Saturday, 29 September 2012

Asal Usul Masakan Cina


Masakan Cina berasal dari pelbagai tempat di China dan telah meluas di serata dunia iaitu Asia Timur hingga Amerika Utara, Australia dan Eropah Barat.  Perbezaan kebudayaan anatara setempat amat ketara di China, berbeza jenis gaya makanannya.  Terdapat lapan masakan setempat, antaranya Anhui, Kantonis, Hokkien, Hunan, Jiangsu, Shandong, Szechuan dan Zhejiang.  Terdapat juga masakan mengikut agama termasuklah Buddha dan Muslim.

Hidangan Cina kebiasaannya terdiri daripada dua atau lebih komponen utama iaitu sumber karbohidrat atau kanji (dikenali sebagai zhǔshí ). Contohnya seperti nasi, mee atau mantou (pau kukus).  Hidangan ini sering dihidangkan bersama-sama dengan hidangan seperti sayur-sayuran, daging, ikan atau benda-benda lain. 

Mee merupakan bahagian yang penting dalam kebanyakan masakan Cina.  Walau bagaimanapun, di kebanyakan tempat terutamanya Utara Cina, produk berasaskan gandum termasuk mee dan pau kukus lebih banyak berbanding dengan Selatan Cina yang lebih menggemari nasi.  

Makanan Cina

Sizzling Yee Mee


Chicken Rice Clay Pot


Char Kway Teow


Pau Kukus (Mantou)



1 comment: