Pada minggu ni, topik yang kami pelajari semasa
kelas teori adalah Minuman dan Kuih Tempatan. Kenapa kami perlu belajar tentang
minuman dahulu sebelum kuih tempatan? Sebenarnya,
terdapat tiga klasifikasi minuman yang biasa kita minum iaitu minuman yang
menyegarkan, minuman yang merangsangkan dan minuman yang berkhasiat. Jadi, kita
perlu tahu ketegori minuman yang sesuai untuk dihidangkan bersama kuih tempatan
nanti.
Minuman adalah cecair yang diminum sewaktu
kehausan atau untuk keperluan badan bagi mengekalkan kesihatan. Minuman menyegarkan
adalah terdiri daripada jus buah-buahan segar atau sayur-sayuran yang
dicampurkan dengan sirap (air gula) yang sejuk. Ia berfungsi untuk menyegarkan
dan menghilangkan dahaga. Minuman ini mengandungi vitamin A, C, karbohidrat dan
garam mineral.
Minuman berkhasiat adalah semua jenis susu kerana ia
berperanan untuk menjaga kesihatan terutamanya bagi golongan kanak-kanak, bayi,
dan ibu yang menyusukan bayi.
![]() |
Contoh minuman yang merangsangkan |
![]() |
Contoh minuman yang menyegarkan |
KUIH TEMPATAN
Kuih tempatan adalah kuih yang diperbuat daripada
bahan tempatan yang terdapat di sekitar kita seperti gula melaka, ubi kayu, ubi
keledek, pisang, keladi, sagu, tepung beras, beras pulut, kelapa dan
sebagainya. Kuih tempatan kaya dengan karbohidrat dan lemak tetapi kurang
protein dan garam mineral.
Kuih tempatan yang terdapat di Malaysia menggambarkan budaya dan tradisi penduduk
berbilang kaum di negara ini.
Kuih tempatan menjadi pilihan untuk dihidangkan
sebagai:
-
Pencuci mulut
-
Hidangan untuk sajian minum pagi dan
petang
-
Makanan bekal
![]() |
kuih muih tempatan |
BATER
Bater berasal daripada perkataan Perancis iaitu
Battre yang bermaksud pukul atau enjut.
Bater merupakan adunan campuran tepung dan cecair yang
diadun untuk menghasilkan adunan yang licin dan berkrim. Cecair yang biasanya
digunakan adalah seperti air, susu atau telur.
Tujuan telur dimasukkan adalah untuk menambahkan
khasiat dan menyedapkan rasa bater.
Bater dibahagikan kepada dua jenis iaitu bater cair
dan bater pekat mengikut kadar nisbah cecair dengan tepung sesuatu bater.
Fungsi bater
- Kekalkan tekstur makanan
- Halang kehilangan zat makanan apabila menggunakan kaedah memasak menggoreng dalam minyak yang penuh
- Elak makanan menjadi hancur dan diserapi minyak
No comments:
Post a Comment