Showing posts with label Petua di Dapur. Show all posts
Showing posts with label Petua di Dapur. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Disebabkan ular, timun pahit. Betul ke?

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya..

Anda pernah tak dengar kata orang-orang dulu kalau timun yang kita makan tu pahit mungkin disebabkan ular lalu atas batas atau pun ular menjalar di pokok timun. Aduhhhh.... Geli pula saya dengar kalau bab-bab ular ni. Kalau lah betul dikerana ular, hebat betul ular kan.

Akan tetapi setelah saya mencari dari sumber internet barulah saya tahu kenapa timun boleh menjadi pahit. Kalau mengikut saintis dan pakar-pakar pertanian, kepahitan timun adalah disebabkan sebatian organik yang dipanggil cucurbitacin. Timun yang mempunyai kepekatan cucurbitacin yang tinggi menyebabkan timun menjadi semakin pahit.

Jadi anda sudah tahukan apakah sebabnya timun menjadi pahit. Untuk mengelakkan timun menjadi pahit, saya ada 1 tips bagaimana  untuk menghilangkan rasa pahit pada timun.


Caranya adalah, anda potong hujung timun. Kemudian gosok-gosokkan bahagian yang telah dipotong dengan hujung timun yang telah dipotong, gosok diantara satu sama lain sehingg getahnya terkeluar. InsyaALLAH timun yang anda makan tidak lagi pahit. Tetapi jika masih pahit eloklah dicicah bersama-sama sambal belacan. Dan pahit itu adalah ubat untuk diri anda. Selamat mencuba :)


~UZMIRA NADIA ZAMBRI~

sumber daripada google

Saturday, 10 November 2012

Petua Di Dapur

Assalammualaikum....Salam Perak Aman Jaya..

Saya yakin dan pasti kalau puan-puan dan kawan-kawan hendak memulakan sesuatu masakan mesti mahukan petua-petua supaya makanan yang anda hasilkan menjadi sedap dan lazat. Dan selain daripada itu anda semua mesti mahukan bahan-bahan yang hendak dimasak tidak berlaku sebarang masalah. Betul tidak...Ok lah pada kali ini saya mahu kongsikan beberapa petua kepada anda. Antaranya ialah...

1. Elak daging berbau


    Jika anda membeli atau dapat daging segar yang mentah, kadang-kadang daging tersebut ada bau hanyirataupun bau yang kurang menyenangkan. Dan sudah semestinya ada yang enggan mahu makan daging yang berbau. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum anda memasak daging, anda perlu membasu daging dengan menggunakan air basuhan beras. Kemudian basuh sehingga daging putih sedikit. InsyaALLAH bau hanyir dan lendir akan hilang.


2. Daging empuk.

Kalau mahu daging yang dimasak menjadi tidak liat dan empuk, emak saya ada berkongsi sedikit petua. Caranya senang sahaja dengan merebus daging yang telah dipotong bersama-sama potongan betik muda. Rebuskan kedua-duanya, InsyaALLAH daging akan lembut, tidak liat dan empuk ketika anda makan.


3. Elak percikan minyak

Anda pernah terkena percikkan minyak ketika menggoreng? Saya yakin sudah pasti perkara tersebut pernah terjadi pada anda. Disini saya ingin kongsikan petuanya. Atasi masalah tersebut dengan menggunakan daun pisang. Bagaimana? Anda perlu carik-carikkan daun pisang dan masukkan ke dalam kuali yang berisi minyak. Setelah daun pisang tadi kering dan hampir hangus, keluarnya. Kemudian teruskan dengan tugas menggoreng anda. 



Selamat mencuba ye kawan-kawan...Banyak lagi petua-petua yang ingin saya kongsikan kepada anda..Jadi teruskan membaca dan mengikuti blog ini..





Disediakan oleh : Uzmira Nadia :)