Showing posts with label Minggu 5. Show all posts
Showing posts with label Minggu 5. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Resepi Tauhu Sumbat & Kuah Kacang

Salam 1 Malaysia...

Enti sebelum ini kami sudah paparkan kepada anda resepi daging salai masak lemak cili padi dan kerabu kacang botol & taugeh. Kali ini kami ingin memaparkan pula resepi yang terakhir semasa minggu yang ke-5 iaitu Tauhu Sumbat & Kuah Kacang. Kalau kita dengar macam senang sahaja, tapi kalau tidak betul caranya nanti tidak sedaplah jadinya..:)
Oklah di bawah kami selitkan resepinya...

Tauhu Sumbat & Kuah Kacang

Bahan-bahan untuk tauhu sumbat

  • 2 keping Tauhu
  • 30 gm Timun
  • 30 gm Lobak merak
  • 30 gm Sengkuang
Bahan-bahan untuk kuah kacang
  • 200 gm Kacang tanah
  • 15 gm Cili kering
  • 3 gm Belacan
  • 5 gm Bawang putih
  • 125 ml Santan
  • 30 ml Air asam jawa
  • 125 ml Air
  • 5 gm Garam
  • 10 gm Gula
  • 30 ml Minyak masak
Cara-cara
1.      Gorengkan kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Kemudian sejukkan seketika.
2.      Kupaskan kulitnya dan kisarkan dengan menggunakan pengisar.
3.      Kupaskan bahan-bahan yang hendak ditumbuk (bawang merah, bawang putih, cili dan belacan).
4.      Basuhkan timun, lobak merah dan taugeh.
5.      Kemudian, hiriskan timun dan lobak merah dalam bentuk jejari. Ketepikan semua bahan.
6.      Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
7.      Setelah betul-betul panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan tumis sehingga garing.
8.      Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
9.     Kemudian masukkan santan ke dalam periuk. Pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga kuah kacang pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
10.  Masak sehingga kuah kacang menjadi pecah minyak.
11.  Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Kacang Botol & Taugeh

Hai bertemu kembali...

Kalau sebelum ini kumpulan kami telah berkongsi hidangan masakan melayu yang pertama, seterusnya kami ingin berkongsi lagi resepi yang kedua iaitu Kerabu Kacang Botol & Taugeh. Bagi peminat kerabu anda mesti mencuba resepi ini. Kalau tidak rugi nanti :)
Jom kita cuba resepi ini pula.

Kerabu Kacang Botol & Taugeh


 Bahan-bahan
  • 10 gm Kacang botol
  • 45 gm Kelapa parut
  • 50 gm Taugeh
  • 10 gm Bawang besar
  • 5 gm Limau purut
  • 5 gm Garam
  • 3 gm Cili merah
  • 5 gm Bawang merah
  • 60 gm Udang kering
  • 5 gm Kunyit hidup       
Cara-cara
1.      Bersihkan kacang botol, taugeh, bawang besar, bawang merah dan  cili merah.
2.      Hiriskan kacang botol dan bawang besar nipis-nipis.
3.      Kemudian, celurkan taugeh sehingga layu.
4.      Setelah itu, kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing.
5.      Kisarkan bawang merah, kunyit, cili merah dan udang kering.
6.    Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau sehingga bahan terseut menjadi agak kering.  Kemudian api ditutup.
7.      Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan dicelur, gula dan jus asam limau. Kacaukan sehingga rata. Sedia untuk dihidangkan.                      

*SELAMAT MENCUBA

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Ala Unit 8

Assalammualaikum...

Entri kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai menu masakan melayu yang telah kami laku semasa amali minggu ke-5. Resepi kami yang pertama adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Respon rakan-rakan dan pensyarah semasa menikmati Daging salai masak lemak cili padi sangat positif. Ok sekarang tanpa membuang masa lagi saya kongsikan kepada anda resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Ala Unit 8.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan

  • 500 gm Daging batang pinang
  • 5 gm Cili padi
  • 2 gm Kunyit hidup
  • 5 gm Bawang putih
  • 5 gm Bawang merah
  • 20 gm Serai
  • 5 gm Garam
  • 3 gm Gula
  • 2 gm Asam keping
  • 250 ml Santan pekat
  • 200 ml Air rebusan daging 
Cara-cara
  1. Bersihkan daging batang pinang dan masukkan ke dalam periuk. Rebuskan daging sehingga empuk.
  2. Bawang merah, bawang putih dan kunyit dikupas dan kemudian dikisar halus.  Ketepikan bahan yang telah dikisarkan.
  3. Daging yang telah empuk,ditoskan dan kemudiannya dibakar ke dalam ketuhar selama 5 minit dengan suhu 200°C.
  4. Setelah siap dibakar, hiriskan daging nipis-nipis dan ketepikan.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama air rebusan daging. Kacau sehingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan masukkan santan pekat ke dalam periuk.
  7. Setelah kuah mendidih, masukkan asam keping dan daging salai. Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasanya.  Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan menjadi pecah minyak.
  8. Kacaukan masakan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.  Sedia untuk dihidangkan.


*Selamat Mencuba..:)

Friday, 23 November 2012

~ Minggu Kelima Amali Masakan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik sudah minggu ke-5 amali masakan dan minggu ke 10 kuliah berjalan untuk semester ini. Tinggal lagi lebih kurang 4 minggu kami akan menamatkan semester yang terakhir di bumi Tanjung Malim ini.. Emm... rase rindu pada kawan-kawan mula terasa bila membayangkan yang kami semua akan membawa haluan masing-masing selepas ini.. Entah bila la agaknya dapat berkumpul lagi ye.. Apa-apa pun, keep in touch k!!

Untuk amali minggu ini, kumpulan kami perlu menyediakan set makanan Melayu iaitu nasi putih, Daging Salai Masak Lemak Cili Padi, Kerabu Kacang Botol & Taugeh dan Tauhu Sumbat sebagai hidangan pembuka selera. Terdapat 4 unit yang menyediakan menu seperti kami manakala selebihnya menyediakan Nasi Tomato bersama Ayam Masak Merah, Acar Rampai dan Rojak Buah.. Walau apa jua resepi yang diberikan, insyaAllah kami akan cuba menyediakan hidangan tersebut sebaik mungkin.

Masak lemak cili padi merupakan makanan yang sangat popular di Negeri Sembilan. Walaupun kesemua ahli kumpulan kami bukan berasal dari negeri tersebut, tetapi itu bukan halangan untuk kami menyediakan hidangan daging salai masak lemak cili padi itu.

Bagi hidangan kerabu pula, kami menggunakan kacang botol dan taugeh sebagai bahan utama. Bahan-bahan lain yang digunakan adalah kelapa parut, bawang besar, cili merah, udang kering dan perahan limau nipis. Bagi sesiapa yang belum tahu rupa kacang botol, di bawah ni saya tunjukkan gambar kacang botol tersebut. Selain dibuat kerabu, kacang botol boleh juga dijadikan ulam untuk dicicah dengan sambal belacan atau pun budu.. Kalau nak makan begitu sahaja pun boleh..banyak khasiatnya.. Baik untuk kesihatan kita..

Kacang botol
Kaedah menyediakan tauhu sumbat pula agak mudah, semudah memakannya..hehe. Tauhu perlu digoreng, dipotong kepada bentuk segitiga dan disumbat dengan lobak merah, sengkuang dan timun yang telah dipotong halus. Kuahnya pula adalah kuah kacang yang mempunyai rasa masam, manis dan sedikit masin masin.

Seperti biasa, setiap ahli memainkan peranan masing-masing bagi memastikan proses memasak berjalan dengan lancar sehingga tamat waktu amali. Terima kasih kepada pensyarah dan kawan-kawan yang memberikan komen dan pujian kepada kumpulan kami..

Hidangan yang disediakan oleh kami pada minggu ini

 InsyaAllah minggu depan kita akan berjumpa lagi untuk menyediakan set makanan Cina..
Untuk mendapatkan resepi hidangan pada hari ini, nantikan entri kami yang seterusnya.


Posted by: Waddiah (",)