Showing posts with label Masakan Melayu. Show all posts
Showing posts with label Masakan Melayu. Show all posts

Friday, 14 December 2012

Singgang Ikan Toman


Assalamualaikum kawan-kawan....
Jika entri yang sebelum ini Cik Ah ada menceritakan tentang ikan-ikan yang sering dijadikan menu hidangan, kali ini Cik Ah nak kong satu resepi berkaitan dengan ikan air tawar… Seperti yang dijanjikan tu..SINGGANG IKAN TOMAN..(^_^)…..

Tapi…..Sebelum tu nak ceritalah sedikit tentang ikan yang Cik Ah guna sebagai bahan utama dalam hidangan ni..

Ikan toman merupakan ikan yang sama spesis dengan ikan haruan… Khasiat-khasiatnya juga sama seperti ikan haruan..  Ikan ini merupakan ikan air tawar yang hidup di sungai…

Ada yang tak kenal dengan ikan toman ke??????
ish...ish...ish....
Nampak samakan dengan ikan haruan?
Tapi cuba perhatikan dekat atas belakangnya...Ikan toman ia ada tompok-tompok hitam putih...

Kalau dulu, selalu je dapat makan ikan-ikan air tawar sebab ayah selalu pergi memancing.. Tapi sekarang ni dah jarang sangat…Kalau nak makan pun mesti pergi beli dekat pasar… Kadang-kadang yang jual dekat pasar tak segar…. Rasanya pun mesti tak best…huhuhuhu

Punyalah lama mengidam nak makan ikan ni....Nasib baik ada kawan kita ni..... HAWARI.....Kalau kawan-kawan nak tahu, kami selalu je dapat ikan hasil tangkapan dia pergi mancing....Rumah kamilah yang jadi sasarannya...Hehehehe...

Resepi ni Cik Ah masak ala-ala macam Bonda Maziah buat dekat rumah....Tapi rasa memang tak boleh nak lawan bonda la....Sifulah katakan....


Inilah bahan-bahannya....

2 ekor ikan toman (sederhana saiz/1kg)- kerat 6
3 cm lengkuas- dihiris
2 cm kunyit hidup- dihiris
3 keping asam
2 ulas bawang putih – dihiris hlus
2 biji bawang merah – dihiris halus
4 biji cili padi- diketuk
3 tangkai daun kesum
5 gm garam (kurang masin tambah lagi okey.....)
Sedikit bahan perasa
Air secukupnya

Cara menyediakan :
  1. Masukkan air kedalam periuk sehingga paras ½ periuk..
  2. Masukkan ikan dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan asam keping, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi serta daun kesum.
  4. Biarkan ia mendidih lagi dalam 5-10 minit. Perasakan.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Yummy...yummy.....
Selamat mencuba....(^_^)....


##################
Khuzaimah

Monday, 26 November 2012

Resepi Tauhu Sumbat & Kuah Kacang

Salam 1 Malaysia...

Enti sebelum ini kami sudah paparkan kepada anda resepi daging salai masak lemak cili padi dan kerabu kacang botol & taugeh. Kali ini kami ingin memaparkan pula resepi yang terakhir semasa minggu yang ke-5 iaitu Tauhu Sumbat & Kuah Kacang. Kalau kita dengar macam senang sahaja, tapi kalau tidak betul caranya nanti tidak sedaplah jadinya..:)
Oklah di bawah kami selitkan resepinya...

Tauhu Sumbat & Kuah Kacang

Bahan-bahan untuk tauhu sumbat

  • 2 keping Tauhu
  • 30 gm Timun
  • 30 gm Lobak merak
  • 30 gm Sengkuang
Bahan-bahan untuk kuah kacang
  • 200 gm Kacang tanah
  • 15 gm Cili kering
  • 3 gm Belacan
  • 5 gm Bawang putih
  • 125 ml Santan
  • 30 ml Air asam jawa
  • 125 ml Air
  • 5 gm Garam
  • 10 gm Gula
  • 30 ml Minyak masak
Cara-cara
1.      Gorengkan kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Kemudian sejukkan seketika.
2.      Kupaskan kulitnya dan kisarkan dengan menggunakan pengisar.
3.      Kupaskan bahan-bahan yang hendak ditumbuk (bawang merah, bawang putih, cili dan belacan).
4.      Basuhkan timun, lobak merah dan taugeh.
5.      Kemudian, hiriskan timun dan lobak merah dalam bentuk jejari. Ketepikan semua bahan.
6.      Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
7.      Setelah betul-betul panas, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk dan tumis sehingga garing.
8.      Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
9.     Kemudian masukkan santan ke dalam periuk. Pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga kuah kacang pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
10.  Masak sehingga kuah kacang menjadi pecah minyak.
11.  Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Kacang Botol & Taugeh

Hai bertemu kembali...

Kalau sebelum ini kumpulan kami telah berkongsi hidangan masakan melayu yang pertama, seterusnya kami ingin berkongsi lagi resepi yang kedua iaitu Kerabu Kacang Botol & Taugeh. Bagi peminat kerabu anda mesti mencuba resepi ini. Kalau tidak rugi nanti :)
Jom kita cuba resepi ini pula.

Kerabu Kacang Botol & Taugeh


 Bahan-bahan
  • 10 gm Kacang botol
  • 45 gm Kelapa parut
  • 50 gm Taugeh
  • 10 gm Bawang besar
  • 5 gm Limau purut
  • 5 gm Garam
  • 3 gm Cili merah
  • 5 gm Bawang merah
  • 60 gm Udang kering
  • 5 gm Kunyit hidup       
Cara-cara
1.      Bersihkan kacang botol, taugeh, bawang besar, bawang merah dan  cili merah.
2.      Hiriskan kacang botol dan bawang besar nipis-nipis.
3.      Kemudian, celurkan taugeh sehingga layu.
4.      Setelah itu, kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing.
5.      Kisarkan bawang merah, kunyit, cili merah dan udang kering.
6.    Panaskan kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.  Kacau sehingga bahan terseut menjadi agak kering.  Kemudian api ditutup.
7.      Masukkan sayur-sayuran yang telah dihiris dan dicelur, gula dan jus asam limau. Kacaukan sehingga rata. Sedia untuk dihidangkan.                      

*SELAMAT MENCUBA

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Ala Unit 8

Assalammualaikum...

Entri kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai menu masakan melayu yang telah kami laku semasa amali minggu ke-5. Resepi kami yang pertama adalah Daging Salai Masak Lemak Cili Padi. Respon rakan-rakan dan pensyarah semasa menikmati Daging salai masak lemak cili padi sangat positif. Ok sekarang tanpa membuang masa lagi saya kongsikan kepada anda resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Ala Unit 8.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Bahan-bahan

  • 500 gm Daging batang pinang
  • 5 gm Cili padi
  • 2 gm Kunyit hidup
  • 5 gm Bawang putih
  • 5 gm Bawang merah
  • 20 gm Serai
  • 5 gm Garam
  • 3 gm Gula
  • 2 gm Asam keping
  • 250 ml Santan pekat
  • 200 ml Air rebusan daging 
Cara-cara
  1. Bersihkan daging batang pinang dan masukkan ke dalam periuk. Rebuskan daging sehingga empuk.
  2. Bawang merah, bawang putih dan kunyit dikupas dan kemudian dikisar halus.  Ketepikan bahan yang telah dikisarkan.
  3. Daging yang telah empuk,ditoskan dan kemudiannya dibakar ke dalam ketuhar selama 5 minit dengan suhu 200°C.
  4. Setelah siap dibakar, hiriskan daging nipis-nipis dan ketepikan.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama-sama air rebusan daging. Kacau sehingga mendidih.
  6. Perlahankan api dan masukkan santan pekat ke dalam periuk.
  7. Setelah kuah mendidih, masukkan asam keping dan daging salai. Masukkan sedikit garam dan sesuaikan rasanya.  Pastikan sentiasa dikacau untuk mengelakkan santan menjadi pecah minyak.
  8. Kacaukan masakan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.  Sedia untuk dihidangkan.


*Selamat Mencuba..:)

Tuesday, 13 November 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum & salam 1Malaysia.....
Entri sebelum ini blog ini telah menceritakan suasana amali menyediakan kuih muih pedas..... 
Banyak pengalaman-pengalaman yang telah diceritakan pada entri yang sebelum ini..
Tapi saya tahu kawan-kawan mesti tertunggu-tunggu resepi-resepi yang telah kami sediakan pada amali tersebut....
Jadi entri kali ini, saya ingin kongsikan bersama resepi yang telah Unit 8 sediakan...Iaitu Karipap Pusing....

 Resepi Karipap Pusing


Bahan Inti :

300 gm                     Kentang                                        
1 tin                          Ikan sardine                                       
80 gm                       Bawang besar (didadu)                  
20 gm                       Bawang Putih                                 
10 gm                       Halia (ditumbuk)                            
5 gm                         Sos Tiram                                        
3 gm                         Daun Kari                                          
10 gm                       Rempah Kari                                  
5 gm                         Serbuk lada hitam                            
10 gm                       Gula                                                 
5 gm                         Garam                                              
5 ml                          Kicap cair                                          
1 cawan                    Air                                               

Bahan Pastri :
Bahan A
260 gm                     Tepung gandum                           
50 gm                       Marjerin                                         
3 gm                         Garam                                              
120 ml                      Air                                                 

Bahan B
180 gm                     Tepung gandum                           
80 gm                       Lemak sayur   
 
Cara menyediakan inti :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Biarkan sehingga betul-betul panas.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.  Tumis sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan rempah kari dan sos tiram.  Gaul sehingga rata dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan kentang dan ikan sardin yang telah dilenyekkan.  Gaul sehingga rata.
  5. Masukkan air dan masak sehingga kentang empuk.
  6. Masukkan garam, gula. Kicap dan serbul lada hitam.  Gaul sehingga rata.
  7. Sedia untuk di angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan pastri :
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga aduan tidak melekat pada dinding mangkuk adunan.
  3. Ketepikan dan rehatkan selama 20 minit.
  4. Untuk Adunan B, satukan tepung dan lemak sayur.
  5. Gaul sehingga menjadi doh.
  6. Ketepikan dan rehatkan selama 20 minit.
  7. Bahagikan kedua-dua doh A dan B menjadi dua bahagian untuk setiap doh.
  8. Ambil doh A dan leperkan.  Letakkan doh B di atasnya dan balut sehingga menutupi doh B.
  9. Ulangi langkah 8 untuk satu bahagian doh lagi.
  10. Ambil satu doh yang telah siap disatukan, kemudian canai sehingga membentuk segi empat.Lipatkan kedua-dua hujungnya sehingga menjadi segi empat tepat.
  11. Canaikan lagi sehingga mendapat ketebalan 2mm.
  12. Kemudian, gulungkan dari depan hingga ke hujungnya seperti swiss roll.
  13. Rapikan gulungan dan potong kepada 12 bahagian.
  14. Ambil satu potongan dan leperkan doh sehingga ketebalannya 3mm.  Masukkan inti dan kelim bahagian tepinya. Ulangi langkah 10, 11, 12 dan 13 untuk satu bahagian doh yang satu lagi sehingga selesai.
  15. Panaskan kuali dan gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
  16. Goreng sehingga menjadi warna keemasan. 
  17. Sediakan untuk dihidangkan.

Untuk resepi vadai, tunggu~~~~~



####################
Khuzaimah

Kuih Cek Mek Molek

Assalamualaikum...salam sejahtera..

Hai.. Apa khabar anda hari ni? Semoga semuanya sihat di samping orang tersayang..
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda resepi kuih yang sangat sinonim dan popular di Kelantan iaitu cek mek molek..

 Em kenapa namanya cek mek molek ye? Sebenarnya kalau anda tanya orang Kelantan sendiri pun, kebanyakannya memang tidak tahu daripada mana nama tu diambil. Nama tu diberi oleh tua2 dulu.. Kebiasaannya perkataan cek mek molek tu ditujukan untuk gadis-gadis Kelantan. Tapi apa kaitannya dengan kuih ni ye..huhu.. tak kisahlah kan. tu yang uniknya kuih ni dan yang penting rasanya sangat sedap.

Kuih ini diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan diadun bersama tepung gandum. Intinya pula adalah gula. Bagi yang tidak sukakan manis, boleh kurangkan kandungan gula tersebut. Lagipun gula yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bak kata orang kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.. Betul tak?

Ok la, jom kita tengok resepi cek mek molek ni.


Bahan-bahan:
  • 4 biji       ubi keledek
  • 2 cawan  tepung gandum
  • Gula secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
  1. Rebus ubi keledek hingga lembut dan kupas kulitnya. Tumbuk @ lenyek hingga betul-betul lumat. Kemudian campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. 
  2. Bulatkan doh kecil-kecil menjadi bola dan kemudiannya doh tersebut dileperkan dengan tangan. Sekiranya doh tersebut masih melekat di tangan, taburkan sedikit tepung gandum di tangan dan letakkan sedikit gula di tengah. Bentukkan menjadi bujur.
  3. Kemudian, goreng di dalam minyak yang betul-betul panas. 
  4. Siap untuk dihidangkan. 
Kuih cek mek molek ini sesuai dimakan pada waktu pagi atau petang bersama minuman panas. 
Agak mudah kan resepinya.. Selamat mencuba!!

By: Waddiah (",)

Monday, 12 November 2012

Gulai masam Perut Lembu

Assalammualaikum..Salam Perak Aman Jaya..

Apa khabar semua? macam mana dengan cuti yang lepas seronok bersama-sama keluarga. Kalau sudah balik ke kampung halaman sudah semestinya meriah dan seronok mana tidaknya di kampung halamanlah kita dapat berjumpa sanak saudara. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang resepi. Resepi ini saya ambil dari bonda saya. Resepinya adalah Gulai Masam Perut Lembu. Resepi ini agak mudah dan senang dimasak dan bahan-bahannya pun tidaklah banyak. 


Bahan-bahan

  • 100 g perut lembu   ( dihiris nipis-nipis)
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil biji rempah
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 400 ml air
  • 3 keping asam keping
  • garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, dan biji rempah ditumbuk halus terlebih dahulu.
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam periuk bersama-sama perut lembu, serai yang telah dititik, serbuk kunyit, asam keping dan air. Dan rebus bahan-bahan tersebut.
  3. Setelah gulai hampir masak dan perut lembu menjadi lembut perlahankan api dan masukkan garam secukup rasa. Kemudian sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!!!




Nukilan : Uzmira Nadia



Sunday, 11 November 2012

Ayam Percik Kelantan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda resepi Ayam Percik Kelantan. Ayam percik Kelantan sememangnya berbeza daripada negeri lain kerana kuahnya berwarna putih dan menjadikannya sangat unik. Rasanya sangat lazat dan menyelerakan. Jom kita tengok resepi ayam percik Kelantan.



BAHAN-BAHAN

  • 3 keping    dada ayam (terpulang pada anda utk pilih bahagian mana)
  • 4 cawan    santan pekat
  • 1 keping    asam gelugor
  • garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
  • 2 inci   halia  
  • 4 batang serai 
  • 5 biji bawang merah  
  • 2 ulas bawang putih  

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM

  • 3 ulas bawang putih -dititik
  • 1 inci halia - dihiris
  • 1 keping asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
CARA-CARA
  1. UNTUK KUAH: Satukan santan dengan bahan kisar, gaul rata. Kacau sentiasa dengan menggunakan api sederhana sehingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah sedikit garam dan gula. Masak sekejap dan matikan api, kemudian ketepikan. 
  2. UNTUK AYAM : Ayam dibersihkan, dan ditoskan. Ayam direbuskan dengan bahan-bahan merebus ayam sehingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN: Ayam dibakar sambil dibalik-balikkan. Sapu kuah pada keseluruhan ayam tadi sambil terus dibakar sehingga ayam betul-betul masak. Angkat dan tuang baki kuah ke atasnya sebelum dihidangkan. 

Selamat mencuba..

By: Waddiah (",)