Masakan
Melayu adalah masakan orang Melayu dari Malaysia, Indonesia, Singapura,
dan Brunei.
Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri.
Contohnya seperti :
- Terengganu dan Kelantan terkenal
dengan Nasi dagang, Nasi Kerabu & Keropok Lekor.
- Negeri sembilan dengan Gulai lemak cili api
- Pahang dan Perak dengan Gulai
Tempoyak Ikan
Patin
- Kedah dengan Asam laksa dan Gulai nangka
- Melaka dengan Asam
pedas
- Johor dengan Mi
Bandung
- Riau dengan hidangan ikan
Patin;Gulai ikan patin dan Asam
Pedas ikan patin
- Melayu Deli di Medan Sumatera
Utara terkenal dengan Nasi goreng teri Medan dan Gulai Ketam
- Brunei dengan hidangan Ambuyat.
Ciri utama
masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang
banyak, serta santan yang
penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting
untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas
bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putihuntuk
menghasilkan sambal, satu
lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.
Hampir setiap
masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada
orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak
jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa
turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib
menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan
orang Melayu jarang menggunakan perkakas. Tidak dapat dipastikan
bila tradisi masakan Melayu mula wujud, tetapi rekod terawal yang ada adalah
dari abad ke-15 apabila Kesultanan Melaka menjadi pusat perdagangan penting di
Kepulauan Melayu. Warisan terpenting Melaka dalam tradisi masakan Melayu
terhasil dari penglibatan aktifnya dalam perdagangan rempah serta
keterbukaannya kepada bahan-bahan dan kaedah masakan yang diperkenalkan oleh
orang luar seperti dari Arab, Parsi, China dan India. Melaka juga merupakan
pemangkin kepada pembangunan dua budaya masakan yang kaya dan unik hasil dari
campuran tradisi Melayu dengan China dan Eropah, yang
dikenali sebagai Makanan Baba Nyonya dan Serani. Ratusan
tahun sebelum dan selepas zaman Melaka, terdapat juga kumpulan etnik bukan
Melayu yang lain seperti Jawa, Bugis dan Minangkabau yang telah diserap atau
diasimilasi ke dalam masyarakat Melayu, hasil dari kesamaan agama dan cara
hidup, dan telah memberi pengaruh penting dalam masakan Melayu.
Nasi lemak,
sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat
mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap
pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia. Satu
lagi contoh ialah Ketupat atau nasi
himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal
dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis
daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan
kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang
jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Oleh kerana kebanyakan
orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat.
Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing,
biri-biri, ayam, itik dan ikan. Daging khinzir, daging tidak halal yang
lain serta alkohol adalah dilarang dan tidak terdapat dalam diet makanan
seharian Melayu. Laksa,
satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan juga adalah satu hidangan yang
masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan
jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa,
bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka
yang tersendiri.
(info : http://ms.wikipedia.org)
Contoh Hidangan Melayu
Keropok Lekor
Ketupat Palas
Nasi Dagang
Nasi Kerabu