Assalamualaikum & salam sejahtera..
Hai semua....
Sebelum kita berpanjang lebar berceloteh kat sini, kita nak kenal-kenalkan diri dulu. Mesti kamu semua tertanya-tanya kenapa ada 3 orang gadis-gadis cantik dalam gambar ni...Hehehe..
Dipendekkan cerita, <~~Warisan Timur~~> ini sebenarnya adalah pemilik kepada 3 orang gadis-gadis cantik ni la.. Yang sebelah kiri tu namanya Waddiah Mat Sidik, tapi kamu semua boleh panggil Wawa a.k.a Cik Wawa. Yang tengah tu pula namanya Uzmira Nadia dan mesra dipanggil Cik Uz aje.. Dan yang sebelah kanan tu pula namanya Khuzaimah dan mesra dipanggil Ku Ah a.k.a Cik Ah.
Tujuan kami bertiga create blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman-pengalaman menarik sepanjang belajar bersama-sama dan juga berkongsi resepi-resepi yang kelazatannya tidak terkata sehingga menjilat jarinya..hehehehe
Jom kita kenal lebih dekat lagi~~~
Wawa a.k.a Cik Wa
Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang yang terkenalnya dengan wau bulan. Berusia 26 tahun dan membesar bersama keluarga tercinta di Kampung Kepas, Machang Kelantan. Cik Wa ni peramah orangnya. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Jadi jangan la segan-segan ye...
Cik Uz
Anak kepada pak cik Zambri dan berasal dari Kuala Kangsar Perak. Cik Uz ni, kalau kamu semua nak tahu adalah seorang yang sangat periang. Memang tak kering gusi la & selalu aje ad cerita-ceritanya. Merupakan anak sulong dari 5 beradik.
Ku Ah a.k.a Cik Ah
Nama yang diberi Khuzaimah adalah pemilik kepada pasangan Pak Cik Zakaria & Mak Cik Maziah yang bersal dari Negeri keropok lekor, iaitu Terengganu. Anak keempat dari tujuh beradik. Peramah serta fleksibel orangnya.
Dah kenal semuakan?? Jadi janganlah segan nak bertegur sapa disini ye. Harap kita semua dapat berkongsi bersama pengalaman yang menarik dan bermanfaat.
No comments:
Post a Comment