Showing posts with label Minggu 4. Show all posts
Showing posts with label Minggu 4. Show all posts

Friday, 16 November 2012

Vadai

Assalamualaikum kawan-kawan.....
Entri sebelum ini kami telah memaparkan resepi karipap pusing...
Sudahkah kawan-kawan mencubanya?????
Pasti kawan-kawan tertunggu-tunggu resepi vadai dari Unit 8 kan????
Baiklah..pada entri kali ini, kami akan kongsikan resepi dan cara untuk menyediakan vadai..

Jom kita tengok entri dibawah...

Resepi Vadai   


Bahan-bahan
 
300 gm                Kacang dhal (rendam 4jam)           
120 gm                Bawang besar (didadu)                
5 gm                    Jintan manis                                     
3 gm                    Cili kering (digunting)                                     
3 gm                    Daun kari (hiris halus)                                         
5 gm                    Garam                                              
Cara Menyediakan :
    
  1. Kacang dhal yang telah direndam selama 4 jam, ditoskan dan kisarkan tanpa air sehingga hancur. Kemudian, tuangkan ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari.  Gaulkan sehingga rata.
  3. Masukkan garam secukupnya dan biarkan seketika.
  4. Dengan menggunakan plastic glove, sapukan sedikit minyak dan ambilkan satu sudu besar adunan vadai.  Bulat-bulatkan dan kemudian leperkan sehingga menjadi sama besar.
  5. Kemudian, susunkan vadai yang telah dibentukan di atas loyang yang telah dialaskan dengan plastik dan minyak.  Bentukkan vadai sehingga selesai.
  6. Panaskan kuali dan gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng vadai.  Masukkan daun kari untuk menambahkan aroma pada vadai.
  7. Gorengkan sehingga berwarna kuning keemasan.
  8. Kemudian, angkat dan toskan. 
  9. Sedia untuk dihidangkan.

               ~~~~Selamat mencuba kawan-kawan~~~~
.....(^_^)......


######################
Khuzaimah

Tuesday, 13 November 2012

Karipap Pusing

Assalamualaikum & salam 1Malaysia.....
Entri sebelum ini blog ini telah menceritakan suasana amali menyediakan kuih muih pedas..... 
Banyak pengalaman-pengalaman yang telah diceritakan pada entri yang sebelum ini..
Tapi saya tahu kawan-kawan mesti tertunggu-tunggu resepi-resepi yang telah kami sediakan pada amali tersebut....
Jadi entri kali ini, saya ingin kongsikan bersama resepi yang telah Unit 8 sediakan...Iaitu Karipap Pusing....

 Resepi Karipap Pusing


Bahan Inti :

300 gm                     Kentang                                        
1 tin                          Ikan sardine                                       
80 gm                       Bawang besar (didadu)                  
20 gm                       Bawang Putih                                 
10 gm                       Halia (ditumbuk)                            
5 gm                         Sos Tiram                                        
3 gm                         Daun Kari                                          
10 gm                       Rempah Kari                                  
5 gm                         Serbuk lada hitam                            
10 gm                       Gula                                                 
5 gm                         Garam                                              
5 ml                          Kicap cair                                          
1 cawan                    Air                                               

Bahan Pastri :
Bahan A
260 gm                     Tepung gandum                           
50 gm                       Marjerin                                         
3 gm                         Garam                                              
120 ml                      Air                                                 

Bahan B
180 gm                     Tepung gandum                           
80 gm                       Lemak sayur   
 
Cara menyediakan inti :
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Biarkan sehingga betul-betul panas.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia.  Tumis sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan rempah kari dan sos tiram.  Gaul sehingga rata dan tumis sehingga garing.
  4. Masukkan kentang dan ikan sardin yang telah dilenyekkan.  Gaul sehingga rata.
  5. Masukkan air dan masak sehingga kentang empuk.
  6. Masukkan garam, gula. Kicap dan serbul lada hitam.  Gaul sehingga rata.
  7. Sedia untuk di angkat dan sejukkan.
Cara menyediakan pastri :
  1. Masukkan semua bahan-bahan kering dan gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga aduan tidak melekat pada dinding mangkuk adunan.
  3. Ketepikan dan rehatkan selama 20 minit.
  4. Untuk Adunan B, satukan tepung dan lemak sayur.
  5. Gaul sehingga menjadi doh.
  6. Ketepikan dan rehatkan selama 20 minit.
  7. Bahagikan kedua-dua doh A dan B menjadi dua bahagian untuk setiap doh.
  8. Ambil doh A dan leperkan.  Letakkan doh B di atasnya dan balut sehingga menutupi doh B.
  9. Ulangi langkah 8 untuk satu bahagian doh lagi.
  10. Ambil satu doh yang telah siap disatukan, kemudian canai sehingga membentuk segi empat.Lipatkan kedua-dua hujungnya sehingga menjadi segi empat tepat.
  11. Canaikan lagi sehingga mendapat ketebalan 2mm.
  12. Kemudian, gulungkan dari depan hingga ke hujungnya seperti swiss roll.
  13. Rapikan gulungan dan potong kepada 12 bahagian.
  14. Ambil satu potongan dan leperkan doh sehingga ketebalannya 3mm.  Masukkan inti dan kelim bahagian tepinya. Ulangi langkah 10, 11, 12 dan 13 untuk satu bahagian doh yang satu lagi sehingga selesai.
  15. Panaskan kuali dan gunakan minyak yang banyak untuk menggoreng.
  16. Goreng sehingga menjadi warna keemasan. 
  17. Sediakan untuk dihidangkan.

Untuk resepi vadai, tunggu~~~~~



####################
Khuzaimah

Friday, 9 November 2012

~ Minggu Keempat Amali Masakan~

Assalamualaikum w.b.t... dan salam sejahtera...

Minggu ini merupakan minggu ke-4 amali masakan untuk semester ini setelah seminggu kami bercuti sempena Hari Raya Korban. Rasa macam sudah lama kami tidak masuk dapur dengan kawan-kawan. Rindu pulak rasanya nak masak  bersama...

Untuk amali minggu ini, hidangan yang perlu disediakan adalah kuih muih pedas (savouri) iaitu karipap pusing dan vadai. Ini merupakan pengalaman pertama saya menyediakan karipap pusing dan vadai. Karipap pusing merupakan salah satu kuih kegemaran saya, begitu juga dengan rakan sekumpulan yang lain manakala kuih vadai merupakan kuih yang jarang kami makan.

Setelah semua bahan-bahan untuk menyediakan kuih diambil, kami membahagikan tugas yang perlu dibuat oleh setiap ahli supaya proses menyediakan hidangan kuih berjalan lancar. Saya sangat teruja untuk menyediakan karipap pusing memandangkan ini kali pertama menyediakannya dan tidak sabar untuk melihat hasilnya nanti. Apa yang menarik tentang karipap pusing adalah untuk mendapatkan karipap yang berlapis-lapis dan rangup. Teknik yang betul dan sukatan yang tepat diperlukan supaya karipap yang dihasilkan cantik, rangup dan tidak hancur. Karipap yang kami sediakan pada minggu adalah berintikan ikan sardin.

Karipap pusing sebelum digoreng
Kuih vadai pula merupakan sejenis kuih yang popular dalam kalangan masyarakat India namun kini menjadi kegemaran semua kaum. Proses menyediakan vadai agak mudah kerana tidak menggunakan banyak bahan dan semua bahan hanya perlu digaukan bersama. Vadai diperbuat daripada kacang dhal yang perlu direndam terlebih dahulu, iaitu lebih kurang 4 jam. Kacang dhal tersebut kemudiannya perlu dikisar tetapi tidak terlalu hancur. Setelah semua bahan digaul, maka vadai boleh dibentukkan (biasanya leper) sebelum digoreng.
Vadai sebelum digoreng
Kedua-dua hidangan pada minggu ini digoreng menggunakan minyak yang penuh. Teknik menggoreng yang betul juga penting supaya makanan yang digoreng tidak terlalu berminyak. Minyak perlulah betul-betul panas sebelum menggoreng dan api juga tidak boleh terlalu besar dan tidak boleh terlalu kecil. Suhu minyak perlu dikawal supaya dapat menghasilkan kuih yang cantik dan tidak terlalu berminyak.

karipap pusing siap!

Vadai siap!
Seperti biasa, setelah semua unit siap menyediakan hidangan maka sesi penilaian oleh pensyarah dan rakan-rakan berlaku.. Setiap unit berpeluang menerangkan tentang hidangan masing-masing dan membuat penilaian terhadap unit lain. Terima kasih kepada kawan-kawan dan pensyarah di atas komen dan markah yang diberikan.. InsyaAllah minggu seterusnya kita berpeluang untuk masak bersama-sama lagi...



Disediakan oleh: Waddiah (",)