Showing posts with label Kuih Muih Tradisional. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih Tradisional. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Kuih Kaswi



STUDY WEEK yang indah.. orang lain balik kampong, saya bekerja keras untuk menyiapkan tesis saya dan suasana di tanjung malim amat lah sunyi dan sepi seperti tiada penghuni.. cheeewah! Bersastera la pula.. teringatnya saya dekat kampong halaman yang jauh dimata dekat dihati.. kalau mak saya ada di tanjung malim, tentu dia akan sediakan kuih kaswi untuk saya. Saya kempunan nak makan..  oh ya.. lupa nak bagitahu, hari ini saya ingin berkongsi resepi kuih kaswi yang amat sedap ni..

Bahan-bahan
Bahan A :
  • 2 cawan/350g gula merah
  • 1 cawan /240g gula pasir
  • 1 cawan /450ml air
  • 2 helai daun pandan

Bahan B :
  • 1 1/2 cawan / 190g tepung gandum
  • 1 cawan/ 120g  tepung ubi
  • 2 cawan / 900 ml air
  • 1 sudu makan pewarna coklat

Bahan C :
  • kelapa parut yang telah digaul dengan garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan A dalam periuk kecil dan didih kan atas api yang sederhana sehingga semua larut. Selepas itu,tapis dan sejukkan
  2. Campurkan BAHAN B dalam satu bekas, kacau rata dengan wisk atau masukkan ke dalam blender dan blender sampai semua bahan sebati
  3. Satukan Bahan A dan Bahan B yang telah diproses tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam Loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.
  4. Kukus  40- 45 minit sampai kuihnya masak.
*balut tutup kukus dengan kitchen towel. Jika selepas 4minit tardapat air pada permukaan kuij, letakkan paper towel yang baru dan biar air terserap. Angkat perlahan hingga kering. Pastikan kuih betul-betul sejuk kemudian baru dipotong.
  1. Dihidangkan bersama kelapa yang telah digaul bersama garam

inilah rupanya kuih kaswi by pakcik google

Rindu nya kat kampong halaman.. kat sini susah lah nak dapatkan kuih ni.. kawan-kawan jangan upa cuba buat tau.. boleh dimakan waktu sarapan mahupun minum petang

Selamat mencuba!


~ UZMIRA NADIA~

Kuih Keria



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Tau tak kuih yang macam donut tapi bukan donut? Kuih apa ye? Ye betul. Kuih keria.. sedapkan kuih keria ni.. nak tau taka pa resepi kuih keria ni? Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung, gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan. Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair). Jom la tengok dan buat sama-sama.

Bahan-bahan
  • 500gm ubi keledek putih
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air
Cara-cara
  1. Rebus ubi keledek hingga empuk.
  2. Toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  3. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas.
  4. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi betul2 sejuk.
  5. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  6. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  7. Setelah siap digoreng, masak gula dgn air dalam kuali lain.
  8. Didihkan gula hingga pekat.
  9. Masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  10. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  11. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  12. Jom kita makan.
by pakcik Google

Ada ke beza kuih keria dan donut? Mestilah ada kawan-kawan walaupun bentuk mereka hamper sama.. Di antara donut dengan kuih ini, bahan adunan kuih ini tidak mengandungi ibu roti atau yis. Bahan adunan untuk donut adalah bahan adunan untuk membuat roti dan mengandungi yis, manakala adunan untuk kuih keria ini bukan melalui proses seperti donut. Donut dikategorikan sebagai roti dan roti penaik (roti yang dinaikkan dengan yis). So dah tahu macam mana nak buat kuih keria kan? Apa lagi… cuba lah kuih tradisi melayu ini.. boleh menambat hati orang tua  tau  J

 SELAMAT MENCUBA


~UZMIRA NADIA~

Sunday, 23 December 2012

Kuih Beko


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan…
Salam ahad yang ceria.....

Semalam Cik Ah telah mendapat satu berita yang menyedihkan.... Keluarga Cik Ah telah kehilangan seorang yang disayangi....Atuk iaitu bapa kepada ayah Cik Ah... Sedih sebab tidak pulang ke kampung halaman walaupun hati ingin berada di sana.   Namun, doa tetap mengiringinya dari jauh.....Moga atuk ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman.....  Bila terjadi peristiwa begini, ia turut mengingatkan Cik Ah kepada atuk sebelah ibu yang telah lama meninggalkan kami 8 tahun yang lalu... Banyak kenangan yang terindah kami bersama dia...Al-fatihah untuk kedua-dua atuk.....

Bercerita tentang arwah atuk sebelah ibu, Cik Ah dengannya mempunyai persamaan dari segi makanan kegemaran..KUIH BEKO..Kalau negeri lain tak tahulah pula namanya apa...  Kalau suatu masa dahulu, setiap kali bulan puasa kami akan sama-sama bakar kuih sama-sama..... Nak tahu kenapa????Kuih yang kami suka makan tu, hanya kami bertiga je yang suka sangat-sangat dengan kuih tu...Cik AH, atuk & abang sepupu......Jadi terpaksa la membakarnya sendiri....Tapi yang membancuh dan membuatnya mestilah nenek...(^_^)....Kami tukang bakar je...Bukan ape, nak bakar kuih tu leceh...melekatlah, lambat masaklah....macam-macamlah dugaannya...  Tapi sekarang, Cik Ah dengan abang sepupu dah tak dapat nak makan tu semua.....  Ibu dengan mak long tak kasi kami meminta-minta dengan nenek... Ibu selalu pesan, nak makan kuih tu, beli je, jangan buat-buat lagi... Cik Ah tahu, semua orang tak nak kenang kenangan lama....  Sebab itulah Cik Ah sekarang dah tak makan sangat kuih tu...Pernah sekali makan sambil nangis-nangis sebab terkenangkan arwah atuk... sedih sangat-sangat.....

Walau bagaimanapun, kat sini Cik Ah masih lagi ingin berkongsi resepi Kuih Beko dengan kawan-kawan...Tapi resepi ini Cik Ah cari dengan Encik Google je.. Just tukar sikit-sikit yang mana Cik Ah ingat bahan-bahan dan langkah-langkahnya...Nak tanya nenek dengan ibu terkenangkan kenangan lama....



Bahan-bahan
  • 2 cawan kelapa parut (kelapa muda/kulit hijau)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 2-3 keping nisan/gula kabung/gula melaka
  • 1 cawan air
  • secubit garam
  • 2 biji telur

Cara-cara
  1. Panaskan air didalam periuk dan masukkan nisan dan garam.  Masak sehingga mendidih.
  2. Setelah nisan/gula kabung/gula melaka larut, angkat dan sejukkan.
  3. Kemudian, masukkan tepung pulut dan telur. Gaul sehingga sebati.
  4. Setelah sebati, masukkan kelapa parut dan gaul sehingga sebati.  
  5. Sudukan ke dalam acuan pembakar.
  6. Bakarkan dengan menggunakan cara tradisional ataupun moden.
  7. Jika menggunakan ketuhar, bakar pada suhu 150°C selama 15 minit.
  8. Jika menggunakan dapur arang, letakkan bara arang ke atas penutupnya dan tutup acuan pembakar.  Bakar selama 15-20 minit.
  9. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.




~~~~Selamat mencuba~~~~
........(^_^)........

##############
Khuzaimah

Friday, 21 December 2012

Cik Mek Molek


kenal tak penyanyi yang suka pakai baju bling-bling gitu?? kenal? siapa?siapa? Haaa.. pandai pun anak-anak murid cikgu Wawa.. tentulah Dato' M Daud Kilau..lagu apa dah yang best dia nyanyi tu?? ye betul.. Cik Mek Molek.. 



aip.. aipp.. aipp..  hari ni cikgu bukan nak ajar bergelek ye, tapi nak ajar buat kuih Cik Mek Molek.. 

ni kuihnya ..




jom tengok resepinya ya J

Bahan-bahannya:

1. 600g ubi keledek
2. 270-280g tepung gandum
3. 80g gula
4. Garam secukupnya
5. Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Rebus keledek hingga empuk dan lecek hingga hancur.
2. Bila keledek agak suam, campurkan dengan tepung gandum dan garam. Uli menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan adunan kepada bebola kecil. Ambil satu bebola, leperkan dan bubuh sedikit gula dan tutup kembali. Bentukkan seperti buah kana dan goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.


Okey.. senangkan? Kan? Kan? Ehehe.. dah pandai buat cik mek molek kan?? Apa lagiiiii.. jom nyanyi lagu Cik Mek Molek.. J



Oh! Ho! Ho! Kalau mata dan bertentang mata..
Hati didalam bagai nak gila.Heh!

Pertama kali ku melihat..Wajah si dia
Pertemuan bermula di taman sekebun bunga
Situlah hai mulanya…Berjumpa.. Bertentangan mata

Mulai dari saat itu.. Hatiku tetanya-tanya
Siapakah geragan si Cantik jelita
Kelipan hai matanya.. Hinggakan aku..Terpesona

Apabila namanya..Ditanya dia masam
Namun begitu..Jelingannya..Aku faham
Senyumlah senyumlah..Ah! Ha!..Cek mek molek

Hai puas juga aku..Bertanyakan Namanya
Namun begitu dia tetap..Bina tak bina..Aku diam campur geram
Dia senyum lantas Tanganku di pegang.


Waddiah J

Kuih Bunga Tanjung


Sharifah Aini

Bunga Tanjung

Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa

Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan

Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung

Bagai melati
Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi

Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai

Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi


Wahhh layan lagu bunga tanjung yerr?? Ep.. eppp.. bukan lagu aje tau ada.. kuih pon ada.. J Kuih bunga tanjung atau bunga tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Kelantan dan merupakan hidangan istimewa.



Kuih buah tanjung agak cerewet membuatnya, dengan itu biasanya ia tidak buat dan dijual dengan meluas seperti kuih-kuih lain. Ia lebih kepada kuih istimewa bagi majlis istimewa seperti bagi merai majlis perkahwinan. Baki putih telur yang digunakan biasanya digunakan bagi membuat kuih tahi itik. Jom layan resepinya J

Bahan-Bahan :
·         10 biji kuning telur itik
·         1kg gula pasir
·         500ml air
·         100gm tepung beras
·         2 helai daun pandan
·         5 kuntum bunga cengkih
·         1 sudu teh pewarna oren- jika suka

Cara-Cara

·         Satukan tepung pulut dan tepung beras kemudian sangai tanpa minyak hingga ringan. Angkat dan ketepikan
·         Masak gula bersama air sehingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan.
·         Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut.
·         Cubit adunan menggunakan 3 hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
·         Masukkan kedalam air gula, masak sehingga meresap, barulah diangkat.
·         Boleh disajikan J

Jom dengar lagu bunga tanjung sambil makan kuih bunga tanjung J



Waddiah J

Kuih Kaya Gerodak/ Gerodok Telur




Kuih ni.memang terkenal kat Negeri Cik Siti Wan Kembang.. dulu masa saya jaga bapa saudara yang sakit, dia amat gemar makan kuih ni. Jom belajar buat gerodok telur ni.. sedap sangat..

Bahan-Bahan :

·         4 biji telur itik
·         9 biji telur ayam
·         2 helai daun pandan / daun sireh
·         200ml santan (santan KARA pon boleh, 1 kotak kecil)
·         1 cawan/250gm gula merah / gula Melaka
·         1/3 cawan/70gm gula pasir
·         1/2  cawan air
·         1 sudu makan air kapur
·         1/4 sudu teh garam
·         6 kuntum bunga cengkih

Cara-cara :

·         Masak gula Melaka, gula pasir, daun pandan dan bunga cengkih dengan air sehingga gula larut dan simpan semalaman
·         Satukan telur, air kapur dan garaam, pukul dengan whisk sehingga berbuih.
·         Masukkan santan dan sirap air gula Melaka.
·         Pukul atau blander sehingga sebati
·         Tapis daan tuang ke dalam Loyang
·         Panaskaan kukusan dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak




Sila la kawan-kawan cuba.  Rasa sekali, pasti mahu lagi.. kanak-kanak pon suka kuih ni sebab manis dia macam best lah! Kena cuba baru tau.. confirm termimpi-mimpi akan kesedapannya J



Waddiah J

Kuih Sira Nekbat



Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut. Bentuknya macam bahulu.. saya tak berapa gemarkan kuih ini. Tapi disebabkan hari ini mood rindu Kelantan datang melimpah ruah, kita layankan resepi tradisiona negeri Kelantan ye.. memang sah-sah lah nekbat ni manis kan.. J



Bahan-Bahan Nekbat:

·         500gm tepung beras
·         12 biji telur ayam
·         1 sudu teh pewarna oren (serbuk) – jika suka

Bahan-Bahan Sira :

·         500ml air
·         150gm gula pasir
·         2 helai daun pandan
·         6 kuntum bunga cengkih


Cara-Cara membuat sira nekbat :

·         Panaskan acuan baulu yang telah disapu dengan minyak selama 5 minit
·         Tepung beras di sangai dengan api sederhana hingga kering. Biarkan kering.
·         Pukul telur hingga kembang dan berbuih, kemudia masukkan pewarna dan tepung.
·         Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180C hingga kekuningan. Keluarkan dari acuan dan sejukkan dahulu.
·         Masak air dan gula sehingga mendidih.
·         Masukkan daun pandan, cengkih dan neekbat.
·         Masak sehingga 6-8 minit, tutup periuk dengan penutup.
·         Kecilkan api dan biarkan air gula meresap ke dalam nekbat.
·         Angkat dan siap dihidangkan.

Apa lagi kawan-kawan.. cuba lah. Balik kampung nanti tunjukkan skil memasak dan menyediakan kuih muih Kelantan kepada family anda. Sure mereka teruja! J selamat mencuba!

Waddiah J

Kuih Tahi Itik




Pernah dengar nama kuih tahi itik? Ewwww.. tahi?? Eh eh eh.. boleh makan ker?? Opss kawan-kawan.. don’t judge a kuih by its name okehh.. J Kalau biasa dengar namanya, pernah tak lihat bagaimana rupa dan merasa kuih tradisional ini? Ia adalah Kuih tradisonal negeri Kelantan.

Biasanya kuih tahi itik dibuat serentak dengan kuih jala emas  kerana kedua kuih tersebut menggunakan kuning telur, sementara tahi itik menggunakan putih telur. Nama kuih tahi itik mungkin berdasarkan rupanya yang bewarna keputih-putihan dan bertempek-tempak, yang menyerupai tahi itik. Selain itu mungkin juga kerana ia dihasilkan dari sisa penghasilan kuih lain, menyebabkan ia disamakan dengan sisa / tahi.. jom lihat resepinya J

Bahan-Bahan :

·         10 biji putih telur itik
·         500ml santan kelapa
·         500gm Gula Pasir
·         100gm Tepung Pulut
·         200gm Tepung Beras

Cara-Cara :
·         Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali
·         Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri..

tadaaaaa :



Selamat mencuba kawan-kawan J

Waddiah J

Kuih Jala Emas


1st resepi kita adalah jala emas.. dah namanya emas.. mestilah warnanya keemasan gitu.. bak kata nenek saya warna gold J.. Nama jala emas mungkin diambil dari warnanya yang kuning keemasan dan bentuknya seperti jala. Secara tradisi, dalam kebudayaan Melayu tradisi, warna kuning keemasan dikhaskan bagi golongan raja-raja sahaja..




Pada masa dahulu, ia biasanya dikhaskan bagi hidangan raja dan kaum bangsawan. Ini disebabkan kos penghasilan yang mahal dan cara menghasilkannya yang rumit. Sehingga kinipun, dalam kalangan orang biasa ia terhad pada peristiwa istimewa, terutama sebagai hantaran pada acara perkahwinan, atau pertunangan.

Thanks to encik Wikipedia tentang info ini.. Jom check resepi Jala Emas J

Bahan-Bahan :
·         20 biji kuning telur itik
·         1 kg Gula Pasir
·         500ml air
·         1 helai daun pandan

Cara-Cara :
1.     Pukul telur hingga kembang, kemudian tapis bagi memastikannya bersih
2.    Masak air gula dan daun pandan hingga mendidih, kemudia buangkan daun pandan
3.    Tuangkan kuning telur tadi kedalam acuan roti jala dan liraikan kedalam air gula tadi
4.    Biarkan sehingga masak seketika barulah diangkat menggunakan chop stick kayu dan lipat memanjang..
5.    Sedia dihidang
Senang je kan? Jom la cuba buat. Mana tahu ada rasa macam golongan bangsawan ke lepas makan kuih jala emas ini J

*** sila lah simpan lebihan putih telur untuk dibuat kuih tahi itik.

Waddiah J