Kali kami nak kongsi lagi satu resepi iaitu bubur pulut hitam...Ia adalah sejenis hidangan pencuci mulut. Sesuai untuk di makan seisi keluarga..
Selamat mencuba kawan-kawan.....
Bahan-bahan
100 gm Beras
pulut hitam
50 gm Gula
pasir
1 helai Daun
pandan
100 ml Santan
cair
50 ml Santan
pekat
5 gm Garam
Cara penyediaan
1. Rendamkan beras pulut hitam selama 30
minit -1 jam supaya beras menjadi lembut.
2. Renehkan beras pulut dengan air yang
mencukupi sehingga ia menjadi kembang.
3. Setelah kembang, masukkan santan
cair. Kemudian, masukkan gula, daun
pandan dan garam. Masak sehingga
mendidih.
4. Kacaukan sehingga bubur betul-betul
masak. Jika bubur menjadi pekat,
tambahkan sedikit air. Angkat dan
ketepikan.
5. Panaskan
santan pekat dengan api yang perlahan.
Masukkan sedikit garam dan masak sehingga naik wap. Tutupkan api dan angkat.
6. Sendukkan bubur pulut hitan ke dalam
mangkuk yang disediakan, kemudian tuangkan satu sudu besar santan pekat ke dalam
mangkuk sebelum menghidang.
7. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment