkankan api dan angkat. 
  5. Masukkan isi ikan rebus dan kacau rata.

* Masukkan ikan selepas api ditutup untuk mengelakkan rasa hanyir pada kuah rojak.
* Enak dimakan bersama-sama dengan keropok dan juga parutan buah-buahan lain seperti jambu dan
   mangga muda.


~~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~~
........(^_^).........



##################
Khuzaimah

Friday, 14 December 2012

Singgang Ikan Toman


Assalamualaikum kawan-kawan....
Jika entri yang sebelum ini Cik Ah ada menceritakan tentang ikan-ikan yang sering dijadikan menu hidangan, kali ini Cik Ah nak kong satu resepi berkaitan dengan ikan air tawar… Seperti yang dijanjikan tu..SINGGANG IKAN TOMAN..(^_^)…..

Tapi…..Sebelum tu nak ceritalah sedikit tentang ikan yang Cik Ah guna sebagai bahan utama dalam hidangan ni..

Ikan toman merupakan ikan yang sama spesis dengan ikan haruan… Khasiat-khasiatnya juga sama seperti ikan haruan..  Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di sungai…

Ada yang tak kenal dengan ikan toman ke??????
ish...ish...ish....
Nampak samakan dengan ikan haruan?
Tapi cuba perhatikan dekat atas belakangnya...Ikan toman ia ada tompok-tompok hitam putih...

Kalau dulu, selalu je dapat makan ikan-ikan air tawar sebab ayah selalu pergi memancing.. Tapi sekarang ni dah jarang sangat…Kalau nak makan pun mesti pergi beli dekat pasar… Kadang-kadang yang jual dekat pasar tak segar…. Rasanya pun mesti tak best…huhuhuhu

Punyalah lama mengidam nak makan ikan ni....Nasib baik ada kawan kita ni..... HAWARI.....Kalau kawan-kawan nak tahu, kami selalu je dapat ikan hasil tangkapan dia pergi mancing....Rumah kamilah yang jadi sasarannya...Hehehehe...

Resepi ni Cik Ah masak ala-ala macam Bonda Maziah buat dekat rumah....Tapi rasa memang tak boleh nak lawan bonda la....Sifulah katakan....


Inilah bahan-bahannya....

2 ekor ikan toman (sederhana saiz/1kg)- kerat 6
3 cm lengkuas- dihiris
2 cm kunyit hidup- dihiris
3 keping asam
2 ulas bawang putih – dihiris hlus
2 biji bawang merah – dihiris halus
4 biji cili padi- diketuk
3 tangkai daun kesum
5 gm garam (kurang masin tambah lagi okey.....)
Sedikit bahan perasa
Air secukupnya

Cara menyediakan :
  1. Masukkan air kedalam periuk sehingga paras ½ periuk..
  2. Masukkan ikan dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan asam keping, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi serta daun kesum.
  4. Biarkan ia mendidih lagi dalam 5-10 minit. Perasakan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Yummy...yummy.....
Selamat mencuba....(^_^)....


##################
Khuzaimah

Sunday, 11 November 2012

Bila jari jemari menari….


Assalamualaikum kawan-kawan…
Hari ni kan , Cik Ah bosan duduk kat rumah… Tak tahu nak buat apa… Cik Wawa pergi kerja, Cik Uz pula tak sihat……. Housemate yang lain tak ada…Ada yang balik kampung, ada yang hang out keluar jalan-jalan… Maklum le hujung minggu katakan….Tinggallah Cik Ah dengan roommate je….Cik Rubi kita….  Cik Ah pandang dia, dia pandang Cik Ah...

Nak dijadikan cerita, teringat janji dengan Kak Ma a.k.a Puan Nurul Aqma Yassim & Faridah Bachok yang nak lunch sama-sama.....Dua tiga hari lepas ada ajak dia orang datang lunch dekat rumah....

Apa lagi, kelam kabut Cik Ah masuk dapur... Nak sediakan bahan-bahan....


Tapi nak masak apa ye untuk kawan-kawan ye....
Ayam masak merah????dalca???ikan singgang?????
Macam mana nak masak semua tu....Bahan-bahan mentah tak ada...

tiba-tiba Cik Ah teringatkan daging salai yang emak bekalkan dari kampung...Biasalah, hari tu kan Hari Raya Korban...Jadi banyaklah stok dagingnya sampai tak muat peti ais dekat rumah di kampung... Sebab itulah daging banyak di salai...

Hah??? Tak kenal daging salai????
Kesian…kesian….(^_^)….rugi tau kalau tak makan…aroma dia menusuk sehingga dikalbu…..


Inilah daging salainya....
Mesti pernah jumpa & tengok kan???

Dah lari tajuk kita ni kan????.....(^_^).....

Dah ada daging salai kan???nak masak apa ye dengan daging salai ni.......
Ermmmmm..haaaaa..apa kata kita masak daging salai masak lemak cili api..Tapi ni versi Cik Ah la...(^_^)....

Daging Salai Masak Lemak Versi Cik Ah



½ kg daging salai
350ml santan pekat
1 ½ inci lengkuas
½ inci halia
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½  asam keping
10 biji cili padi
Garam secukupnya

Cara menyediakan :
  1. Potongkan daging salai kecil-kecil. Rendamkan seketika untuk kurangkan rasa masin pada daging.
  2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili padi.
  3. Masukkan daging ke dalam periuk dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan asam keping bersama.
  4. Masukkan 50ml santan bersama-sam dengan air dan masak sehinggan hampir-hampir daging empuk.
  5. Kemudian, masukkan masukkan santan pekat dan garam. Masak sehingga daging empuk.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
 Hari ini bukan daging salai masak lemak je untuk lunch kita orang....
Ada lagi menu-menu orang bujangnya...
Nak tahu apa hidangannya????
Taraaaaaaaa~~~~~

Sayur Campur Goreng
+
Telur Dadar Bujang.....(^_^)....

Inilah menu-menu untuk lunch kami..

Apa-apa pun...
~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~
......(^_^).....


############################
Khuzaimah

Friday, 9 November 2012

Labu oh labu


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia……
Dah dua minggu kami semua memasak dan menyediakan kuih muih tempatan... Ada yang manis, ada yang pedas....Bila dah buat kuih ni, teringat kuih-kuih yang selalu kita makan kat kampung...Dengan musim hujan sekarang ni lagi lah perasaan nak makan tu membuak-buak.  Kalau sebelum ini, carrotsusu ada kongsi tentang masakan jenis lauk pauk.. Tetapi entri kali ini, kami nak kongsi tentang makanan berasaskan labu... Bukan pengat labu ye kawan-kawan..........

Jom kita intro dulu apa yang carrotsusu nak kongsi kali ini....


Agak-agaklah kan......carrotsusu nak masak apa ye dengan labu ni.....
Hah????pengat???masak lemak???
Bukan kawan-kawan.........

Kali ni carrotsusu nak kongsi tentang Sira Labu....
Pernah makan tak???
Kalau yang sudah pernah makan, mesti tahu macam mana rasanya kan??Best tak??
Mestilah best.......
Resepi kali ini, Carrotsusu masih lagi ambil dari Bonda Maziah...Untung la anak Bonda Maziah kan???? Selalu dapat makan yang sedap-sedap....

Jom kita lihat bahan-bahan dan cara menyediakannya.....


1 kg labu ( dipotong wedges besar)
5 kerek nisan/gula melaka
3 tbsp gula pasir
Kapur makan
2 helai daun pandan

Cara menyediakan :
  1. Labu yang telah dipotong dilumurkan dengan kapur makan. Biarkan seketika.
  2. Kemudian, basuhkan bersih dan susun di dalam periuk.
  3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan. (Tidak perlu masukkan air kerana air dari lembapan labu sudah memadai).
  4. Masakkan sehingga labu betul-betul empuk dengan api yang perlahan.  Pastikan periuk ditutup.
  5. Setelah siap, bolehlah dihidangkan.

Nisan VS Gula Melaka
Agak-agak lah kan, Bonda Maziah masak Sira labu ni pakai yang mana satu ye???


  VS  

Biasanya Bonda Maziah akan guna nisan (gambar atas) sebab dekat Terengganu tak ada gula melaka (gambar bawah)...Rasa manis antara dua ini juga berlainan..kalau tak percaya cubalah masak dekat rumah dengan dua benda ni..



~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~
.....(^_^).....



Disediakan oleh : Khuzaimah


Buah Rambai dan Kegunaannya


Assalamualaikum  & salam sejahtera kawan-kawan..
Hari ini kita orang nak kongsi serba sedikit tentang buah rambai... Kamu semua pernah dengar @ kenal tak dengan buah rambai?????
Kalau tak kenal alamak rugilah kamu semua... Banyak kegunaan  buah rambai ni untuk kita. Terutamanya dalam bidang perubatan dan juga masakan....
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut lagi tentang buah rambai, kami nak tunjukkan la dulu macam mana rupanya buah rambai ni..... Manalah tahu ada yang tak kenal buah ni...


Haaa...inilah rupanya buah rambai..

Kalau kawan-kawan nak tahu, buah rambai ni khasiatnya... Sebagai contohnya kulitnya boleh digunakan untuk mengubati sakit mata atau mata merah.. Nak tahu caranya???
Kamu boleh ambil kulit buahnya, tumbuk lumat dan ambil cecair kemudian titiskan pada mata. Insyaallah............., akan ada perubahannya...
Selain itu, Kulit pokoknya pula banyak digunakan untuk mengubati orang-orang yang baru bersalin.. Kebiasaannya kulit pokok tersebut direbus dan diminum airnya.  Tapi pada zaman sekarang ni, Carrotsusu tak pasti sama ada cara ni masih lagi diamalkan ataupun tidak....
Lagi satu, kalau kamu semua nak tahu, sekarang ini banyak produk-produk kesihatan dan kecantikan banyak menggunakan buah rambai sebagai bahan utama dalam ramuan produk...

Dari segi bidang masakan pula, buah rambai banyk digunakan untuk membuat masak lemak..Iaitu menggunakan kulit buahnya..  Walau bagaimanapun, buahnya sedap juga dimakan secara mentah-mentah.... Selain itu, buahnya juga boleh digunakan untuk membuat sup masam....

Dan kalau kawan-kawan nak tahu, buah rambai mempunyai pelbagai jenis dan nama.  Antaranya ialah......
~Rambai Telur
~Rambai Lumut @ Rambai Hijau
~Rambai Jantung
~Rambai Langkawi
~Rambai Sarawak

Dan hari ini, carrotsusu nak kongsi satu lagi resepi daripada Bonda Maziah iaitu  Sayur Lemak Kulit Rambai.....


1kg buah rambai (kupas & ambil kulitnya)
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin ( direbus)
1 biji kepala (ambil santannya)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar ( potong wedges)
1 biji cili hijau (dihiris besar)
              1 biji cili merah (dihiris besar)
3 urat kacang panjang ( potong 2 inci)
1 papan petai ( kopek buang kulitnya)
Garam secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Celurkan kulit rambai dan toskan.  Ramas perlahan-lahan untuk hilangkan air pada kulit.
  2. Ikan yang di rebus ditumbuk bersama-sama dengan bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan kulit rambai, kacang panjang, petai dan ikan yang telah ditumbuk bersama bawang ke dalam periuk.  Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan bwang besar, cili hijau, cili merah dan garam. Didihkan sehingga masak.
  5. Sedia untuk dihidang.

~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~
....(^_^).....


Buah: khasiat makanan & ubatan
                                    By : Hean Chooi Ong


Disediakan oleh : Khuzaimah

Thursday, 8 November 2012

Pau Goreng Bonda Maziah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan....

Hari ini tiba-tiba teringatkan masakan emak dekat kampung.... Rindunya.. Rasa macam dah lama tak balik kampung..Hehehe..Padahal baru je minggu lepas hang out & shopping sama-sama dengan emak... Tadi masa kelas amali masakan tengok unit 7 buat pau goreng.. Teringat dekat pau goreng emak.. Dulu ingat lagi time cuti semester mesti pagi-pagi dah bersengkang mata sama-sama dengan emak bangun buat kuih untuk hantar dekat kedai..Kalau nak makan je mesti suruh emak buat.. Tapi sekarang dah tak boleh.. Sebab emak duduk jauh nun jauh di Terengganu...Rindunya~~~~~~

Apa-apa pun, nasib baik Cik Ah sempat berguru dengan emak..Sekarang nak makan buat je sendiri...
Entri kat bawah ni carrotsusu nak kongsi resepi yang sempat Cik Ah berguru daripada Bonda Maziah..

Inti :

½ kg ikan selayang ( direbus & ambil isinya)
½ biji kepala parut ( ambil santannya)
½ tbsp halba
½ cm halia
2 ulas bawang merah
Sedikit garam & gula

Cara penyediaan :

1. Masukan semua bahan-bahan kedalam kuali dan masak sehingga kering.
2. Jangan masak terlalu kering. Kekalkan lembapan inti..
3. Angkat dan sejukkan.
(nak guna ape2 ikan pun boleh..)


Bahan-bahan Roti :

Bahan A

½ kg tepung gandum

2 tbsp marjerin

½ tbsp ovelet

( kalo nk guna lemak sayur, 1 sudu lemak sayur)


Bahan B

1 paket yis mauripan
½ gelas air
2 tbsp gula
Sedikit garam

Cara penyediaan :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam bekas dan gaul sehingga menjadi serbuk roti ( sebati)
2. Campurkan semua bahan B ke dalam gelas air, kacau sebati dan kemudian tunggu sehingga bahan tersebut berbuih.
3. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan gaul sehingga sebati dan menjadi adunan.
4. Kemudian, bulat kan menjadi doh-doh kecil. Biarkan seketika sehingga naik.
5. Apabila doh sudah naik, leperkan doh tersebut dan letakkan inti. Rapatkan dan kemaskan hujung doh.
6. Doh yang sudah dibentukkan dibiarkan seketika supaya  doh naik sekali lagi.
7. Gorengkan dengan minyak yang penuh dan betul-betul panas.
8. Sedia untuk dihidang.


inilah rupanya pau goreng bonda maziah buat...
tengok sekali macam karipap kan???
dah makan baru tahu yang ini rupanya pau goreng..

~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~
....(^_^)....


Disediakan oleh : Khuzaimah