Pada kelas teori sebelum ini, kami telah mempelajari topik Prinsip dan Kaedah Memasak. Saya yakin ramai di antara kita yang gemar memasak di rumah terutamanya untuk orang yang tersayang kan? Tapi tahukah anda apa tujuan kita memasak selain untuk makan bagi mengisi perut yang kosong?
Biasanya, bahan yang kita gunakan dalam masakan
adalah terdiri daripada bahan mentah dan terdapat banyak bakteria yang kita
tidak boleh nampak dengan mata kasar. Jadi, memusnahkan bakteria adalah salah
satu tujuan makanan perlu dimasak. Jom kita tengok tujuan lain memasak makanan.
- Supaya makanan tersebut mudah dimakan dan dihadamkan ( apabila makanan dimasak, selulosa, gentian tisu dan bijian kanji menjadi lembut)
- Boleh menambahkan selera makan kerana bau yang merangsangkan dan rasa yang sedap.
- Untuk tujuan pengawetan
- Untuk mencipta pelbagai variasi makanan
Terdapat dua prinsip memasak yang sering kita gunakan
iaitu:
Menggunakan
haba kering
Menggunakan
haba kering
Ok, jom kita tengok satu persatu apa itu haba lembap
dan haba kering.
i. Menggunakan haba kering
-
Memasak makanan dalam udara panas,
pancaran haba atau di dalam minyak yang panas.
-
Contoh kaedah memasak yang menggunakan
haba kering:
·
Menggril
·
Memanggang
·
Membakar
Ø Membakar
kering
Ø Membakar
menggunakan sedikit kelembapan
Ø Membakar
dengan sedikit pengubahsuaian haba
·
Menggoreng
Ø Menggoreng
tohor
Ø Menggoreng
dengan minyak banyak
·
Saute
ii. Menggunakan
haba lembap
-
Memasak di dalam cecair panas atau
dengan mengewap makanan
-
Contoh kaedah memasak yang menggunakan
haba lembap adalah:
·
Mengukus (steaming)
·
Merebus (boiling)
·
Mereneh
·
Merendidih ( simmering)
·
Mencelur (blanching)
Ok, itulah serba sedikit info berkaitan dengan haba
lembap dan haba kering. Lepas ni boleh
la anda bezakan kaedah mana yang anda gunakan semasa menyediakan makanan. Jumpa lagi..
No comments:
Post a Comment