Saturday, 29 September 2012

Asal Usul Masakan India


Masakan India bercirikan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran yang tumbuh di India sehingga tersebarnya amalan vegetarianisme dikalangan masyarakatnya.  Setiap keluarga mencirikan pelbagai campuran dan teknik hidangan dan masakan.  Akibat daripada itu, timbul kelainan dari rantau ke rantau yang mana mencerminkan demografi yang berlainan dari setiap sub benua India yang pelbagai etniknya.  Kepercayaan agama dan budaya memainkan peranan penting dalam pengaruh evolusi masakan. 
Masakan India juga timbul disebabkan oleh interaksi kebudayaan skala besar sub benua dengan Parsi yang berjiran dengan Greece kuno, Mongol dan Asia Barat membuatkan pemaduan unik dari pelbagai masakan di sepanjang Asia. 
                                                                                 
Pedagangan rempah di anatara India dan Eropah pada Zaman Penjelajahan Eropah telah memperkanal gaya masakan Eropah kepada India dan secara tidak langsung telah menambahkan kepelbagaian masakan India. Masakan India telah mempunyai suatu pengaruh luar biasa pada masakan di sepanjang dunia, khususnya dari Asia Tenggara.  

Masakan India biasanya lebih banyak menghasilkan masakan seperti kari dengan menggunakan rempah ratusnya dan dimasak dengan menggunakan minyak sayur.  Di India Utara dan Barat, minyak kacang banyak digunakan secara tradisional dalam masakannya.  Manakala di India Timur, minyak biji sawi lebih banyak digunakan dalam masakannya.  Minyak kelapa digunakan secara luas di pesisir pantai Barat dan India Selatan, dan minyak gingelly digunakan di Selatan juga. Pada masa sekarang, minyak bunga matahari dan minyak kacang soya  telah mendapat perhatian di sepanjang India. Minyak sayur hydrogenated, dikenali sebagai ghee Vanaspati, adalah juga suatu pengantara masakan yang sering digunakan menggantikan Desi ghee, iatu mentega.

Contoh Hidangan India

Vadei


Channal dal


Ayam Tandoori


Masala Dosa



No comments:

Post a Comment