Assalamualaikum & salam
sejahtera kawan-kawan..
Hari ini kita orang nak kongsi serba sedikit tentang buah rambai... Kamu
semua pernah dengar @ kenal tak dengan buah rambai?????
Kalau tak kenal alamak rugilah kamu semua... Banyak kegunaan buah rambai ni untuk kita. Terutamanya dalam
bidang perubatan dan juga masakan....
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut lagi tentang buah rambai, kami
nak tunjukkan la dulu macam mana rupanya buah rambai ni..... Manalah tahu ada
yang tak kenal buah ni...
Haaa...inilah rupanya buah rambai..
Kalau kawan-kawan nak tahu, buah rambai ni khasiatnya... Sebagai contohnya
kulitnya boleh digunakan untuk mengubati sakit mata atau mata merah.. Nak tahu
caranya???
Kamu boleh ambil kulit buahnya, tumbuk lumat dan ambil cecair kemudian
titiskan pada mata. Insyaallah............., akan ada perubahannya...
Selain itu, Kulit pokoknya pula banyak digunakan untuk mengubati
orang-orang yang baru bersalin.. Kebiasaannya kulit pokok tersebut direbus dan
diminum airnya. Tapi pada zaman sekarang
ni, Carrotsusu tak pasti sama ada cara ni masih lagi diamalkan ataupun
tidak....
Lagi satu, kalau kamu semua nak tahu, sekarang ini banyak produk-produk
kesihatan dan kecantikan banyak menggunakan buah rambai sebagai bahan utama
dalam ramuan produk...
Dari segi bidang masakan pula, buah rambai banyk digunakan untuk membuat
masak lemak..Iaitu menggunakan kulit buahnya.. Walau bagaimanapun, buahnya sedap juga dimakan
secara mentah-mentah.... Selain itu, buahnya juga boleh digunakan untuk membuat
sup masam....
Dan kalau kawan-kawan nak tahu, buah rambai mempunyai pelbagai jenis dan
nama. Antaranya ialah......
~Rambai Telur
~Rambai Lumut @ Rambai Hijau
~Rambai Jantung
~Rambai Langkawi
~Rambai Sarawak
Dan hari ini, carrotsusu nak kongsi satu lagi resepi daripada Bonda Maziah
iaitu Sayur Lemak Kulit Rambai.....
1kg buah rambai (kupas & ambil
kulitnya)
5 ekor ikan selayang a.k.a sardin (
direbus)
1 biji kepala (ambil santannya)
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
½ biji bawang besar ( potong wedges)
1 biji cili hijau (dihiris besar)
1 biji cili merah (dihiris besar)
3 urat kacang panjang ( potong 2 inci)
1 papan petai ( kopek buang kulitnya)
Garam secukupnya
Cara penyediaan :
- Celurkan
kulit rambai dan toskan. Ramas
perlahan-lahan untuk hilangkan air pada kulit.
- Ikan yang
di rebus ditumbuk bersama-sama dengan bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan kulit
rambai, kacang panjang, petai dan ikan yang telah ditumbuk bersama bawang ke
dalam periuk. Masukkan santan dan
masak sehingga mendidih.
- Masukkan bwang
besar, cili hijau, cili merah dan garam. Didihkan sehingga masak.
- Sedia
untuk dihidang.
~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~
....(^_^).....
Buah: khasiat
makanan & ubatan
By : Hean Chooi Ong
Disediakan oleh : Khuzaimah